Lulu Pages

Terkini dari alin

Friday, December 27, 2013

Kursus Kejurulatihan Badminton Tahap 1, 1-5 Dis 2013, Kota Belud, Sabah (dan gambar Gunung Kinabalu dari Kota Belud)


Salam Pembaca..

Dalam menunggu surat rasmi kenaikan pangkat dan tarikh lapor diri encik suami, encik suami telah mendaftar untuk menghadiri Kursus Kejurulatihan Badminton Tahap 1 yang telah diadakan di Kota Belud pada 1-5 disember baru-baru ni. Memang tarik nafas lega sangat sebab tak langgar dengan tarikh lapor diri, hehe.. Kalau tak, impian untuk hadir kursus ni takkan kesampaian. Alin memang galakkan sangat encik suami menghadiri kursus ni, sebab selama ni dia memang aktif sangat dengan badminton, dalam seminggu memang rabu, sabtu dan ahad saja tak main. Isnin, selasa dan khamis memang selalu full, dan dia main dengan kumpulan yang berbeza.

Hari jumaat pula main dengan alin dan anak-anak. Bagi alin, kursus tu memang bagus untuk encik suami. Paling penting adalah untuk latih anak-anak sendiri untuk jadi pemain badminton yang baik dan hebat. Ya, anak-anak boleh dihantar belajar dengan jurulatih yang memang ada terima pelajar dan bayaran dikenakan. Namun dengan kursus itu, sedikit sebanyak, mutu permainan encik suami pun akan menjadi lebih baik.

Gunung Kinabalu dari tingkap hotel - sblm 9 pagi

Jadi, berkampunglah kami di Kota Belud. Dan kursus ni adalah usahasama BAM (Persatuan Badminton Malaysia) dan ...SBA (Sabah Badminton Association). Tahukah anda bahawa melihat Gunung Kinabalu lebih cantik dari Kota Belud? Tinggal kat hotel Tang dynasty, awal pagi buka tingkap, jelas saja nampak gunung kinabalu.. Alin memang dah daki GK malah masa tu ketinggiannya masih 4101m.. Dan alin masih lagi rasa terpegun melihat pemandangan Gunung Kinabalu walaupun dah banyak kali tengok ketika melaluinya dalam perjalanan..

Pertama kali sampai di bandar Kota Belud. Bandarnya kecil saja, dan jalannya pun sehala, nak pergi satu tempat yang dekat terpaksa pusing-pusing, baru sampai. Hehe, tapi hebat kat sini, nampaknya ramai penduduknya beragama islam dan masjid pun besar. Jadi, makanan halal bukan satu masalah kat sini. Dan yang menariknya, penjaja kuih muih kat sini, jual kuih yang sudah siap dibungkus. Jadi masalah kebersihan tu memang tak diragui.

awal pagi - Gunung Kinabalu dari Kota Belud.. Subhanallah

Kebetulan hari pertama encik suami berkursus, kena hari ahad. Kan hari ahad ada Tamu Kota Belud kat sini. Famouslah kan event ni, sebab dan masuk dalam interesting places di Sabah. Tapi duk saja dalam hotel, tak pergi pun.. Hehe redha. Alhamdulillah, siang malam encik suami berkursus.. Akhirnya tamat juga. Untuk pengetahuan, kita orang datang menggunakan kenderaan sendiri, melalui jalan Tawau-Sandakan-Kota Kinabalu. Bermalam semalam di Kota Kinabalu dan bertolak ke Kota Belud keesokkan harinya. Dekat saja dengan Kota Kinabalu, dalam sejam lebih dah sampai dah.. Siap pakai WAZE lagi walaupun jalan lurus saja, senang sangat.. Hehe




* Perjalanan balik lagi teruja sebab sempat singgah tempat menarik kat Kundasang.. Entri seterusnya....



.

Thursday, December 26, 2013

Rezeki besar dari Allah, alhamdulillah


Salam pembaca..

Maaflah, lama tak menulis kat blog ni.. memang bersawang. Bukan bermakna takde cerita langsung. Ada banyak yang berlaku sejak akhir-akhir ni, dan insha Allah, kita akan buat satu persatu.. Alhamdulillah, atas rezeki Allah, encik suami lulus dalam temuduga di kota kinabalu baru-baru ni (ada cerita dalam entri sebelum ini). Tarikh keputusan temuduga tu sebenarnya belum sampai, ada seminggu lagi masa tu, entah kenapa tiba-tiba hati encik suami terdetik nak check kat laman SPA. Alin masih ingat lagi masa tu, hari jumaat, encik suami balik tengah hari, duduk kat meja makan sambil main ipad. Diam saja dia masa tu. Sekali dia cakap, 'ma, abah berjaya ma...' Serentak kami terdiam, saling pandang antara satu sama lain..

