Lulu Pages

Terkini dari alin

Tuesday, December 18, 2012

Semporna Holiday Resort - Destinasi lokasi filem Duyung


Salam pembaca..

Selama cuti ni takdelah kemana-mana destinasi yang jauh. Ada sekali ke Semporna, perjalanan menaiki kereta pun takdelah jauh sangat. Tapi memang teruja sebab walaupun perjalanannya singkat, tapi kira bercutilah kan. Yang paling penting keluarga kecik ni happy sepanjang jalan..hehe..


Filem duyung tu dah lama dah dibuat, dan sejak itu tempat ni memang dah agak terkenal, jadi sebutan mana-mana orang terutama pelancong, tempat yang indah.. alin dan keluarga memang dah banyak kali ke Semporna. Dekat jer kan Tawau dengan Semporna ni. Dan inilah kali pertama kami jejakkan kaki kesini.


Tempat ni lebih lebih dikenali sebagai 'Semporna Holiday Resort'. Kalau nak cari Tampi-Tampi memang susah nak jumpa, tapi mungkin juga jumpa kalau tanya dengan orang tempatan. Sebelum sampai bandar Semporna, kena masuk simpang sebelah kanan, memang nampak sangat signboard tempat ni. Yeay masa mula nak parking kereta memang teruja. Happy jer bawa DSLR sangkut kat leher. Ada nampak tempat penginapan, mungkin untuk pelancong yang nak bermalam kat sini. Tempat ni kampung tau, ada banyak rumah penduduk. Pemandangan yang indah..namun..


Sebenarnya taklah seindah khabar. Mengecewakan bila nampak sampah sarap terkumpul diatas air laut tu. Dan ada budak tu selamba jer terjun dalam air dan mandi.. euwww.. Kotor tu.. Lepas tu kat tepi laut tu ada surau, dan pancuran najisnya direct turun kat air laut.. Dan korang mandi kat situ.. huhu..

Kat sini ada restoran, boleh makan makanan laut yang fresh, tapi rasanya harga pun boleh tahan..


Setiap orang ada pendapat berbeza. Namun, bagi alin, tempat ni memang sangat teruk. Beza dengan dalam filem tu, nampak pemandangan cantik jer kan.. huhu kat sini memang sedih.. Sayang tempat yang cantik ni tidak dijaga dengan baik..

Kami tak mandi, saja jalan sampai ke restoran, duduk kejap, ambil gambar, pemandangan cantik dan kotor, lepas tu terus blah angkat kaki.. oh my..







.

Tuesday, November 13, 2012

Yeay, cuti sekolah sudah bermula..

Salam..

Sudah beberapa hari semenjak cuti sekolah bermula. Dan seperti biasa, dirumah, riuh dengan 2 adik beradik ni, kakak dan adik, dari pagi ke petang, ke malam, asyik dengan rancangan tv kartun mereka. Macam kena gam punggung depan tv, tengok tv tu dengan mata bulat. Memang susahlah nak nonton tv masa-masa macam ni.

Adik senyum jer happy sebab ada kakak di rumah, boleh teman dia main, tengok kartun dan bergaduh sekali sekala.. Bila kakak tak nampak jer depan mata, mula lah tanya, mama, mana kakak? Hish..

Bermulanya cuti sekolah ni, bermakna kakak dah habih darjah 3. Tahun depan sudah mula darjah 4, buku-buku teks pun dah mula diagihkan sebelum cuti bermula lagi. Besar dah kakak, kan. Macam baru semalam jer hantar kakak masuk taska. Mama duduk kat depan sekolah tu 2 minggu, tunggu sampai dia balik sebab risau dia cari mama. Huhu, dan kerisauan itu bakal berulang semula tahun depan, sebab adik pula dijangka akan masuk taska. Sebenarnya, masa tu kakak tak nangis pun, dia enjoy dan teruja ke sekolah. Apatah lagi ada ramai kawan dan persekitaran baru. Cuma masa tu alin rasa berat hati nak tinggalkan dia. Sebab dia jer kawan alin masa tu, sepanjang hari memandangkan abahnya kerja. Sekarang ni dah tak risau dah, sebab kakak memang pandai jaga diri kat sekolah, cuma nakal dan aktifnya tu memang tak berubah lah kan..

Dup dap dup dap hati, sebab tak lama lagi adik pula yang akan mula sekolah. Mesti sunyilah kat rumah, dah takde kawan dah. Tapi nak tak nak, memang dah macam itulah kan, anak semakin membesar, dan kita sebagai ibu bapa kena belajar melepaskan mereka sedikit demi sedikit, walaupun dalam diam mereka masih lagi anak kecil kita sampai bila-bila.

Perancangan sepanjang cuti?
Ada niat juga nak jalan jauh bulan 12 nanti. Tapi masih belum pasti. Hati masih berbelah bagi. Jadi ke tak, memang kena bincang panjang lebar dengan suami. Kena tengok dari segi pro kontra nya. Tapi sebenarnya, destinasi tu memang buat hati teruja, sebab alin tak pernah lagi sampai sana. Kalau dapat pergi kali ni, alhamdulillah.. Tapi kalau tak dapat, mungkin belum rezeki lagi nak menjejakkan kaki ke sana.


Buat semua, selama bercuti, semoga percutian kali ini bermakna buat semua.. Terima kasih sudi membaca ..




@ Encik suami bakal mendaki awal tahun depan.. Good luck bebeh ^__^







.


Wednesday, October 31, 2012

Boboi Boy menyerang keluarga saya....


Salam..
Sejak adik dan kakak memang suka sangat tengok Boboi boy dalam tv, dan kebetulan petronas - kedai mesra ada keluarkan karekter kartun ini, marilah kita serang petronas untuk dapatkannya.. hehe, sebaik saja encik suami beritahu mengenainya, sebab petronas dah siap awal-awal email dia, jomlah anak beranak kita singgah petronas.. Kat Tawau ada 3 petronas, dan hanya ada 1 petronas yang jual boboi boy ni..

Masa beli, kakak ada kat sekolah, so ada adik jer.. Lancar jer tangannya ambik yaya tu. bila ditanya, dia nak boboi boy ke, kan sebulan ada 2.. next month ada 2 lagi.. Dia geleng, tak nak.. ehmm, adik memang macam tu, kalau jalan kat mana-mana, selalu tanya dia, nak beli ke.. tapi dia geleng. Memadai bagi dia untuk pegang masa tu. Tapi alin memang selalu belikan walaupun dia tak nak. special baju dan mainanlah kan. Kalau nak harap dia minta, memang mimpilah.. Berbeza dengan si kakak, memang suka 'bankrup' kan mama kan..hehe

Kena beli 2 jugalah sebab untuk kakak satu. Lagipun bagus juga untuk buat koleksi. Encik suami asyik tanya pekerja petronas tu, adudu takde ke.. Minat lak dia dengan adudu kan. Kalau ada jual pun mungkin tak laku..hehe.. encik suami siap pesan, kita akan beli semua, buat koleksi.. Baik!! insya Allah..

Cuma harganya agak mahal eh.. RM20.90 (harga kat sini) untuk 1 unit.. Berat jugalah untuk 2 unit dah dekat limaploh.. Kalau jual soft toy nya lagi baguskan.. boleh buat peluk..




@ Entri terperam.. huhu...






Monday, October 22, 2012

Sambutan hari lahir bersama - Kakak dan adik

Banyak kek, yang atas sekali dari Wawa

Kita hold sementara percutian di KK hari tu, sebab ada beberapa entri lagi terperam.

Sejak akhir-akhir ni busy sikit, sejak adik keluar wad.. Tapi takpe, kita boleh cerita perlahan-lahan...

Oleh kerana hari lahir kakak dan adik jatuh pada bulan yang sama, alin dan encik suami, memang suka buat sambutan tu sekaligus. Sama dengan alin yang hanya berbeza beberapa hari dengan encik suami, dan sambut sekali, kakak dan adik juga takde hal nak sambut sekali.

Adik lahir 6hb dan kakak 17hb. Ya berbeza tahun yer.. Lama tak buat sambutan birthday party besar-besaran, biasanya hanya makan kat luar, atau beli kek then tiup lilin.. Pernah buat duu, sekali masa adik 1 tahun, sekarang adik dah 3 tahun :)

Dan buat pertama kalinya, semua lauk dan hidangan alin masak sendiri. Encik suami macam biasa, mula-mula ngelat (mengelak) tak nak buat. Takut alin penat katanya. Setelah pujuk demi pujuk, okay encik suami setuju, jemputan adalah keluarga sebelah suami, dalam 25 orang. Tapi sebelum tu, memang dia bagi pilihan juga, konon untuk 1-2 lauk tu kita kateringlah. Lagi senang. Dia nak alin jadi tuan rumah yang tau beres..hehe... Tapi alin memang nak juga masak dan sediakan semua sendiri.. Sebab alin tau alin boleh buat!!

Bila tibanya hari tu. alin pun siap masak dan buat apa yang patut.. kemas rumah, hias... Dan dalam hati memang agak risau juga sebab first time masak untuk seramai itu. Bukan risau sebab tak pandai masak tau.. hehe, kalau tak pandai masak, taklah alin dan encik suami berisi.. ekeke.. Untuk lauk, ayam masak kicap, udang tumis kunyit taucu, pajeri nanas dan sayur kangkung tumis udang kering. Pencuci mulut, buah betik. Awal-awal lagi dah ingatkan encik suami, masa orang makan nanti, jangan sibuk nak tanya sedap ke tak makanan, sebab buat macam tu, nampak macam tak yakin dengan masakan isteri..ehehe

Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. syukur... terus encik suami nak buat lagi...
kakak dan adik dapat banyak hadiah, dan yang paling penting 2 budak cute ni gembira..




@ Kerana 1st time buat, masih fail dalam anggaran nasi.. banyak lebih hah... dan... ramai puji lauk simple alin sedap............... :)





.

