Lulu Pages

Terkini dari alin

Monday, May 22, 2017

Pertama kali sampai ke Lundu, Sarawak.. Apa yang best? (Entri bergambar)



Hai pembaca.. Assalammualaikum..

Kebetulan tempat kerja suami ada buat aktiviti macam hari keluarga dikalangan staf. Destinasi kali ini adalah sebuah daerah kecil di Sarawak iaitu Lundu. Ini adalah pertama kali alin dan anak-anak sampai sini. (Pernah ke Semantan SEMATAN PALM BEACH RESORT, gambar dan pengalaman sepanjang percutian - Kalau suami memang dah beberapa kali atas urusan kerja. Jadi memang alin rasa excited sangat nak pergi. Selalu hujung minggu kat rumah saja, jadi ada peluang berjalan macam ni, mestilah seronok. Dalam perancangan program, awal pagi ada lawatan. Selepas tu di sebelah tengah hari pula ada makan tengah hari yang disediakan bertempat di Gunung Gading National Park.. Wah baru tahu dikawasan Lundu ada gunung, sebab sebelum ni alin hanya tau Gunung Santubong saja di Damai. Tak pernah lagi daki Gunung Santubong tu, tapi memang dah beberapa kali juga sampai Damai. Siap bermalam lagi di Damai Beach Resort. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Thursday, May 4, 2017

Diskaun hebat beli novel di Popular Boulevard Kuching


Hai pembaca.. Assalammualaikum..

Lama tak beli novel. Last beli masa #cybersale beli online dengan karangkraf online hari tu Bungkusan dari Karangkraf yang dinanti.. jadi kesemua novel tu pun dah habis baca, jadi singgah lah kat Popular Boulevard Kuching sebab nak tengok novel terkini yang ada, tak sangka pula ada sale dalam 20-25% wow banyak juga tu, dah kira murah sangat apatah lagi lagi senang, bayar saja terus boleh bawak balik dan baca. Kebetulan Popular tengah buat macam undian untuk anugerah pilihan pembaca, isi saja borang tu terus dapat lagi kupon 20% diskaun. Novel-novel yang tersenarai pun memang alin ketahui novel yang bagus-bagus. Jadi alhamdulillah, selamatlah dapat beli 6 buah novel agak tebal juga dengan harga RM137.85. Senang hati, sebab banyak jimat.. Arghh sedapnya bau novel baru.. ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

Tuesday, May 2, 2017

Pengalaman tengok orang sempat mencuri dalam Padini Sales



Hai pembaca.. Assalammualaikum ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

Terkejut juga tengok ramai cakap pasal sale Padini baru-baru ni.. Seperti biasa, Sales Padini selama 4 hari ni (28hb April-01 Mei) memang memang mendapat sambutan yang luar biasa. Berbaris panjang huahua.. Dah dekat nak sampai fitting room tu. Harga serendah RM9 memang dah biasa tengok orang sambar saja, sebab harganya memang agak murah berbanding harga ketika bukan sales. Tapi kali ni memang tak beli apa-pun. Maklumlah sales hujung tahun lalu pun masih baru, dah beli beberapa helai baju juga masa tu, sampai lenguh kaki berbaris masa nak bayar. Kali ni tengok orang saja lah.. Untuk info kami ke Padini di VivaCity Megamall Kuching, Sarawak.