Ya Allah, betul tak percaya. Alin siap suruh encik suami check berulang kali, sebab tak mahu silap. Dan sahih, encik suami berjaya dalam temuduga tu. Ya Allah, besarnya rezeki ini, dah 3 tahun kami tunggu dan selepas 3 kali temuduga, sebaik saja habis belajar di UKM 2010, akhirnya rezeki itu milik kami juga. Serta merta terbayang betapa payahnya menggenggam segulung ijazah ketika itu. Masa, tenaga dan wang ringgit, akhirnya berbaloi.. sob sob... Dengan rezeki besar ni, insha Allah keseluruhan hidup kami akan berubah 100%. Ya Allah permudahkanlah semuanya..

Menunggu surat rasmi untuk ini, kami sedar, dan memang sudah lama menyiapkan diri bahawa tempat kerja encik suami di masa akan datang tiada lagi di Tawau. Bukan saja di Tawau, malah di Sabah. Penempatan hanya ada di Kuching, Sarawak dan beberapa negeri di semenanjung Malaysia. Itu bermakna kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat tanah kelahiran ni, Tawau Bumi Peladang dan keluarga. Terutama rumah sendiri yang sudah kami diami hampir 6 tahun. Ya, kami sahut cabaran ni.. Ingin berjaya bermakna harus ada pengorbanan.




@Untuk cerita apa jawatan baru encik suami, kita cerita di entri akan datang..



.

Friday, November 1, 2013

Keadaan jalan Kalabakan-Sepulot (Kebaikan dan keburukan)


Salam pembaca..

Ada banyak versi mengenai keadaan jalan di Kalabakan-Sepulot, iaitu jalan lain ke Kota Kinabalu dari Tawau selain dari jalan lama, Tawau-Sandakan-Kota Kinabalu. Ada yang cakap jalan teruk sangat, dan ada juga cakap jalan ni dah banyak perubahan dan semakin baik. Sehinggalah kami sendiri merasakan pengalaman itu. Memang sangat berbeza dengan jalan lama. Dan walaupun telah melalui jalan ini buat pertama kalinya, marilah kita lihat perbezaan kebaikan dan keburukan yang dapat alin senaraikan ni. Semoga akan dapat memanfaatkan sesiapa saja yang berminat menggunakan jalan ni.

Kebaikan

1. Perjalanan lebih singkat.
(5-6 jam perjalanan) Dapat save dalam 3-4 jam. Banyak tu.. Biasanya dah lewat petang baru sampai kk :(, tapi dengan menggunakan jalan ni dalam pukul 2 dah sampai. Tengok kenderaanlah kan, kalau 4x4 tu memang tengah hari dah sampai. Tapi tak beerti kereta kecil tak boleh menggunakan jalan ni. Ada nampak viva, myvi dan kancil, selamba saja melalui jalan ni..

2. Kenderaan yang kurang

Kat sini kenderaan memang kurang sangat, jalan raya tu lapang sangat. Biasanya memang kereta kita saja kat jalan. So, korang boleh budget lah kan nak laju atau nak perlahan, memang sangat safety. Takde insiden nak potong kenderaan-kenderaan besar atau perlahan macam kat jalan lama

3. Menjimatkan penggunaan minyak
Disebabkan oleh perjalanan yang tidak sepanjang jalan lama, penggunaan minyak akan dapat dijimatkan. Satu pilihan yang bijakkan.

4. Jalan sedang dibaiki
Walaupun ada lebih kurang 50km lagi jalan belum berturap, tapi sepanjang melalui jalan ni, kita akan dapat lihat kerja-kerja menurap sedang giat dilakukan. Dan khabarnya keseluruhan jalan akan siap diturap menjelang tahun depan.. :)

5. Pemandangan yang menakjubkan


Melalui jalan ni memang takkan nampak Gunung Kinabalu. Tapi yang pasti jalan ini juga ada daya tarikan yang tersendiri. Kita akan melalui Bukit Graviti dan juga Banjaran Crocker (tinggi) dan jauh disana ada pemandangan persisiran pantai.. Sungguh menakjubkan seolah-olah kita berada dalam kapal terbang dan sedang melihat kebawah.. Cubalah bayangkan :)


Keburukan

1. Takde stesen minyak
Dari Tawau ni, ada petronas kat Felda tu. Betul-betul kat tepi jalan besar. So, adalah lebih baik untuk tidak membiarkan tangki minyak kosong baru nak isi sebab selepas ini, tempat isi minyak hanyalah berada di Nabawan.

Tapi rasanya tak perlulah risau. Kalau kereta kecil, tangki kecil, mungkin lebih selamat kalau bawa minyak dalam gelen, takdelah menggelabah cari stesen minyak kan.