Thursday, October 11, 2012

Bila adik masuk wad


Salam..

Lama menyepi dari blog, bukan beerti tak ada cerita yang menarik. Ada banyak cerita yang menarik, tapi tak ada yang lebih penting berbanding kesihatan adik. Sebelum tu, adik genap berusia 3 tahun pada 6hb oktober yang lalu.. Happy birthday adik....

30hb yang lalu (september), tiba-tiba pipi adik sebelah kiri bengkak. Dan kita orang sedar bila dia bangun dari tidur. Ya Allah apa dah jadi. Dan sebelum tu, adik memang ada masalah sakit gigi. Bengkak tu kelihatan serius juga, sebab mata dia pun dah sedikit sepet. So, bergegaslah kita orang ke Hospital, bahagian kecemasan. Masa tu sangka, doktor hanya akan periksa dan bagi ubat. special, antibiotiklah kan. Tapi, sebaliknya, sebab doktor suggest adik terus masuk wad. Masuk antibiotik, dan dilihat perkembangan bengkak tu. alin terus pandang encik suami dan encik suami pun terus pandang alin. Tak terfikir lak kan kena masuk wad, tak ada apa-apa persiapan pun untuk itu. Adik terus masuk wad, ambil darah dan proses lainnya.

Beberapa hari juga dalam wad. Asal masuk ubat adik nangis, tapi alhamdulillah, adik ni seorang yang kuat. Malah periang orangnya. Dan yang baiknya, walaupun pipinya bengkak, selera makannya langsung tak terjejas. Apa sakit adik?

Pipinya bengkak, kerana giginya rosak. Memang sepatutnya diusia 3 tahun, gigi susu adik masih dalam keadaan baik. Tapi berbeza dengan adik, sebab dia suka menyusu sambil tidur. Botol susu tu susah nak berpisah dengan dia. Doktor suggest adik kena lepas botol susu. Tak boleh bagi dah. Selagi bagi, giginya akan lebih teruk, dan seterusnya gusi sakit, dan bengkak. Lebih teruk, dalam kebengkakkan itu akan ada nanah. Nasib baik dalam kes adik ni, masih awal dan takde nanah.

Adik dengar apa doktor cakap. So, selepas itu, asal alin tanya nak neneh (nenen-susu), dia menggeleng. Stop terus.. Adik cakap, adik tak boleh neneh sebab dokor marah. Hehe, diusia 3 tahun, adik memang bijak orangnya. Dan kerana sikap positif adik itulah, selepas 4 hari dihospital, yeay akhirnya kami dapat balik rumah.. Seksa tau tinggal kat hospital.

Mama : adik, best ke tinggal di hospital?
adik : Tak best ma, sebab ramai orang. ada baby, nangis..teriak.. bising! Susah adik tidur...
mama : (eleh, tapi mama tengok, sedap jer adik tidur...hehe)



@ Dalam proses tunggu doktor pakar gigi. Review sebelum hujung bulan ni. Tawau takde doktor pakar gigi. Yang ada hanyalah dari KK, itupun turun Tawau dua bulan sekali.. Baguskan??





.

Monday, September 24, 2012

Rumah Terbalik, Tamparuli, Sabah



Banyak juga dah dengar mengenai rumah terbalik ni..
* semua terbalik kat dalam
* kereta dia dengan perhiasan dalam tu pun semua terbalik
* Pasu bunga terbalik
* Basikal terbalik..
* Hanya satu-satunya kat Malaysia..

Pergh, dengar tu memang best. So, dalam kunjungan ke Kota Kinabalu baru-baru ni, peluang keemasan ini tetap tidak akan kami lepaskan. Memula tu berpusing-pusing juga cari. Konon tepi jalan jer. Adeh... Rupanya, punyalah senang kan.. Rumah Terbalik ni berada di jalan yang sama, jalan pergi dan balik Tawau-Kota Kinabalu. See, boleh kata rabun dan tak perasan lah kan..

Punyalah teruja nak pergi. Dari luar dah nampak rumah tu dan kereta kancil, yang segala-galanya terbalik. Tapi jangan mimpi nak ambil gambar dari tempat park kereta. Sebab dia ada pagar kayu yang menutupi lebih separuh dari rumah tu. Pendek kata, memang kena masuk juga barulah boleh nampak.


Bayaran masuk adalah RM10 untuk dewasa dan kanak-kanak RM5. Sejujurnya, bayaran tu takdelah berbaloi sangat berbanding apa yang bakal disaksikan dalam tu.. ececeh, izinkan saya komen yer. Dalam rumah tu bukannya besar pun. Jalan berapa langkah, mata meliar, eh foto-foto memang tak boleh dalam tu, hah lepas tu keluarlah dari pintu belakang. Namun, yang menariknya bagi saya, bagaimana kreativiti empunya rumah ni, membuat segala-galanya dalam keadaan terbalik.. huh...respek woo..

Pekerjanya pun pakai sarung tau.. Sangatlah kampung stail.. Eh orang sabah stail.. Huh sepanjang 3 hari kat KK, asyiklah radio putaran lagu tu..

Paling tak pun kita orang dah sampai... :)






.

Wednesday, September 12, 2012

Tujuan utama akhirnya terlaksana.. Syabas!


Bersambung dari entri sebelum ni..

Awal pagi tu, bangun dan bersiap, dan terus turun lobby hotel sebab nak sarapan. Kebetulan masa yang sama. ada tiga kumpulan yang sedang mengadakan kursus di hotel ni. Kira ramai jugalah kat situ masa tu. Sebaik lepas sarapan, kita orang bergegas pula bergerak menaiki kereta menuju kompleks pentadbiran kerajaan persekutuan sabah. Maklumlah, temuduga bermula 8 pagi, dan dengar cerita kena jalan awal, takut sesak.. Banyak kereta kat KK ni.. Alhamdulillah, kami selamat tiba di situ 7.30 pagi. Cari pejabat SPA, dan bila disana, encik suami masuk dalam bilik khas, owh kebetulan ramai juga yang temuduga masa tu.. Pelbagai jawatan dan kementerian. 

Sempatlah alin surf internet kat situ.. (laptop baru..ekeke, nanti ada masa kita buat entri eh). Dengan kakak main samsung tab dan adik dengan ipad nya.. Dalam pada tu, terasa jantung laju jer mengepam. Aih lain orang yang temuduga, lain pula yang berdebar..

Dan bila dah selesai, alin dan suami berserah/bertawakal. Semua usaha telah dilakukan, dan kami yakin, jika ditakdirkan rezeki itu kami yang punya, ianya akan tetap menjadi milik kami. Lega, tujuan utama ke sini sudah terlaksana, dan kini masa untuk enjoy...ekeke..

Sebelum tu singgah kat McD makan, sebab lapar sebelum menuju ke Inanam. Hobi encik suami adalah tengok kereta. Kat Tawau takde dealer Honda. So kat KK, cuba test drive untuk CRV dan Altis. Ehmmm, boleh tahan juga. Tapi rasanya, tak berapa sesuai dengan citarasa kami suami isteri. Bukan niat nak beli kereta baru pun sebenarnya, sebab kereta yang sedia ada ni pun baru pakai 2 tahun lebih. Dah beberapa kali berulang alik ke Sandakan, Semporna, Lahad Datu dan juga Kota Kinabalu. Tak ketinggalan dalam tirp kali ni, kereta ni dah sampai kat atas 'kepala' peta Sabah, iaitu tanjung simpang mengayau (itu di entri akan datang). Dan setakat ni perfomance memang superb, takkan nak tukar kereta kan? Tunggulah 5 tahun akan datang kot..




@ Bersambung lagi di entri seterusnya...





.


Monday, September 10, 2012

2+1 dan percutian yang sangat memenatkan....tapi Happy!!

@ sapi nangoh-Telupid

Alhamdulillah, urusan temuduga encik suami akhirnya selesai. Duduk dalam tu tak lama, yang lama tu bila dari minggu ke minggu buat persiapan..fuh... Tapi sebelum tu, perjalanan yang jauh merupakan satu keseronokkan buat keluarga kecil kamii.. yeah.. Ke Kota Kinabalu kerana temuduga itu diadakan di sana.

Seawal 3.30 pagi lagi encik suami dah kejutkan bersiap. Sehari sebelum tu memang dah siap-siap packing semua. Dan seperti biasa, bila nak jalan jauh, tak kira guna kereta ataupun kapal terbang, mata susah nak lelap. Pusing sana pusing sini..alahai, dapat tidur pun tak boleh lena. Bila dah dikejutkan tu, mata terkebil-kebil..

Disingkatkan cerita, sekitar 4.40 pagi, semua barang dan ahli keluarga sudah berada didalam kereta. Perjalanan twu-kk dalam 575km mengambil masa lebih 8 jam. Kalau dikira, rasanya lebih tepat lagi 12 jam. Sebab kita orang tiba dalam 2 lebih di hotel. Gila lama..wee. tapi memang berbaloi sebab jauh berjalan, luas pandangan. Entah betul tak peribahasa ni. Sepanjang jalan kakak dan adik asyik silih berganti tidur. Asal bangun jer, mesti tanya dah sampai ke belum. Nampak sangatlah kan perjalanan tu jauh. Singgah sekejap di check point Sandakan, untuk top-up minyak. Lepas tu teruskan perjalanan terus ke Ranau.. Sana Ranau.. Di Ranau, rehat sejam, makan kat kfc dan top-up minyak lagi. Kemudian barulah direct terus ke Kota Kinabalu.

Alhamdulillah selamat, dan sepanjang jalan, cuaca sangat baik dan tak banyak sangat kereta. Sampai jer hotel, yer kita orang menginap di Tang dynasty Kota Kinabalu.. Sebaik check in di hotel ini, dengan biliknya yang superb besar dan ada diskaun untuk kakitangan awam ;), kita orang bersiap untuk ke Centre Point~ jalan time..




@ akan bersambung di entri seterusnya...








.