2. Perjalanan sunyi kurang kereta
Bahaya untuk keadaan kenderaan yang tidak berapa baik. Kalau rosak, susah nak cari bengkel. Sebab setakat ni, kebangyakan jalan rumah pun kurang. Kebanyakan hanyalah estet dan hutan simpan.

3. Jalan rosak sejauh 50km



Jalan masih rosak sejauh 50km, walaupun sedang dalam pembikinan, lori-lori yang mengangkut batu-batu untuk itu tidak bertutup. Juga melalui jalan-jalan dalam pembikinan ni, perjalanan terpaksa perlahan. 

4. Lori angkat kayu balak


Dari Kalabakan lagi memang banyaklah kita akan jumpa lori-lori yang angkat kayu balak ni. Logging kata orang sini. Maklum saja kawasan sepanjang Kalabakan-Sepulot ni memang kaya dengan hutan-hutan yang belum diterokai.


Kayu-kayu balak tu besar-besar. Ngeri juga tengok, bila terserempak, lebih baik kereta yang kita pandu kita hentikan ditepi jalan. MAnalah tau ada batu yang terbang, bahaya cermin kereta boleh pecah. 

5. Tiada RNR
Sebenarnya RNR ni penting manalah tau kita nak makan, solat atau berehat. Kat sini memang susah nak cari RNR sebab langsung takde. Tapi anda boleh berhenti rehat kat Maliau Basin, tandas pun ada kat situ (bayaran dikenakan), makan/rehat sambil menikmati alam sekitar yang sunyi.. (seram tak? hehe)

7. Tiada liputan talian
Ada beberapa kawasan sepanjang perjalanan ni takde liputan talian. Jangan cakap internet, talian telefon pun takde. Tapi bukan sepanjang jalan yer.. Untuk pengetahuan, alin guna maxis untuk talian dan DIGI untuk broadband internet. Walaupun bukan sepanjang kawasan, tapi memang agak risau juga kalau-kalau kita perlukan talian tapi takde lak..

8. Mendaki tinggi, turun curam


Di kawasan Bukit Graviti dan Banjaran Croker, kita akan mendaki tinggi. Kalau guna jalan lama, mendaki kat Kundasang/Ranau kan. Hah kat sini pula area ni. Bila dah mendaki, turun pula curam tapi pemandangan memang menakjubkan. Bila turun curam, brek pun boleh panas sebab kerap digunakan. Kalau anda mengalami masalah ini, dinasihatkan untuk memberhentikan kenderaan sementara brek tak jem, kemudian boleh teruskan perjalanan balik.




Itu antara yang alin ingat setakat ini. Pandai-pandailah anda rancang perjalanan. Kalau rasa keadaan kereta tak berapa baik, atau rasa was-was tak payahlah. Tapi ada saja viva atau kancil selamba saja melalui jalan ni, dan insha Allah akan selamat sampai. Adakalanya, baik juga kalau kita bersangka baik kan :)








.

Friday, October 18, 2013

Dari Tawau ke Kota Kinabalu, melalui Jalan Kalabakan-Sepulot


Salam pembaca..

Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ni, perjalanan ke Kota Kinabalu kami kali ini akan melalui jalan baru. Jalan Kalabakan-Sepulot. Awal pagi, dalam 5.30 selamba saja bangun dan bersiap. Untuk makluman, baju memang dah siap packing awal sejak beberapa hari yang lepas sebab teruja sangat nak jalan..hehe.. Biasanya kalau melalui jalan lama, memang 4.30 pagi dah jalan dari rumah. Dalam pukul 2-3 petang sampailah KK. Memang jauh sampai kematu punggung rasanya. Tapi kali ni memang jauh berbeza sangat, lagipun ramai juga yang cakap, melalui perjalanan ni, hanya mengambil masa dalam 5-6 jam. Bergantung pada jenis kenderaan yang dipakai.


Masa gerak dari rumah, sempat lagi singgah kat tepi jalan kampung Muhibbah, beli sarapan. Selama ni sangka makanan yang jual kat situ mahal. Rupa-rupanya murah. Lepas tu ada banyak pilihan. Nasi lemak, nasi kuning, mee goreng, mee hoon dan pelbagai jenis kuih muih. Memang terbaeklah kan.. Terus rambang mata kat situ. Nasib baik mengenangkan nak jalan jauh, tak biasa makan minum banyak sebab perut akan meragam, terus tak jadi beli banyak.

Memulakan perjalanan, memang kali ni tak mengantuk. Biasanya guna jalan lama, dah macam pancing ikan.. muahaha, mata tu selamba saja nak terlelap. Tapi kali ni celik saja, mungkin sebab teruja dan ada rasa was-was sebab jalan tu memang asing bagi kami dan kebanyakan jalan memang takde papan tanda. Tapi rakan-rakan yang dah ada pengalaman melalui jalan ni memang cakap, jalan saja terus... terus... hehe


Sepanjang perjalanan memang enjoy sebab tak banyak kereta. Dan yang paling istimewanya, kita akan melalui Maliau Basin. Kami singgah sebentar di sini, terus ambik sarapan, makanan yang dibeli tadi, sambil menikmati keindahan semulajadi. Memang sunyi sangat kat sini.. Yelah kan hutan simpan. Kereta pun tak banyak yang lalu. Encik suami sempat lagi 'berkenalan' dengan orang kat pondok jaga Maliau Basin tu.. Asyik dia bercerita hehe.. Lepas makan, dan bergambar, kami meneruskan perjalanan.  Pada mulanya, memang dalam hati teringat dengan keindahan gunung kinabalu, sebab melalui jalan ni, memang tak lalu Ranau dan takkan nampak gunung tu. Terus boleh bayangkan pemandangan kat jalan ni mesti tak cantik dan membosankan.. Tapi siyes, anggapan itu salah sebab jalan ni juga ada keistimewaan tersendiri. Kalau nak tau keistimewaanya, kena baca entri seterusnya..


Tak sempatlah nak rasa kematu punggung, yeay dah sampai kk.. Terus masuk hotel check-in, kita orang tinggal kat Tang Dynasty, sebab kakitangan awam kan ada diskaun kat situ :)





.

Saturday, October 12, 2013

Merancang perjalanan, detinasi yang biasa namun perjalanan yang berbeza



Salam pembaca..

Memang sudah bersedia sejak beberapa bulan, sebab dalam bulan oktober memang biasanya encik suami akan menghadiri temuduga. Sejak tamat pengajian 2010, surat temuduga dari SPA memang selalu ditunggu-tunggu. Sudah berapa kali temuduga, kita orang memang dah sedia fizikal dan mental, yang penting berusaha dan selebihnya tawakal, biarlah Allah yang menentukan. Setakat ni memang belum ada rezeki lagi, tapi itu bukannya alasan untuk mengalahkan :)

Dan bila menerima surat temuduga yang akan diadakan di Kota Kinabalu, keluarga kecil ni terus teruja, namun kerana 2 hari selepas temuduga, ada pula pertandingan badminton (terus sekali pemilihan untuk wakil sukan kesihatan), impian untuk terus nak ke Labuan nampaknya tergendala lagi.. huhu, teringin sangat nak kesana sebab belum pernah sampai lagi.

Dan yang lebih mengujakan, perjalanan yang bakal kami tempuh akan menggunakan jalan baru. Biasanya melalui jalan Tawau-Lahad Datu-Sandakan-Ranau-Kota Kinabalu.. Dan kami bakal menggunakan jalan Kalabakan-Sepulot. Dah banyak sangat cerita mengenai jalan ni yang kami dengar. Dan bila google pun takde banyak sangat cerita mengenainya, terutama yang terkini. Memang dalam kepala risau juga, sebab kebanyakan negatif, dan kita orang hanya akan guna salon car, memandangkan bukan semua jalan tu berturap, ianya akan menjadikan perjalanan yang sangat-sangat mencabar sementelah kat sana kebanyakan kawasan takde line phone, takde stesen minyak dan kedai/workshop incase kalau-kalau kereta rosak ke apa kan.

Untuk info, kami memang dah biasa ke Kota Kinabalu menaiki kenderaan sendiri. Sebelum ni pernah naik kenari. Dan paling mencabar adalah menaiki kelisa. Comel saja kereta kecik tu kalau memotong kenderaan-kenderaan besar seperti bas dan lori. hehe, tapi itu semua menggunakan jalan lama yang tempoh perjalanannya memakan masa selama 8-12 jam, tengok cuaca dan kesesakkanlah kan. Kalau lambat sikit jalan, matahari dah naik, memang banyaklah lori kat jalan tu, susah nak laju..

Tapi alin dan encik suami sebulat suara akan tetap menggunakan jalan ni. Kira kami memang sahut cabaran menggunakan jalan yang sangat asing bagi kami ni. Signboard jalan pun belum lengkap okeh. WAZE? Kalaulah ada line hehe. Tapi kita orang berlagak cool saja.. Sebelum jalan memang sudah niat dalam hati, nak ambil banyak gambar, dan akan buat satu entri terbaik untuk jalan Kalabakan-Sepulot, agar dapat dijadikan panduan pada sesiapa yang bakal menggunakan jalan ini buat pertama kalinya.. yeay, saya memang seorang blogger, hehe..





@ So, kita jumpa di entri seterusnya.. entri banyak gambar......




.

Thursday, October 10, 2013

Pesta Buku POPULAR di Dewan Masyarakat Tawau 6-15hb oktober 2013


Salam pembaca..