Wednesday, August 29, 2012

Nak sangat, tapi keadaan belum mengizinkan



Salam pembaca...

Pernah tak dalam hidup ini, korang nak sangat sesuatu, tapi tak mampu ataupun tak dapat nak mendapatkannya? Bagaimana perasaan korang masa tu?

Beberapa hari ni asyiklah nak sangat dengan sebuah laptop, biru nipis dan ringan itu. Terbayang-bayang tangan yang halus ni, menekan keyboard cantik tu sambil update blog dan surfing internet. Sebenarnya harganya bukannya mahal sangat pun.. Tapi, mungkin ini bukan masa yang sesuai untuk keluarkan duit :(
Laptop yang ada ni pun dah pakai lebih 4 tahun. Dah memang bila-bila masa sahaja nak mogok. Kadang tu tak boleh on lah, sangkut lah.. Entah banyak sangat penyakitnya. Tapi rasa sayang dengan laptop ni, jangan ceritalah, sebab dah pakai lama. Macam ada sentimentel value lak kan dengan barang ni.

Tapi sebenarnya masa beli laptop ni dulu pun, harga nya bukannya mahal pun. Tapi sebenarnya masih terasa lagi perasaan gembira dan bangga masa mula-mula memilikinya dulu.. ya, ya, alin memang seorang yang sangat menghargai. Tapi, harap-harap sangatlah dia tak rosak dalam teruk sekarang ni.. Nanti dulu eh.. Banyak sangat movie, lagu dan gambar dalam ni, kena cepat transfer..huhu..




@ Sebenarnya, ada benda lain lagi yang dalam hati nak sangat. Tapi percayalah, bila kita tak dapat apa yang kita nak, tiada gunanya kita rasa kecewa, sebab mungkin masa ni belum rezeki kita lagi.. ye tak??






.

Monday, August 27, 2012

Bila rezeki sudah datang?

Salam pembaca!

Ada sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu oleh alin dan encik suami. Kadang tu rasanya apa yang ditunggu tu pun belum pasti akan ada ataupun tidak. So, hari-hari memang takkan lupa nak berdoa, semoga rezeki yang ditunggu tu akhirnya akan datang juga. Hari demi hari berlalu.. sampai terasa redha sangat..

Alhamdulillah, rezeki yang ditunggu tu tiba juga sebelum raya yang lalu. Masa tau berita tu, rasa nak menangis pun ada. Apatah lagi rasa gembira. Takpe, ni baru jer temuduga.. kan encik suami. Semoga rezeki yang besar tu akan menjadi milik encik suami juga. Dan secara rasminya, keluarga kecik kami ini akan berjalan jauh, bagi menyempurnakan temuduga yang dijangka akan berlangsung dalam minggu depan. 8 jam perjalanan.. memang lama, tapi harap sangat tidak terjadi seperti sebelum-sebelumnya.. Iaitu, tertidur sepanjang perjalanan.. Sangatlah rugi okeh.

Masa tu, kakak memang sekolah. Tapi pemergian kami semua ini adalah untuk menaikkan semangat encik suami. Owh rezeki, jadilah milik kami.. ^__^

Dah seminggu raya, sekarang dah tak rasa sangat dah kemeriahannya. Masa untuk kembali menjalani tugas-tugas harian seperti biasa. Sebulan berpuasa, tak banyak berat badan yang turun. Tapi dalam kurang seminggu saja, berat badan dah naik mendadak. Huhu, memang perut yang tak menahan. Sana-sini rumah open house. berkali-kali juga perut memulas. Bukan saja kerana makanan yang dihidangkan pedas, tapi juga ada tu yang dah nak basi.. huhu..

Perjalanan jauh? kemana?
Ok, next entri..ngee, doakan perjalanan pergi dan balik kami selamat, dan impian encik suami berjaya.. Insya-Allah...







.

Tuesday, August 14, 2012

Ingatanku kekal pada mu duhai blog


Salam pembaca..

Malasnya nak update blog. huhu.. bukannya kerana takde idea, bukan juga kerana malas. Tapi bila terfikir nak menulis, laptop takde ditangan, dan idea tu berlalu begitu sahaja.. Terasa sangat betapa ruginya, namun nak buat macam mana kan. Itulah pengajarannya, masa yang berlalu pergi takkan dapat nak undur balik.. huhu..

tapi bila teringatkan blog ni yang jarang update, dan hanya ada paling banyak satu entri untuk seminggu, tetiba *sedih.. Tapi dalam hati, nekad nak kekal rajin update blog..hoho.. Dan sebagai ibu dua anak, juga sebagai seorang isteri sepenuh masa, jangan cerita masa yang ada.. Memang cukupppppp banyak untuk update blog, walaupun sehari satu entri. Tak kisah lah ada orang baca ke tak. Rasanya blog ni macam dairi. Apa yang berlaku tu, seronok rasanya bila kita bukukan.. Esok-esok bila kita baca, bolehlah buat diri sendiri tersenyum. Dulu, alin suka tulis dairi. Tulis setiap hari. Bila tulis tu, sekali lekatkan resit pembelian. Termasuk kalau makan aiskrim atau coklat, haa bungkusannya tu lekat kat dairi. Bukan hanya itu, lekat sekali kad raya, atau surat.. Pergh, memang tebal sangat dairi alin masa tu. itu masa sekolah. Dah lama tak buat macam tu. Masa tu terasa diri sangat superb kreatif dan bangga sebab tak pernah tinggal tulis walaupun sehari.

Dairi-dairi tu masih ada dalam simpanan. ketebalannya jangan terkejut.. hehe, sampai sekarang kalau belek dairi tu, masih boleh buat diri tersenyum dan terimbas kenangan lalu. Terutama ketika bercinta dengan encik suami. Maklumlah pilihan pasangan alin ni adalah pilihan kedua ibu bapa kami. So, masa bercinta tu kenangan paling indah sebab selalu berkaitan dengan keluarga kedua belah pihak..

Sekarang ni, nak cuba dengan blog pula, tapi tak boleh lah nak lekat apa-apa pun. hanya boleh ambil gambar dan upload dalam entri. Tapi kena berhati-hati sebab blog tak sesuai untuk sesuatu yang terlalu peribadi.. bahaya..hehe..

Dah tinggal beberapa hari lagi nak raya. Semua persiapan dah sedia, namun seperti biasa, sambutan kami sekeluarga sederhana saja. Bersederhana, namun tetap meriah.. Tetap gembira.. untuk yang bercuti, selamat bercuti.. Selamat menyambut aidilfitri..Semoga berbahagia dengan keluarga dan rakan..






.

Thursday, August 2, 2012

Ya, agak lega.. Sekarang masanya untuk bertenang

Hai pembaca!

Oleh kerana entri sebelum ni kerana kerisauan mengenai baju raya, sukacita dimaklumkan masalah itu telah selesai.. Pagi petang siang malam, asyik tengok internet, cari baju yang dirancang nak sedondon dipagi raya. Harga pun boleh tahan mahal sebab kebanyakan penjual online ni dah tak menerima tempahan. Berat hati. Tapi beberapa hari kemudian encik suami bawa anak beranak ke mall berhampiran, jalan-jalan dulu katanya. Manalah tau ada yang berkenan. Petang sebelum jalan (jalan malam), woo hati tersangat teruja nak jalan. Maklumlah dibulan puasa ni memang jarang nak jalan. Lebih banyak duduk kat rumah saja.

Not, bad kan pilihan baju. Masa kat internet memang dah rancang nak serba pinky. Wah, pecah tradisi sebab tak pernah lagi pakai warna tu. Tengok pilihan baju melayu encik suami kat mall tu takdelah mahal macam kat internet. Malahan ada pilihan berjenama pula tu. Risau sebenarnya kalau beli kat internet sebab encik suami ni agak cerewet pasal pilihan baju. Itulah selalu lebih baik tak payah beli katanya. Ataupun tersimpanlah kat almari, tak dipakai. Tapi yang best nya, kat mall tu oleh kerana banyak pilihan, alin dapat tengok wajah encik suami teruja nak memilih. Tengok punya tengok.. hah, kan dah terembat sedondon warna ungu. Pilihan yang mengejutkan..hehe..

Tapi malam tu, hanya beli 3 pasang. Cadangnya, biarlah adik pakai baju raya kakak yang dulu. Baju tu pun hanya pakai sekali, lawa dan mahal tu.. Kan macam membazir pula kalau nak beli lain. Tapi yang tak kenanya, warna baju tu hijau daun pisang. Lawa memang lawa. Tapi tak sedondonlah kan. Orang lain ungu, dia sorang jer hijau. 3 pasang baju tu pun dah RM3++. Huh, jeling-jeling encik suami, dia selamba jer. Jarang lak dia nak belanja sebegitu banyak untuk sesuatu yang hanya pakai sekali dua jer kan. Bila balik rumah malam tu, tak rasa sedap hati lak sebab memang tak lengkap nak sedondon.

Bincang dengan encik suami, so, esoknya, kembali ke mall.. Dan alhamdulillah dapatlah pakaian untuk adik pula. Yeah tahun ni lengkap sedondon. Cis, baju kecil macam adik pun dah harga RM86 tau.. Mahal tapi baju tu memang lawalah. Kena lagi dengan rambut famous si adik tu, cute lah dia raya ni.. Alhamdulillah, lepas tu tak payah tengok warna-warna lagi.. Tugas selesai!

Hari ni dah berapa hari puasa eh? Tak terkira lak. Tapi alhamdulillah, kakak masih steady meneruskan puasanya. Hebat! Kadang tu bila dia balik sekolah (isnin-jumaat, pagi petang ada aktiviti), nampak juga dia letih, tapi dia tetap bertahan. Caiyok kak..






@ Korang dah ada baju raya? Apa pilihan warna korang??







.