Ketika ini sedang berlangsung pesta buku di Dewan Masyarakat Tawau.. Wei julung-julung kali diadakan di Tawau ni, agaknya disebabkan sambutan yang kurang menggalakkan dari penduduk Tawau, tapi diskaun yang agak kecil juga sebenarnya memainkan peranan yang besar okey.. Huhu, setakat 10%? Bila kira dalam satu buku tu dalam RM2-RM3 saja pun, lebih baik alin beli online, lagipun bila tengok novel-novel yang ada jual kat pameran POPULAR ni, takdelah baru pun. Sepatutnya bawalah sekali novel-novel keluaran terkini, macam bulan september dan oktober. Paling tidak pun bulan ogos atau julai kan. Ni takde. huhu.. Dan kebanyakan dari novel tu alin sudah miliki, so untuk pameran buku ni, takde beli satu novel pun..

Alin ni ada satu perangai tau. Bila kat kedai buku atau dalam pameran ni, asyik pandang orang lain yang tengah blurr nak pilih mana satu novel yang bagus dan berbaloi untuk dibeli dan dimiliki, nak saja bagitau atau suggest novel-novel yang best. Huhu, silalah jangan salah beli. Kebanyakan beli novel-novel yang nipis dan tak best :( sebab tak alert pun. Novel-novel yang baik dan boleh baca berkali-kali macam karya Melur Jelita dan beberapa novel adaptasi dipandang sinis saja.. Owh terus rasa nak buat penguguman, sila beli novel ni, novel tu. Haha, apakan daya, terus insaf kat situ. Tapi sejujurnya, alin lagi suka bila blurr nak pilih dan beli novel, ada orang yang suggest berdasarkan pengalaman membacakan..

Ya, membaca adalah hobi yang tak dapat dipisahkan dengan alin. Dan rasanya malang sangat tinggal kat Tawau ni, kedai buka yang paling besar pun jarang sangat jual buku yang terkini. alin google okey, dan memang alert sangat mana-mana novel terkini. Memang membeli melalui online adalah opsyen pertama, tapi alangkah baiknya jika membeli kat kedai dan terus dapat pegang dan baca kan. Hehe, hari tu turun KL dan KK, memang memborong sangat. Sampai tak larat tangan nak bawa. Sampai encik suami selalu geleng kepala dan tanya, boleh tak tukar hobi lain? Hobi yang lagi murah? Atau pun bila dah selesai baca, boleh tak 'let go' saja novel-novel tu? Hehe, alin saja geleng kepala sambil tersenyum, sebab selalu bila dah selesai baca sesuatu novel, tetap akan ulang baca. Harap sangat suatu hari nanti dapat beli dalam pameran buku kat KL pula.. Masa tu mesti berbaloi beli sebab ada diskaun besar kan.

Sekarang ni, kakak pun dah terjangkit sama. Asyik saja nak bawa kekedai buku. Dan bila si abah bising, dia akan cakap, abah tak boleh marah, membaca kan menambah pengetahuan.. Ish, itu alin takde ajar okeh.. hahaha sabar sajalah encik suami bila bulan-bulan kena sediakan peruntukan hanya untuk buku. Bukan sikit, beratus tu. Selalu juga dia sindir kan, hei nak exam ke? :P





@ Bising-bising pun, encik suami tetap benarkan kita orang beli buku tiap bulan.. tenkiu encik suami *hugs*





.

Tuesday, October 8, 2013

Selamat hari lahir adik #06102013


Salam pembaca..

Dalam tak sedar, adik genap berusia 4 tahun pada 6hb baru-baru ini. Macam baru semalam saja mengandung dan melahirkan adik ni, sekarang dia dah besar. Semakin hari semakin bijak. Adik ni lambat sangat lahir. Sampai ternanti nanti kelahirannya, tak juga lahir, tapi alhamdulillah bila harinya tiba, mama tak sampai sejam kat labour room dah melahirkan, senang sangat. Baring saja, check bukaan sudah 6cm. Rasa sakit pun sedikit sangat. Dah bersalin, boleh pula rasa bosan baring kat katil, tinjau orang sebelah menyebelah yang sedang bertarung nak bersalin pula, dek kerana takde rasa letih pun. hehe. Malah sebenarnya sebelum turun dari kereta selepas parking kat hospital tu, alin sempat lagi menjamah bekalan nasi, sebab pengalaman pertama lahirkan kakak, memang sadis, 6 jam dalam labour room sampai takde tenaga. Kerana kenyang, mama dan baby pun relax saja :)

Sempena hari besar si adik ni, kita orang asyik tanya, adik nak apa.. nak dibelikan apa.. nak hadiah apa. Tapi yelah perangai adik ni memang berbeza dengan kanak-kanak lain. Dia memang tak reti nak minta atau demand apa-apa. Itulah bila dia pegang sesuatu kat kedai, bila tanya, dia angguk, kita orang terus saja nak beli.. hehe.. Dan hadiahnya sempena hari lahir keempat ni? Ada belikan dia sehelai t-shirt minion warna kuning tu dan topi pinky.. Itupun takdelah nak balut-balut. Bila beli saja dia terus nak pakai.. Bagus, menghargai..

So, tengah hari tu bawalah keluarga kecil ni keluar, dan makan kat luar. Dan bila sentuh pasal kek pula, orang kat rumah ni memang semua pakat suka makan cheese cake, dan adik ni tak berapa, tapi dia suka sangat coklat. So, haraplah sangat kat secret recipe ada kek coklat. hehe, tapi tetap juga cheese. So, dia memula jer makan, lepas tu tak nak, geleng-geleng kepala.

This is your day.. Happy birthday adik.. Genap 4 tahun, tahun ni.. No matter how many Birthdays come and go, you will always be my little princess. 





@ kakak dah angan-angan nak minta apa untuk hadiah hari lahirnya pula 17hb ni. hehe, kek pun dah siap-siap cakap nak kek apa.. Memang tak sabar kan?? Biasanya sambutan hari lahir adik dan kakak disambut sekali setiap tahun, kek pun satu saja. Tapi tahun ni, sebab takde sambutan sangat, kita orang ambil keputusan untuk beli kek berasingan..






.

Tuesday, August 20, 2013

Bila muka macam hantu cina dalam gambar keluarga di hari raya

Salam pembaca..

Salam aidilfitri alin ucapkan buat semua. Tahun ni kami sekeluarga bersederhana saja. Untuk pakaian, takde pun beli, pakai saja tahun lalu punya. Dan persiapan-persiapan lain macam kuih dan rumah pun semuanya ala kadar. Alhamdulillah, mengikut kata jiran sebelah rumah, sebulan berpuasa, sudah melatih diri untuk tahan segala hawa nafsu. Dan jika selepas berbuka atau nak raya dah tak dapat kawal nafsu, semua pun nak beli, itu dah dikira tak sampailah keinsafan dalam diri. Alin faham makna tersirat dalam kata-kata itu. Dan syukurlah, dengan kesederhanaan itu, kami masih mampu beraya dengan penuh kesyukuran.

Beberapa hari sebelum 1 syawal menjelang, kebetulan jiran memang akan pulang berhari raya di kampung halaman - semenanjung, dia nak ambil gambar kami sekeluarga. Jiran ni memang seorang photographer, dan melihat dari gambar-gambar yang terdapat dalam blognya (ya, si suami juga seorang blogger), semuanya cantik dan dia memang berbakat. Sejurus sebelum berbuka puasa, kami jumpa kat satu restoran ni sebab dia nak belanja makan sebelum bergegas pulang ke rumah untuk sesi penggambaran pula.. Hehe, memang agak terkejar-kejar juga masa tu. Tapi nasib baik kita orang jiran, so, bila dah sampai rumah, terus bersiap dan laung jer nama jiran, terus jiran datang dengan kamera.

Memang sangat berbesar hati, sebab setakat ni takde lagi kami sekeluarga ambil gambar bersama, terutama pada hari raya. Dan dengan tema, gambar santai dengan persekitaran rumah, encik jiran ni berjaya mengambil gambar-gambar cantik, dan memang lebih baik dari kedai gambar.. Wohaa, syabas. Lepas ambil gambar terus edit kat rumah juga sebab si isteri memang siap-siap bawa laptop. Terus edit, dan buat 'kad raya', dan terus juga copy kat thumb drive.. Hebat tak? hehe, kedai pun tak macam ni kan.. Sambil tu, sempat lagi alin keluarkan kuih raya dan dah memang beraya sebelum rayalah masa tu. Taulah jiran kan nak balik kampung.

Tapi bila alin dan encik suami tengok balik semua gambar tu, nampak sangat muka alin macam hantu cina sebab putih sangat.. sangat-sangat.. huhu, nak buat macam mana kan, memang kulit dah putih. Apapun, kebanyakan gambar memang perfect.. Tq jiran sebelah rumah... Dan... sekeping gambar dah siap ter-print, dibingkaikan dan tergantung kat dinding sebelum raya.. :)







Tuesday, July 16, 2013

Taman Safari Indonesia II, Prigen, Pasuruan, Jawa Timur


Salam pembaca..
Perjalanan menaiki kereta dari Surabaya ke Taman Safari yang terletak di Prigen, Pasuruan, Jawa Timur ini memakan masa lebih kurang 2 jam. Itu untuk bukan masa sesak. Kalau masa sesak, memang ada peluang untuk tersangkut dalam sesak dalam 4-6 jam.. hebat..huhu