Wednesday, July 25, 2012

Peningnya kepala, tengok warna..warna


Sejak beberapa hari ni sibuk surfing internet.. Blog dan facebook cari mana-mana orang perseorangan yang jual baru kurung/melayu online. yalah, sudah tentu untuk dipakai dihari raya nanti.. Dan ada antaranya yang menerima tempahan sudah mula menutup tempahan. Tak boleh..tak boleh.. Memang kecewa sangat memandangkan, ada anak umur 3 dan 9 tahun ni. Susah cari saiz. kena tempah khas. Kalau baby setakat umur bulan atau setahun tu, memang ada banyaklah yang jual.


Lepas kena tengoklah kan sedondon warna tu, mana anak, mama dan abahnya. Bila dah dapat, kena tanya saiz lagi. Dan yang paling penting tengok harga dulu. Gila rasa berat juga  semua 4 helai dalam RM4++ lebih tu. Huh, lega sikit bila Najib umum ada bonus. Tapi walaupun begitu entah berbaloi ke keluarkan duit lebih RM400 untuk baju yang hanya dipakai sekali sekala? untuk anak memang sekali dua jer pakai dah tak muat.. :'( Encik suami dah bagi persetujuan, tapi muka tu ada ketat sikit.. Tapi lawakan .. Gambar kat atas tu ambil dari salah seorang penjual online. Banyak pilihan warna..


Keputusan samaada beli ataupun tidak masih gantung lagi. Walaupun dah dapat dipastikan total semua baju, warna dan saiz tengah available. Terdesak sangatlah nak cari ni. kalau dapat yang lagi murah lagi bagus.. Huhu.. pada mulanya bagi baju anak-anak dalam RM150 jer untuk 2 pasang. Sekali nak buat tempahan, malangnya tempahan dah tutup. Dan masa tu takde seller back-up pula.. alin dah pening kepala.. huhu, asyik tengok warna..




@ Ada rezeki, beli lah kan.. Kalau takde, macam biasa pakailah tahun-tahun lalu punya (tapi adik dan kakak, confirm dah tak muat ni.. macam mana????)






.

Thursday, July 19, 2012

Jom makan 'Kampung Boy'


Sejak minggu lepas dah terlihat iklan ni bila lalu kat hotel ni. Dan iklan ni memang menarik hati sebab dah biasa dengar kalau buffet makanan oversea. Barat lah maksudnya.. Memang dah biasa. Tapi untuk makanan kampung, tertanya-tanya juga apalah agaknya resepi juadah yang disediakan hotel tu. Apatah lagi harganya memang murah dan berbaloi untuk jenis 'buffet'. Boleh makan sampai tak larat..hehehe

Oleh kerana bulan puasa ni dah dekat sangat, dan memang takde masa nak menyinggah ke hotel tu, dalam hati memang terasa jer nak singgah.. Kebetulan kakak sakit sejak selasa. Muntah-muntah tak pandai berhenti. Sebenarnya perkara biasa, sebab kakak memang macam ni dari kecil. Salah makan tak boleh, minum susu pun tak boleh. Dapat tahu abahnya bagi dia minum kacang soya awal pagi isnin di sekolah. Soya, dia boleh minum, tapi tak boleh banyak. Rasanya sebab itulah. Dan seperti biasa bila dah muntah, dia akan muntah sampai habis makanan dalam perut.Berkali-kali sampai lemah. Minum air suam pun..blueekkkk..

So malam tu bawa dia ke kecemasan, doktor periksa dan bagi dia ubat.. Maka hari rabu (semalam), dia tak ke sekolah. Wah, peluang untuk merasa kampung boy.. (encik suami cakap kampung boy).. Resepi yang disediakan memang berbaloi. Untuk dewasa RM16.50 dan kanak-kanak RM9, adik free.. Nasi/nasi goreng/kuetiaw. Lauk, ada kambing masak kurma, sotong masak lada kering, kari ayam, ketam, pajeri nanas, tauhu rebung masak lemak.. Lepas tu ada gado-gado dan banyak lagi.. tak ingatlah nak senaraikan semua. Tak termasuk pilihan kek, puding dan aiskrim.. pergh.. 2 kali ambil dah kenyang.. :p

Oleh kerana kakak tak berapa sihat, dia makan aiskrim jer..

Wah, selamba makan resepi kampung boy, hari ni teringat lagi kat makanan tu.. Macam nak pergi lagilah kan.. Lagipun hari ni kakak dah sihat, walaupun dia masih belum sekolah... wee...kakak...jom.... Tapi memang dah tak sempat, sebab besok mama ada hal dengan nenek cina.. lepas raya kita pergi eh..?




@ Resepi kampung ni memang dapat sambutan yang menggalakkan. Haraplah lepas raya nanti ada lagi kan. Takde snap gambar makanan sebab hanya bawa ipad masa ni..






.

Tuesday, July 17, 2012

Mama, bila mula puasa?


Alhamdulillah, dah nak masuk bulan ramadan ni, inilah soalan yang selalu si kakak tanya.. Bila nak puasa, bila nak puasa. Dan oleh kerana abahnya salah tengok kalendar, tengok kalendar bulan islam Arab Saudi, asyiklah cakap, hari jumaat boleh mula puasa. Tapi petang semalam bila alin tengok balik, banding-bandingkan sebab ada peliknya disitu, barulah tahu si abah salah tengok kalendar rupanya. Puasa bermula sabtu ni..

Usia kakak adalah 8 tahun lebih, kira genaplah tahun ni dia 9 tahun. Big sister untuk si adik yang berusia 3 tahun, tahun ni, sama-sama lahir bulan 10. Dan dia mula berpuasa secara serius masa darjah 1. Ada pecah sehari sebab dia demam. Itupun hari-hari seterusnya ada demam sikit, alin suruh puasa. Dan bila masuk ke darjah dua, maknanya tahun lalu, puasanya penuh!! Ahamdulillah, hebat kamu kakak..Kurus semacam jer bila puasa, tapi memang tak banyak sangat karenah. Cuma bila puasa tu, dia tak aktif. Biasanya aktif tak reti duduk diam, bila puasa, ayu sopan jer kan :p

Untuk si adik, belum masanya lagi.. Tapi dia juga akan dilatih dalam masa beberapa tahun lagi. Best kalau semua orang kat rumah puasa kan.. Masa berbuka tu riuh semacam, macam ada sambutan jer..ekeke.. Dan inilah masanya untuk melihat juadah berwarna warni di bazaar ramadan. Awal lagi encik suami dah tanya, nanti nak berbuka dengan apa?? Biasalah, lagi best masak dan makan kat rumah. So, bolehlah berjimat tak payah membazir. Dan yang paling penting, perut pun kena jaga, takkan puasa tapi badan takde beza, kan?? huhu

Dengan tulus ikhlas dari alin, ucapkan selamat menyambut bulan ramadan.. Buat ibu dan isteri macam alin, marilah kita memainkan peranan menyediakan makanan bersahur dan berbuka yang paling sihat buat keluarga kita.. Semoga kita dapat berpuasa penuh tahun ni.. Insya-Allah..





@ Nanti kita intai kemeriahan bazaar ramadan di sekitar kawasan dekat rumah ;)






.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1433H /2012 bagi bahagian Tawau

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1433H /2012 bagi Tawau


Monday, July 9, 2012

Restoran Anwar Seafood, Kampung Baru



Marilah kita sambung entri percutian.. [entri sebelum]

Setiap kali berkunjung ke Kuala Lumpur, destinasi makan memang tak pernah ditinggalkan. No wonder lah badan memang naik kalau ke mari. Walaupun letih berjalan, tempat makan tetap nombor satu kan. Bila dah berkali-kali ke sini, kebetulan dah ada blog, inilah kali pertama alin mengabadikan restoran kegemaran ini kedalam gambar.


Terletak di Kampung Baru, masakannya memang mebeles. Tak dinafikan.. Rasa sup dan dadihnya buat teringat-ingat walaupun dah kembali ke rumah.. Nak sangat resepi tu..sedap. Jika korang berada berhampiran, marilah mencuba masakan ala siam, yang pasti berbaloi untuk isi perut.


Kat sini, rasanya tidak keterlaluan kalau alin cakap masakannya tak kira menu, memang puas hati. Dan jika dibandingkan dengan restoran berhampiran kawasan ini, harganya memang boleh tahan. Sesuai dengan masakan.. tak mahal dan tak murah. Belum sampai KL lagi dah ber-iya dengan encik suami, malam pertama kat KL mesti makan kat restoran 'abang' Anwar. Wah, tak menahan, terus panggil abang anwar. Pakcik kot.. :p


Dan malangnya, dadih tu hanya sempat rasa malam pertama jer. Malam kedua, tak menyempat, dah habis. Dan tak silap, hujung minggu dia tutup. Tak puas makan kat situ.. Nanti ke KL tempat ni tetap menjadi keutamaan.. hehe...



@ Yer entri ringkas, namun tetap berkaitan dengan percutian pendek kami ;)






.

Thursday, July 5, 2012

Tak sangka berita tu masuk dalam akhbar


Sejak bekerja dengan Kementerian Kesihatan, encik suami dah biasa tengok 'pesakit' yang berpenyakit. terutama penyakit yang berjangkit. Dan yang paling ngeri adalah ketika di unit CDC. Unit kawalan penyakit berjangkit. Itu masa baru kahwin hampir 11 tahun yang lalu. Kalau cerita pasal pesakit kena HIV atau Aids, itu dah biasa bagi alin. Sebab antara kerja yang mencabar adalah encik suami kena menyelia ketika memandikan mayat. Mayat yang menghidap HIV dan Aids, harus disempurnakan dengan cara yang betul bagi mengelakkan penyakit tu terjangkit.

alin memang bangga dengan encik suami. Dia memang seorang yang 'berani' dan kuat semangat. Kalau setakat penyakit yang dah teruk tu dia biasa tengok. Jangan cerita lagi mengenai mangsa kemalangan, tembak ataupun sebagainya. Kemalangan dengan mangsa sebelah kepala hancur? Dia dah pernah tengok... Malah dengan dekat lagi. Pesakit Aids, seorang pondan lengkap dengan 'badan' perempuan? Kaki tangan patah? pembedahan buang rahim? huh kalau disenaraikan satu persatu memanglah tersangat banyak. Selama 13 tahun bekerja dalam bidangnya, alhamdulillah encik suami memang terbaik bagi alin. ^__^ (bangga dengan suami sendiri..hehehe)

Kelmarin balik lunch, dia laju bercerita (biasalah tu apa pun kongsi dengan isteri kan... ^__*).. Ada kes di kecemasan (hospital) melibatkan seorang lelaki yang berniat membunuh diri dengan menuang minyak ke badannya lalu membakar diri sendiri. Parah sebab kejadian tu berlaku di stesen minyak shell. Nasib baiklah kan stesen minyak tu tak terbakar. Dia berjaya diselamatkan apabila bomba datang dan memecah masuk pintu tandas. (mengikut cerita suami). Setibanya di hospital, seorang staff kecemasan bergegas panggil encik suami, sebab encik suami kan 'suka' tengok..

menurut encik suami, lelaki tu terus dibogelkan. 'Kain' yang menutup katil tu pun tak sempat ditutup.. Malanglah kan pesakit yang kebetulan ada di area red zone tu. Terlihat pemandangan yang seramm...huhu..Kata encik suami, badan lelaki tu melecur teruk. lepas tu bahagian kaki dan badannya ada tompokan-tompokan merah melecur, disyaki akibat baju yang dipakai mangsa terbakar dan mengenai badannya. Nafas lelaki tu macam ayam yang kena sembelih tu. Semput-semput..

Hari ni bila tengok akhbar metro, sah cerita yang disampaikan oleh encik suami semalam dan masuk akhbar.. Rupanya meninggal dunia..

Sedihnya mati macam tu kan? alin pun tak pasti samaada si mati ni beragama islam ataupun tidak.. Namun begitu, untuk yang berniat melakukan hal yang sama, janganlah.. ada banyak lagi cara untuk kita menghargai hidup.




@ Arghh... entri edisi percutian ditangguh lagi..





.

Tuesday, July 3, 2012

Kenali encik suami yang suka sangat makan burger


Lari sedikit dari plan asal (nak habiskan entri cuti), meh kita cerita mengenai burger..

Kegemaran encik suami sejak dari kenal, memang tak lain dan tak bukan adalah burger. Tak kira kat mana pun memang nak makan burger. Mungkin dah itu makanannya yang paling sedap. Selalunya burger kat tepi jalan tu lah jadi sasaran. Ada jer alasan nak beli burger kan. Owh gerai tu belum cuba lagi, katanya..hehehe.. Dan yang terbaru... Sejak dah dekat setahun berpindah ke hospital ni, ada lak kan gerai burger kat hospital tu. Tapi buka pukul 6 petang. Memang dah tak sesuai masa, sebab encik suami kan pulang kerja pukul 5.

Bila di tanya, macam mana dia tau kat hospital tu ada jual burger? katanya ada kawan kat sana beritahu. Dan kebetulan hari tu, bila ada operasi rokok sebelah malam, hah, maka tercapailah impiannya untuk merasa burger tu. Macam biasa, paling kurang untuk dia adalah 2 burger.. Selera dia makan, sebab sos hitam tu memang sedap okeh. alin yang tak berapa makan burger pun terpesona dengan kelainan sos itu. Dahlah murah.. memang berbaloilah rasanya..

Malam tadi singgah hospital kejap, kebetulan.. Tapi bila bergerak keluar.. tanya dia tak singgah gerai tito (pemilik gerai burger tu)? matanya besar membulat.. sudah jam berapa ni katanya, dah tutup lah.. Senyap seketika.. Lepas tu dia berpaling.. "kenapa tak cakap dari tadi?"..hoho, sah dia nak lah tu kan.. ekeke.. Jangan, ni beberapa hari nanti mesti cakap dia nak ni.. :p

Tapi sebenarnya bukan burger saja menjadi kecintaannya.. ada lagi.. Hah roti canai. Suka sangat makan roti canai.. Sekarang kecintaan tu dah terturun dengan kakak.. Adik tak tau lagi.. Tapi roti canai memang sedap makan dengan kari kambing kan bah??? :p




@ Serius burger kat hospital tu memang sedap ! weee







.



Monday, July 2, 2012

Serik!! Lain kali tak nak lagi


Masih bercerita mengenai cuti singkat kami...

Penerbangan malam yang tak best, namun begitu memberi banyak kelainan pada diri kami. Teringat dulu-dulu, penerbangan dari Sabah ke Kuala Lumpur yang terpaksa transit dari Kota Kinabalu. Selalunya memang tersadai kat kapal terbang. Tapi itu cerita lama dulu.. Sekarang sejak ada air asia, memang dah tak macam tu. Direct Flight memang amat memudahkan, walaupun penerbangan tambang murah ni memang selalu delay.. Setiap kali terbang mesti delay okay. Delay memang merimaskan apatah lagi bila ada anak kecil.. Haish..

Tiba di LCCT tengah malam. Sunyi sangat. Sehinggakan dapat ambil gambar kapal terbang, walaupun gambar tak clear..hoho sebab mata liar takut kena sound oleh pekerja air asia. Kalau ikut rancangan, kerana lewat tiba, kita orang sekeluarga, stay dulu kat airport, sebelum tunggu pukul 6. Rugi hotel woo kalau check in awal.

'Pemandangan' di dalam lapangan terbang LCCT ni memang menakjubkan. Kan, biasanya bila arrived jer kita mesti nak cepat ambil bagasi, dan terus keluar, ambil teksi atau keluarga jemput. Tapi kita orang relax, ambil bagasi. Lepas tu duduk kat situ, sorang-sorang ke tandas. Dah kurang sangat orang baru keluar. Slow and steady.. ;) Dan bila keluar, kita orang lepak kat hall check in tu. Memang terkejut, sebab ramai yang tidur atas lantai, enak jer kena aircond sejuk tu kan. So, bila tengok macam tu, terus nak juga join sekaki.. Terus cari port yang sesuai..Wah, tapi bila duduk kat lantai tu memang tak boleh tidur. sejuk, sampai ke tulang walaupun dah pakai baju sejuk. Gila, macam mana mereka boleh tertidur eh.


Yer, untuk pengetahuan semua, LCCT ada wifi percuma, untuk 3 jam. Terus keluar ipad dan tab.. surfing~..walaupun ada internet sendiri-jimat.. Bila kawasan kat situ sejuk, pindahlah kat luar, tengok-tengok orang. Sana sini ada jer orang tidur. Mata masa tu memang tak ngantuk. Tapi bila dah 4 pagi lebih, memang tak boleh tahan. Macam nak tongkat jer mata. Adik dan kakak jangan ceritalah, lentok habis kepala kat atas meja McDonald tu. Jadi, bila dah tepat pukul 6, alin dan encik suami sepakat terus naik bas ke KL Sentral..

Seriklah naik penerbangan malam. Ngantuk dan letih..huhu




@ edisi keluarkan gambar harus dibuat segera untuk mengelakkan entri basi.. >.<






.

Tuesday, June 26, 2012

Semuanya sudah berakhir...


Percutian yang singkat telah berakhir.
Letih memang letih. Kaki tangan dan belakang sakit, walaupun percutian yang singkat, apatah lagi bila si adik berdukung sepanjang jalan. Lepas dengan mama, dengan abah, bergilir-gilir tak kira siang ataupun malam bila jalan.. Letih mengangkat budak 2 tahun lebih ni.. Selamba jer kan minta dukung, malasnya dia jalan. Bila duduk, ok lah, terus minta tab nak tengok mr bean.

Bila duduk kat LCCT tu, perhatikan orang ramai dengan situasi masing-masing. Ramai yang nampak susah-payah mengangkat bagasi masing-masing. Terus terikir masa tu, lecehnya bercuti.. Yelah, pergi satu beg, balik dah tak tau nak berganda berapa banyak beg. Bila naik bas dari KL Sentral ke LCCT, hah baru tau bahana berbelanja tak beringatkan. kita orang takdelah macam tu kan. Pergi satu beg, balik pun satu beg. Tapi pergi beg tak penuh, balik agak penuhlah juga. Tapi bila tengok orang lain, hoh, gila, sampai berpeluh mengangkat bagasi. ada tu dengan keluarga.. Anak kecil dah lah 4 orang, bagasi lagi. Belum lagi timbang beg, kan terlebih muatan, kena lagi dengan bayaran lebihan muatan.

Apa yang tak bestnya, bila lama tak bercuti, nak sangat bercuti. Kalau boleh nak hitung satu-persatu hari tu biar cepat pergi. Tapi bila dah berada ditempat orang, alahai, hati teringat dengan rumah. kenapa macam tu eh? Teringat kereta sendiri, sebab bila tempat orang asyik jer jalan kaki, naik tren, teksi dan bas. Kaki yang tak tahan woo.. Kan bagus ada kereta, boleh duduk dengan selesa. Lepas tu teringat dengan katil sendiri. Walaupun bukan berharga beribu riban, tapi selesa sangat. Tak usahlah cerita mengenai makan.. Lidah dah muak makan kat luar. Masak sendiri lagi sedap kan.

Muehehe, layan jer lah saya merapu. Tapi bila dah balik, tiba-tiba nak holiday lagi sekali. Nasib baik poket dah nipis. Tengoklah, dalam perancangan memang nak kesuatu tempat dalam masa terdekat ni. Tapi tak pasti lagi jadi ke tak.

Destinasi cuti keluarga kecik kami ni, biasa dah buat orang lain - Kuala Lumpur. Tapi, untuk review dan gambar dari mata alin, adalah lain daripada orang lain.. Nanti kita share perlahan-lahan...





@ Bingit telinga, asal masuk teksi, pemandu teksi suka pasang radio/lagu kuat-kuat. Bila kita nak berbual dengan dia, dia tak reti pun nak slow kan. ke memang tak peramah yer???