Dan menariknya tempat ini, bagaikan anda memasuki kawasan habitat haiwan itu sendiri. Bila kita panggil tempat ni zoo, orang sana akan menggelengkan kepala. Bukan, tempat ni bukan zoo, tapi 'kebun bintang'. Maksudnya, kesemua haiwan bebas bergerak ke mana saja dalam kawasan tu, berbeza dengan zoo yang berada di Malaysia umumnya. Di sepanjang jalan, mendaki tempat yang tinggi ini, kita akan dapat melihat penduduk kampung memegang lobak, dan pengunjung yang melalui mereka, bolehlah membeli lobak itu untuk dijadikan makanan haiwan dalam Taman Safari ini.







Suatu pengalaman yang luar biasa. Melalui tingkap kereta, DSLR yang hanya menggunakan lensa biasa dapat mengambil gambar dengan sangat jelas disebabkan haiwan-haiwan itu hanya berada diluar kereta. Pelik dan menarikkan? Untuk kawasan-kawasan yang ada haiwan buas, pengunjung dilarang sama sekali membuka tingkap kenderaan, dan ditegah untuk berhenti terlalu lama. Ditempat ini juga ada kawasan, untuk membolehkan pengunjung meriba haiwan itu dan mengabadikannya didalam gambar. Show time turut disediakan untuk tontonan dan pengetahuan pengunjung. Ketika kunjungan kami ke sini, tarikan terbaru tempat ini adalah penguin.







Bukan sekadar taman safari haiwan, tempat ini juga ada menyediakan pengunjung yang ingin menunggang haiwan seperti gajah, unta dan kuda poni. juga ada Safari Water World dimana pengunjung boleh berenang bersama buaya.. ya buaya dan ikan araipama. Ianya akan menjadi pengalaman yang tidak mungkin pengunjung lupakan. Tidak hanya itu, anda boleh meluncur diatas 4 water slide raksasa, yang menakjubkan.







Berkunjung ke sini memang tak cukup rasanya untuk satu hari. Namun memadailah berjaya sampai ke tempat ini, untuk perjalanan yang singkat kami ke Surabaya.. Bersambung dalam entri seterusnya..






.

Friday, July 5, 2013

Surabaya : Cerita mengenai Surabaya dan gambar sekitarnya

Salam pembaca..



Percutian yang mengejutkan. itulah yang berlaku. Pada mulanya dalam rancangan hanyalah destinasi terdekat, namun bagaikan mimpi, kaki ini benar-benar menjejakkan kaki ke Surabaya. Sebuah bandar yang sangat besar dan pesat. Ya, ini adalah pertama kali kami ke sini, dan keadaan disitu sangatlah asing bagi kami. Bandar Surabaya memang sangat mengagumkan.


Terus dalam kepala membezakan Malaysia. Yelah, kalau KL tu memang dah sangat pesat. Tapi kat sini.. terlalu sesak terutamanya dengan ratusan motorsikal dalam satu-satu masa di jalan raya. Dan yang menghairankan, walaupun dengan kesesakkan begitu, tak pernah pula nampak adanya kemalangan. Hon kereta dan motorsikal digunakan sepenuhnya.


Selepas check in dalam hotel, kami memulakan perjalanan ke sebuah MALL terdekat. Mall yang sangat besar, dan sangat dekat dengan hotel. Dan ramainya orang kat situ masa tu, mungkin juga disebabkan ada jualan murah. Wah terus rasa teruja. Yelah walaupun nampak matawang tu macam besar, ratusan ribu, tapi kalau dibandingkan dengan duit Malaysia kan, kita ni macam orang kaya disana = =' . Tapi terus rasa kecewa, sebab kebanyakan barang memang takde jenama. adeh, pusing-pusing dalam mall tanpa beli apa pun. Jauh-jauh datang ke Surabaya hanya cuci mata saja.. huhu



Dengan perjalanan 2 malam di Surabaya, memang banyak tempat tak pergi. Kat sini memang banyak monumen, tapi kebanyakannya pun hanya ambil gambar dari dalam kereta.. Sedih, tapi memang macam ni lah kan kalau percutian singkat. Abang Amat cakap, kalau destinasi kami ke Jakarta, dalam 2 malam, lagi tak dapat pergi mana-mana. Hanya boleh sangkut dalam jammed.