.


Friday, June 22, 2012

Perjalanan yang menggembirakan

Rancangan bercuti ini sudah lama dirancang. Hampir setahun yang lalu. Masa tu memang kira sangat berbaloi sebab dapat beli tiket kapal terbang murah. Banyak sangat save. Dan sudah pasti percutian sebegini, akan menggembirakan anak-anak, iaitu kakak dan adik. Sejak seminggu yang lalu, baru beritahu mereka mengenai percutian ni. Sebab tak mahu mereka excited terlalu awal. Dan sejak dari itu, semngatlah kakak dan adik, hari-hari tanya pasal cuti ni. Bila nak jalan, nak kemana, tinggal dimana, berapa hari. Naik bosan juga nak menjawabnya..hehehe.. Adik pula bila ditanya, nanti dalam kapal terbang nak duduk kat mana, dia cakap kat atas tingkap..wee, maksudnya kat sebelah tingkaplah tu. bila dah dekat nak jalan, jawapan tu dah berubah pula, duduk dekat mama.

Destinasi percutian kali ni dalam negara saja. Untuk keluar negara, memang ada dalam perancangan. Semoga akan tercapai juga lah nanti.

Terbang waktu malam memang agak menggerunkan. Apatah lagi bila selalu tengok rancangan siasatan kapal terbang terhempas kat tv, pelbagai kemungkinan buruk mulai melekat kat dalam kepala. Sadis, menunggu giliran untuk masuk ke dalam kapal terbang, berdiri kat tangga dan memerhatikan badan kapal terbang, terbayang pula kes keretakan kapal terbang dalam rancangan tv tu. retak sikit jer boleh menyebabkan kapal terbang terhempas dan semua penumpang terkorban. Haish, gila punya fikiran. Sempat beristighfar, pergilah hai fikiran negatif.

Sepanjang perjalanan pun bayangan negatif tu masih menghantui sebab agak 'bergelora' juga sepanjang perjalanan. Kapal tu macam kat laut. Goyang sana, goyang sini. Nasi ayam yang dah selamat sampai kat dalam perut tu pun macam nak ter-blueekk balik kat luar.

Apa pun, ini penerbangan pertama adik dengan sit dia sendiri. Maklumlah dia dah lebih 2 tahun sekarang. Suka tengok gelagat mereka yang excited tak sudah. Kalau percutian dihargai macam ni, memang selalulah mama dan abah bawa terbang. Insyaallah kalau budget ada, okeh jer. Cuma lain kali cubalah elakkan penerbangan malam, sebab ngeri weh...ekeke... Apalagi penerbangan lebih 2 jam, terasa terlalu lama... Bila nak sampai ni..



@ kolumpo, here we came >.<

Friday, June 15, 2012

Eastern Cineplex Tawau


Suka dengan tajuk tu, sekali sekala bermain dengan SEO apa salahnya kan..
Malam tadi singgah Eastern Plaza sebab nak beli barang sedikit untuk ditinggalkan pada mummy. Maklumlah hari untuk fly fly away dah dekat. So, bawa sekali dengan kakak dan adik.. Kebetulan, menurut radio Tawau yer, Eastern Cineplex, panggung wayang tercanggih di Tawau, buka mulai jumaat 15 jun. Ya, wahai orang Tawau Bumi Peladang, selama 3 hari berturut-turut, 15-17 jun, sempena pembukaannya, maka mereka dengan bermurah hati beri tiket free, sila baris, dan seorang boleh dapat 2 tiket.


Sudah pasti 3 hari berturut-turut ni, orang ramai akan mengambil peluang ambil tiket tu dan nonton wayang percuma. Siapa tak nak kan. Malam tadi kakak memang excited kat situ, lari sana, lari sini, semua tempat tu dia nak tengok. Sampai masuk dalam panggung nonton wayang tu..ekeke.. Lepas tu, sibuk cakap, 'ma, besok kita pergi nonton ya ma..' Sorrylah sayang, tunggulah kakak dan adik besar sedikit, baru mama dan abah bawa nonton wayang. Kalau tak, nanti korang yang buat wayang kat dalam tu..huhu..


Design kat dalam ni simple jer. Kebetulan takde rancangan nak kesini, kamera pun takde bawak. Kalau tak awek kat kaunter tu pun boleh digambar kan :p .. Kat dalam beg hanya ada tab.. Arghh... bolehlah. Suka lampu kat atas tangga tu. Sebab kat rumah ni pun ada satu. Tapi 3 biji jer lah.. Memang lampu kesayangan saya..waa...



@ Blogger kan, semua nak tulis ;)






.

Wednesday, June 13, 2012

Jangan tanya kenapa anak jadi begitu


Saya juga pernah melalui zaman ketika kecil. Zaman yang penuh gemilang, dan masa tu kita tak pernah tahu mengenai kesusahan ibu bapa kita, ataupun banyak masalah yang orang dewasa selalu fikir dan hadapi. Apa yang kita tahu hanyalah main dan seronok. Apa yang kita tahu adalah, bila kita mahukan sesuatu, baju atau mainan umpamanya, maka HARUS lah ibu bapa sediakan, walaupun masa tu ibu bapa kita nak makan dan menyekolahkan kita pun susah. Kalau tak beli, siaplah kan nak hempas2 kaki. Menangis dan merajuk.

Tapi bila dah jadi dewasa, dah berkeluarga dan menjadi mama kepada 2 orang gegirl ni, buatkan saya selalu terfikir betapa anak-anak saya ini sememangnya tidak mengerti apa-apa. Kita yang dewasa inilah yang menentukan masa depan mereka. Buruk atau baik, semuanya berpunca dari 'tangan' kita. Bila anak dewasa, ibu bapa bertanya. Kenapalah pakaian kau ni tak cukup kain. Owh, sila jawab dalam hati sendiri. Masa anak kecil, kita pakaikan apa? Baju dress tu lawa.. Seksi, takde lengan. Dia lawalah nampak macam princess. Pakai macam tu kan barulah nampak girl. Ok. So bila dari kecil dipakaikan sebegitu, rasanya bagaimana pula pakaiannya bila dewasa nanti?

Bila anak dewasa, ibu bapa bertanya. Kenapa anak tak ingat orang tua. Nak balik menjenguk pun haram.... Sila jawab dalam hati. Bagaimana kita melayan ibu bapa kita. Adakah baik atau lebih tepat lagi, seperti apa yang kita mahu anak kita lakukan keatas ibu bapanya. Bila kita melayan ibu bapa pun macam mereka tak wujud, bagaimana anak kita nak melayan ibu bapa mereka? Contoh terbaik kan daripada ibu bapa sendiri. Merintih hati ibu bapa bila kita buat sesuatu yang menyakitkan mereka. Dan tanpa kita sedari, kita dibalas. Adil tak?

Bila anak dewasa, ibu bapa bertanya. Kenapa anak dah senang tak ingat ibu bapa?  Sila jawab dalam hati. Adakah bila kita mendidik anak2 kita, kita mengharapkan balasan? Memang tak salah. Dalam masyarakat kita dari dulu hingga kini, ibu bapa menyekolahkan anak dan memastikan mereka dapat kerja dengan gaji tinggi, bagaikan pelaburan, yang satu hari nanti keuntungannya pasti akan dikaut. Bila tak dapat apa-apa, mulalah gelabah. Siap cakap, habis tanah, rumah digadai untuk memberi kesenangan..huhu. Janganlah. Cuba kita sebagai ibu bapa menyiapkan diri. Lakukan tanggungjawab pada anak, dan semoga Allah membalasnya. Menyimpanlah sedikit untuk hari tua. Agar bila sampai masa nanti, takdelah harapkan anak. Mereka pun bakal mempunyai kehidupan dan tanggungjawab lain.

Bila anak dewasa, ibu bapa bertanya, siapa yang akan memandikan jenazah ku nanti? Sila bertanya pada diri setiap hari. Bila anak berkahwin dengan orang yang baru masuk islam, mat salleh umpamanya, kita bangga. Sebab anak kita kahwin dengan anak orang luar negara. Bakal anak mereka pasti mewarisi mata biru papanya. Tapi tanpa kita sedari, kita sebagai muslim pun agama goyah, apatah lagi bila kahwin dengan orang mualaf, bonuslahkan soalan ni, bagaimanakah agama mereka setelah berkahwin. Beberapa rakan disekeliling berkahwin dengan lelaki cina, masuk islam. Bila nak masuk islam sanggup belajar 'apa' saja asal akhirnya boleh nikah. Namun selepas kahwin, kehidupan 'lama' tetap diamalkan. Dan lebih malang, anak lahir dinamakan dengan nama yang takde bunyi islam langsung, dan disekolahkan di taska/tadika budha/kristian. Bayangkan bila nak makan, baca doa apa? Adakah warisan anak dan cucu begini yang akan mengurus jenazah kita kelak? Nauzubillah...

Ada juga bila ibu bapanya baik, dan telah memberikan 'bekalan' yang cukup buat anak- anak. Tapi persoalan, 'kenapa' anak jadi rosak dan pelbagai masalah lagi tetap menyelubungi mereka. Sedarlah wahai anak, syurga ditelapak kaki ibu. Buruk atau baik ibu bapa kita, tanpa mereka kita takkan wujud. Takde gunanya kita ada harta, kesenangan dan rupa paras menawan seandainya kita tidak mendapat keampunan dari mereka. Selagi mereka ada, sayangilah mereka. Jangan bila sekujur tubuh sudah kaku didepan kita, baru nak menangis dengan tuala tebal kat tangan. Untuk apa?






.

Friday, June 8, 2012

Library di mata kanak-kanak


Berkunjung ke library adalah sesuatu yang paling kanak-kanak gemari. Ini adalah kerana banyak buku yang bakal menarik perhatian mereka. Kesempatan cuti sekolah beginilah, membuatkan alin akhirnya berkesempatan membawa kakak dan adik ke perpustakaan berhampiran.