Ada satu mall tu, ada banyak kedai jual batik tulisan tangan (betul ke cakap ni). Ada batik Bali, ada batik biasa. Dan semurah Rupiah 25,000. Tak silap dalam RM8-9 macam tulah. Murah sangat. lepas tu cantik-cantik lak tu. Ada juga beli beberapa helai skirt, dan baju kelawar. Sampai Malaysia, menyesal sangat tak beli banyak. Sebab kat area Tawau ni baju kelawar, biasa jer pun dan nak cecah RM20 kat kedai kain india tu. huhu


Sebelum percutian habis, kami ke suatu tempat yang sangat istimewa. Bukan saja istimewa kat Surabaya, tapi bagi kami juga, sebab confirm tempat seperti ini takde kat Malaysia.. Sambung di entri akan datang ya :)






.

Tuesday, June 25, 2013

Pulau Bunyu, Indonesia


Salam pembaca..

Sebenarnya Pulau Bunyu ni bukanlah sebuah pulau yang besar. Pusing-pusing memang susah nak sesat. Tapi yang sangat istimewa dengan pulau ini, adalah ianya memiliki sesuatu yang sangat bernilai. Iaitu minyak dan arang batu atau lebih dikenali batu bara. Kat mana-mana pun boleh nampak paip untuk minyak, dan juga kat tanah-tanah tepi jalan tu ada jer sesuatu yang berwarna hitam iaitu arang batu. Memang pengalaman yang pelik, sebab susah nampak kat Malaysia macam ni kan.


Ok, sambung cerita dari entri Tarakan, masa surprise kan mak tua kat rumah, senyumannya memang sangat lebar..hehe. Cadang memang tak mahu beritahu kami akan datang. Tapi tak sampai hati. Sebab 2 hari kemudian mak tua ada buat kenduri, sebab mak tua dan bapa tua akan menunaikan umrah. So, mami ada telefon juga cakap kami akan datang tapi kena tengok tiket dulu lah kan. Tapi bila kami muncul petang tu, meriah rumah sebab tiba-tiba kami datang dan cerita pun macam pecah speaker.. lama tak jumpa kan. Sebab tak tahu kami datang, mak tua terus ke dapur, masak ala kadar. Tapi sebab perut ni memang dah lapar sangat, makanan yang simple pun jadi sangat sedap.


Dah siap makan, duduk kejap, terus abang amat bawa pusing-pusing pulau dengan keretanya. Kebetulan masa tu ada perlawanan bola sepak, agak ramai juga yang berada di padang bola. Dan disebelah padang bola tu, ada rumah dengan ramai orang yang berbaju hitam. Dikatakan ada orang meninggal, yang berbangsa toraja. Seram pula tengok semua orang pakai baju hitam. Abang amat pandu kereta laju sangat, ambik gambar pun tak cantik sebab tangan tengah ketar-ketar. ekeke

Batu bara / arang batu

Bila bincang dengan kak kacil mengenai destinasi percutian kami, antara Surabaya dan Jakarta, kami memilih untuk ke Surabaya saja. Cuti seminggu, 4 malam di Bunyu, 2 malam di Surabaya dan semalam di Tarakan. Lama sikit kat Bunyu sebab mak tua kan nak kenduri. So, kena tunggu sehingga kenduri selesai baru boleh jalan. Bunyu ni kos sara hidup memang sangat rendah. Kedai-kedai kecil jer kat sini. Kereta memang tak banyak. Lebih banyak motor, dah ditunggang tak kira peringkat umur. Pelajar sekolah pun banyak. Kebanyakan penduduk di sini kerja atau berniaga, boleh simpan duit. Berapa sangat lah nak keluar duit kan. Tenang jer hidup. Lagipun kat sini, nak main golf atau tenis semuanya free, ya FREE. Tak perlu bayar. Malah kakitangan kerajaan digalakkan bersukan pada hari jumaat. seronoknyaaaaaaaaaa... hehe


Kebetulan masa datang ni, abang amat tengah buat bangunan pejabat kat sebelah rumah. Seronok tengok keadaan tu sebab bisnes abang amat ni dah semakin maju. Kat sini kalau nak internet, ada broadband, laju juga kalau nak surf facebook ke atau online surat khabar. Cuma selama seminggu di indonesia, memang susah nak online, tak macam Malaysia senang nak WIFI, kat hp mmg boleh layari tapi mahal, so pilihan, tak perlulah. Talian telefon pun roaming jer.. mahal.. Bukan bisnesman kan, so benda ni semua takdelah penting sangat pun.


Tiba hari kenduri, maka datanglah anak-anak mak tua dari Tarakan dan Tanjung Selor, dan semakin memeriahkan rumah lagi. Kenangan yang sangat indah. Dulu jumpa kat sini, alin belum kahwin lagi. Sekarang balik bukan saja bawa suami, malah dengan 2 orang anak lagi.. Entah bila lagi dapat datang ke sini.. dah lah mak tua dan bapa tua dah mula sakit-sakit.. sobss...

Lauk kenduri



Awal pagi di Pulau Bunyu






@  bersambung lagi ke entri SURABAYA







.