Seronok melihat mereka berlari-lari sambil senyap, ghairah melihat buku-buku yang banyak. Secara automatik mereka memang senyap, sebab kat sini kan memang senyap jer. Duduk kejap, lepas tu bangun dan ambil buku lain. Muehehe, menarik. Dan adik kerap kali minum, penat katanya. Lepas tu nak mr. Bean ( tgk kat tab) sambil nenen (menyusu).


Sebuah buku 'National Geographic' mengenai shark menarik perhatian adik. Bila dia tunjukkan pada alin, kebetulan buku dengan tajuk yang sama ada kat atas meja juga, dia terlopong hairan. Sama katanya. Ekeke, lengkap buat memek muka macam shark kat muka depan buku tu. Lari sana lari sini. Kebetulan tak ramai orang petang ni. Buatlah adik asal jangan bising dah ler.. (^_^)" .

Memang lama dah tak ke mari, kalau dulu memang selalu, pinjam buku dan baca. Tapi walaupun dah lama tak kesini, keadaannya masih sama. Takde perubahan pun. Aircond masih kurang sejuk. Hiyahhh....






.

Tuesday, June 5, 2012

5 jun dan usia meningkat lagi


Alhamdulillah, asal tiba jer hari ni, 5 june, bermakna usia alin meningkat lagi setahun. Walaupun dah cecah ke angka 3, tapi ramai masih kata yang saya ni masih muda. awet muda..ekeke, dengan itu bolehlah kan mengaku usia 20an...kan kan...


Takde rahsia istimewa pun, bila orang nampak kita ni asyik muda belia. Rasanya mungkin sebab alin tak suka fikir sangat mengenai masalah. mengenai duit. kalau habis, habislah..dalam hati selalu percaya, rezeki akan sentiasa ada buat kita. Berbeza dengan encik suami, rasanya, perangai perempuan dah terpalit padanya. Selalu 'cemburu' tengok orang lain. Eh orang tu naik pangkat. Orang tu ada kereta mewah. Orang tu dapat sambung belajar. Orang tu ada handphone canggih.. ;)


Ucapan pertama yang alin terima adalah dari encik suami tepat 12 malam tadi. Dan tidak ketinggalan si adik yang belum tidur.. Tersengih jer dia tengok alin kan, entah faham ke tak. yang pasti kalau ada kek dan lilin, mesti dia faham..hoho. Tahun ni sambut birthday, takde kek. kek suami, birthday dia seminggu lepas masih ada kat peti sejuk. muak dah makan.. Owh please, saya nak kepsi, tapi saya tengah diet sebab nak bercuti tak lama lagi....huhu..




@ selamat hari lahir buat saya!!!





.

Monday, June 4, 2012

Cuba 2 kali, dan jumaat ni kali ketiga.. semoga kali ni akan berjaya!


Salam..
Lama tak update blog. Yer saya akui. Kadang-kadang tu terasa macam nak menaip, tapi bila depan keyboard, cerita hilang entah kemana.. Dalam 2 minggu dah 2x berulang alik ke hospital. Bukan sebab sakit atau menjenguk orang sakit, tapi pasal nak derma darah. Dah lewat hampir 2 bulan dari jadual asal, dan 2 kali tu jugalah tekanan darah rendah. rendah sampai tak boleh derma. Alahai susahnya lah kan nak derma darah. Tapi, semangat kuat ni, sebab rasanya jumaat ni akan kembali ke hospital lagi. Staff di hospital, sila jangan muak tengok muka saya.. [Nasib baik encik suami kerja kat hospital, leh cover malu asyik ke hospital kan]..


Bila difikirkan, kenapa agaknya darah tu asyik rendah jer. Dah cuba macam-macam cara untuk naikkan. Jaga pemakanan, dan makan iron tablets pun sudah. 2 bijik pun.. Tapi tekanan darah masih juga rendah. Derma darah owh derma darah. Tak cukup dengan kita sanggup derma, badan pun belum tau 'nak' derma. Minta-mintalah kali ketiga ni boleh.


Tapi tak dinafikan, antara punca keadaan macam tu adalah kurang tidur dan terlalu banyak fikir. Kita mungkin tak rasa, tapi hanya batin yang tau. Bila check, owh mungkinlah.... Nampaknya kena lebih relax.. Huhu, cemburu dengan orang lain yang takde masalah nak derma darah. Datang jer blood bank, terus boleh derma.. :(





@ Mari ke blood bank, hospital berhampiran untuk derma darah.






.


Tuesday, May 29, 2012

Malu katanya...


Semalam kan merupakan hari kelahiran encik suami. Dan oleh kerana tahun ni merupakan first birthday nya memiliki facebook, agak terkejut jugalah kan bila menerima banyak ucapan kat facebook. Bila dah buka facebook, terkulat-kulat juga dia nak membalasnya. Asyiklah nak panggil alin, tanya nak cakap apa? Nak tulis apa? Ok ke tak ni? Ngee.... Suami saya memang sangat simple, dan walaupun facebook itu miliknya, tapi alin lah yang buka hari-hari :)

Dan pagi tadi katanya, sebaik saja lepas ceramah kat hospital, rupa-rupanya dia dah ditunggu oleh ramai staff hospital yang terus menyanyikan 'happy birthday' buatnya. Bila sampai jer kat rumah, dia bercerita dengan alin. Malu katanya sebab pertama kali kena macam tu.. Ekeke.. Best tak? Ni semua mesti pasal facebook katanya. Walaupun hanya menerima ucapan hari lahir, encik suami dah tersenyum riang. Dan malam tadi mem dan adik ada beli kek SR. Payahnya nak habiskan, masih ada banyak lagi kat peti sejuk tu.

Kemudian, encik suami tanya, alin nak hadiah apa di hari lahir alin minggu depan, yer selisih seminggu jer hari lahir kami ni, selalunya memang sambut sekaligus.. Lagi meriah.. Alin cakap tak payahlah, sebab encik suami pun macam tu kan. Katanya, alin ni memadai dengan kepsi, sebab memang hantu kepsi..wowo...



@ Selamat hari lahir dear encik suami 28052012. Semoga panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan berpanjangan.





.

Thursday, May 24, 2012

Bangga dengan kamu kakak...

Bulan oktober ni, genaplah usia kakak 9 tahun.. Dah jadi anak dara rupanya anak mama ni..
Dah besar. tak sangka.. macam baru jer semalam mama sakit 6 jam lahirkan kamu..

Semalam, keputusan peperiksaan pertengahan tahunnya, sudahpun selamat sampai ke tangan. Susah nak harapkan yang tinggi untuk si kakak sebab orangnya yang aktif dan nakal. Ada jer lah kan komplen dari sekolah..huhu. Tapi untuk kesekian kalinya, keputusan peperiksaannya memang sangat membanggakan. Nakal tapi bijak yer kak??

Memang sangat mencabar memiliki anak seperti kakak.
Walaupun perempuan, tapi aktif macam lelaki. Dan dia mewarisi sifat terpuji (bagi saya) abahnya.. Iaitu sangat peramah. Campaklah kat mana pun, pasti boleh hidup. Maksudnya, letaklah dia kat mana pun, tetap akan ada kawan. Memang sangat peramah ok..

Semalam pergi kenduri rumah neneknya, sampai jer, terus tarik lengan baju kurung dan tolong makcik-makcik kat situ buat kuih onde-onde. Gigih, duduk kat situ hampir sejam, sampai siap. Wah orang pun hairan, anak sapelah kan.. hoho...


Bangga dengan kamu kakak, semoga jadi anak yang baik, dan pintar, juga dapat menunjukkan contoh teladan yang baik buat adik....





.

Tuesday, May 22, 2012

Bila dah susah barulah tahu

Assalammualaikum..

Dalam kehidupan seharian kita, kita dikelilingi oleh rakan dan keluarga.
Bila mereka susah, kita selalu akan berusaha berada disamping mereka. Membantu dan meringankan beban mereka. Keadaan itu memang biasa. Bila dia buat kenduri, kira wajiblah kita datang. Bila mereka sakit, haruslah kita ziarahi. itulah erti kata sebenar seorang rakan dan keluarga.


Namun, tiba-tiba, bila kita ditimpa masalah.. dimana rakan, dimana keluarga?
Pernah tak melalui keadaan ni?
Masa kita susah, baru tahu, hanya kita yang selalu ada untuk mereka. Tapi bila kita yang memerlukan mereka, mereka entah berada dimana. Ada tu yang jangankan nak menjenguk.. telefon pun takde. alin pernah melalui keadaan ni berkali-kali. Agaknya Tuhan dah nak tunjuk, itu rupanya hati budi orang disekeliling kita. Bila mereka susah, mereka nak kita berada disamping mereka. Tapi bila 'roda' berputar, dan mereka diatas, kita dibawah ni tak pula dinampak.


Kecewanya kan bila melalui keadaan tu.
Tapi percaya tak? setiap perbuatan, baik atau buruk pasti ada balasannya. Hati kita ni memang mudah memaafkan, tapi siapa tahu balasan Tuhan.. Hari ni, masa ni.. ketika membaca entri ni, marilah kita sama-sama menilai diri sendiri. Adakah kita sentiasa ada untuk rakan dan keluarga kita? Adakah kita hanya mahu orang lain prihatin dengan masalah kita? Bagaimana dengan masalah orang lain? Terutamanya orang yang rapat dengan kita. Adakah kita ambil tahu?





.

Tuesday, May 15, 2012

Bila encik suami cakap tak payahlah..



alin : abah (encik suami), minta RM50

Encik suami : buat apa?

alin : beli hadiah birthday untuk abah

Hari lahirnya 28hb ni..

Encik suami :tak payahlah. buang duit jer. Baik beli makanan kita makan sama-sama..

alin : hah?


Benda ni perkara biasa selama 10 tahun kahwin ni. Encik suami memang tak suka dibelikan hadiah.. Yelah dah cakap macam-macam sebab nak juga belikan, konon asyik ingat makan jer, ternak lemak. Lepas tu boleh juga cakap, hari lahir kan setahun sekali.. ekeke.. Ok, rancangan tak berjaya. Sekarang terfikir lak nak bawa encik suami sekali kakak dan adik pergi makan hari tu. Tapi binggung, nak makan apa eh? dimana yer? Huhu masalah juga. Kalau tanya encik suami mesti jawab, tak payahlah.. susah-susah jer..

Benda ni dah biasa tau. Bukan jer pada hari lahir. Juga bila nak belikan dia baju, kasut, atau apa jer pun. Selalu tak nak.. Macam-macam alasan untuk mengelak. Selalunya, dia akan cakap, beli untuk alin lah.. atau untuk kakak dan adik lah. Walaupun pernah beli juga dan dia memang akan pakai..ngee...Encik suami yang alin kenal memang seorang yang tak mementingkan diri sendiri. Love you!! ;)




Sunday, May 13, 2012

Selamat hari ibu dan kisah di hari minggu..


selamat berhari minggu...

Hari ibu akan disambut setiap ahad minggu kedua bulan may setiap tahun. dan untuk keluarga alin, memang tak sambut sangat pun hari ni tiap-tiap tahun. Tiba-tiba awal pagi macam nak makan kek secret recipe, owh sila lupakan sebab awal pagi bangun dah tergesa-gesa turun bandar sebab encik suami bawa pergi breakfast kat kedai aka cuti masak..ngee...


So, lauk tu main tunjuk-tunjuk jer, dah ready kat pinggan untuk dimakan.
Lepas tu terus ke pasar minggu-Takada. Rambang mata nak beli.. macam-macam ada kat situ. Dari sayur, ikan, barang dapur (masak), haiwan peliharaan, baju, mainan, banyak lagi. Walaupun dah lebih 8 pagi kat situ, berpeluh juga nak round semua gerai. Syabas adik, walaupun tak habis pusing, jalan sendiri, lepas juga lah lebih setengah perjalanan, kemudian minta minum dan dukung dengan abahnya.


Boleh tahan dapatlah beli bekalan untuk seminggu.. kangkung, paku pakis, tauhu, tempe, kerang dan bunga betik. Anggaran total = RM12 (kerang sekilo termasuk kulit RM3, beli 2kg)


Lepas tu petang, ada friendly game, badminton.. Jabatan Kecemasan Hospital Tawau. Encik suami beria-ia nak bawa alin mix double.. Segan yer, sebab takde training langsung.. ekeke, terpaksalah encik suami main double jer. Good luck encik suami!!



@ malam yang ditunggu-tunggu, bila juara BPL akan ditentukan samaada MU atau MC.. Jom 10 malam :) Kad hari ibu yang cantik dari kakak... Selamat hari ibu semua ...






.

Thursday, May 10, 2012

Benarlah kata orang, cinta tu boleh buat orang berubah..


Dalam keluarga, memang amalan makan sayur, pelbagai jenis sayur tu dah biasa. Ada masanya, makan sayur sebagai lauk dengan nasi pun dah kira menyelerakan. Dan itu membuatkan, bila makan takde sayur, rasa sangat-sangat kekurangan.

Tapi mengenali encik suami pada mulanya.
Serba serbi tak makan. Masa tu asyik makan telur, ayam dan hotdog. Sedih tengok..
Wuwu, dan rasanya bertahun juga lepas kahwin, alin dah mula ikut langkahnya. Susahlah nak ada sayur kat rumah. Sedangkan kat sini ni sayur melambak dijual kat mana-mana pun. senang jer beli. Kalau beli sayur kangkung contohnya seikat, boleh masak sampai 2-3 kali. Tengoklah berapa orang makan kan.

Dan tanpa disedari setelah 10 tahun kahwin, 'campak' jer sayur apa pun..
Encik suami tetap akan makan. Boleh tahan. Siap boleh cakap lagi, kalau takde sayur, tak sedap!! hehe..

Itu encik suami.. Bagi alin pula, dulu sebelum kahwin tak makan udang sotong.. sekarang dah makan. Cuma memang ada beberapa menu tak makan lagi, hoho, mungkin akan berubah juga suatu hari nanti.. siapa tahu kan.

Benarlah kata orang, cinta itu buat orang berubah. Saling melengkapi dan memperbaiki segala kekurangan adalah adat resam pasangan suami isteri. Mungkin bukan ini sahaja, ada banyak lagi.. Tapi kadang-kala perubahan yang 'kecil' ini merubah keseluruhan hidup kita..




@ encik suami selalu nak ikut beli sayur, atau pergi pasar. Bawa sekali kakak dan adik.. Seronok katanya..






.


Monday, May 7, 2012

Sepetang di Kompleks sukan


Aktiviti yang sering dilakukan oleh encik suami.
Selalunya 3-4 kali dia akan bermain badminton. Itu tak kira lagi main futsal dan bola padang.
encik suami memang aktif orangnya.. Kira memang agak berbeza dengan alin yang lebih suka menonton saja. Sebelum kahwin dah sering duduk tepi padang jadi 'pompom girl'.. ngee, takdelah.. Sebenarnya, dah jadi kebiasaan macam tu. Duduk tepi menonton dengan tekun sehingga habis game.


Kira, kawan-kawan encik suami dah biasa dengan kehadiran alin setiap kali ada game.
Bila dah ada anak 2, kakak dan adik, mereka akan turut sama  'memeriahkan' tempat tu..
Gila... Lari sana, lari sini, tak tahu duduk diam.. Dah serupa anak lelaki.. huhu...
Bila alin tak ikut, kakak akan jadi gantinya.



Dan ahad yang lepas, mari ke kompleks sukan, sebab encik suami akan 'berentap' selama 2 jam disitu dengan 3 orang rakan yang lain.. Baguslah, kali ni dia rasa puas main. 2 jam tanpa henti..
Biasanya lepas main, tak kira badminton, bola ataupun futsal, mesti urut-urut lutut..
Itulah jadinya bila aktif dari kecil-remaja-dewasa..
Lutut dah 'buruk'... (:p encik suami)





@ sebagai isteri atau kekasih, adakah korang juga melakukan hal yang sama?





.

Sunday, May 6, 2012

iT Fair 2012 yang sangat meriah..


Hari sabtu adalah hari yang paling sesuai menghabiskan masa bersama keluarga.
Ianya dipanggil masa berkualiti bersama keluarga.
Kebetulan, ada iT Fair di Dewan Masyarakat Tawau, sekali bawa kakak dan adik bersama melihat 'kemeriahan' jualan produk iT.. Kebetulan bila sampai tengah hari, parking pun penuh.

Mungkin bernasib baik, sebaik saja tiba dihadapan dewan, lokasi iT fair ni, sebuah kereta keluar dan kami dapat parking. yeah ^__^

Kat dalam memang ramai orang.. Berpusu-pusu, tak kira booth mana kan..
Kebanyakan mesti ada beli sesuatulah kan.. Murah agaknya.. Tapi alin takde beli apa pun, saja nak lihat-lihat kat dalam.. Kerana blogger kan... Gambar memang takkan miss ambil..


Penuh jer bahagian booth produk apple ni. Tengok budak berbaju merah tu, asyik dengan ipad..
'Suruh parent beli.. jangan tak beli..' Dia tengah main game tu.. Kakak dan adik memang dah tak hairan sebab ipad abah dia (encik suami) dah selalu jadi mangsa.. huahua


Memang sporting habislah kan booth Telekom ni.. Owh baju tu memang lawa. Tapi takde RM79 so, tak dapat beli. Mula-mula, bila alin snap mereka asyik layan customer. Lepas tu, boleh lak suruh ambil satu kali lagi, lengkap dengan posing.. Maka, kamu saya abadikan dalam blog ini... :)


Nampak sangat ada yang menarik perhatian mereka disitu.


Owh pakcik tu lagi sekali, tapi kali ini membelakang. Perasan tak?
Jenama terkenal memang akan mendapat perhatian.


Menarik bukan, melihat gambar-gambar artis barat sebagai hasil print menggunakan printer yang dijual.
alin lihat, printer merupakan antara produk yang laris dijual.


Demikian aktiviti alin dan keluarga dicuti wesak/sabtu. Korang pula bagaimana? iT Fair ini akan berlangsung 4-6 mei...





.

Wednesday, May 2, 2012

Angry Bird yang tak best!! entri bergambar


Siapa tak kenal dengan angry bird kan..
Tapi kalau cerita mengenai angry bird dengan kakak dan adik, memang paling best. Tak cukup dengan samsung galaxy tab mama, kat ipad abah pun boleh hadap angry bird.. Adik yang masih kecil pun dah pandai main. Kena lagi dengan jarinya yang kecil, sangat cute okeh..


Tapi baru-baru ni, nenek cina (mummy alin) sudah menambah 'kegilaan' dua adik beradik ni..
Yeah, jajan angry bird.. mana dapat ntah.. Tapi yang bestnya, kat dalam keropok tu, ada jer 'hadiah' tau. Sticker angry bird lah.. ada tu, pemadam angry bird.. Dan yang paling 'berharga' rasanya adalah duit 50 sen. Wah besar mata kakak nampak duit baru tu.





tapi biasanya, kakak buka keropok tu untuk dapat hadiah jer, adik yang selalu rajin menghabiskan keropok tu. Sebagai mama, alin memang tak galakkan sangat anak makan keropok. Kadang-kadang bolehlah.
Kan tak elok..



Tapi angry bird memang tak best.. huhu. Kalau lalu kat kedai kaset (jual CD DVD) yang ada tayang movie anry bird tu, boleh dua beradik ni terpaku kat depan kedai sambil ketawa sorang-sorang.. pelik..




*lain kali, alin kongsikan betapa cute-nya jari adik main samsung tab/ipad ^_^





.