Salam pembaca..
Sebenarnya Pulau Bunyu ni bukanlah sebuah pulau yang besar. Pusing-pusing memang susah nak sesat. Tapi yang sangat istimewa dengan pulau ini, adalah ianya memiliki sesuatu yang sangat bernilai. Iaitu minyak dan arang batu atau lebih dikenali batu bara. Kat mana-mana pun boleh nampak paip untuk minyak, dan juga kat tanah-tanah tepi jalan tu ada jer sesuatu yang berwarna hitam iaitu arang batu. Memang pengalaman yang pelik, sebab susah nampak kat Malaysia macam ni kan.
Ok, sambung cerita dari entri Tarakan, masa surprise kan mak tua kat rumah, senyumannya memang sangat lebar..hehe. Cadang memang tak mahu beritahu kami akan datang. Tapi tak sampai hati. Sebab 2 hari kemudian mak tua ada buat kenduri, sebab mak tua dan bapa tua akan menunaikan umrah. So, mami ada telefon juga cakap kami akan datang tapi kena tengok tiket dulu lah kan. Tapi bila kami muncul petang tu, meriah rumah sebab tiba-tiba kami datang dan cerita pun macam pecah speaker.. lama tak jumpa kan. Sebab tak tahu kami datang, mak tua terus ke dapur, masak ala kadar. Tapi sebab perut ni memang dah lapar sangat, makanan yang simple pun jadi sangat sedap.
Dah siap makan, duduk kejap, terus abang amat bawa pusing-pusing pulau dengan keretanya. Kebetulan masa tu ada perlawanan bola sepak, agak ramai juga yang berada di padang bola. Dan disebelah padang bola tu, ada rumah dengan ramai orang yang berbaju hitam. Dikatakan ada orang meninggal, yang berbangsa toraja. Seram pula tengok semua orang pakai baju hitam. Abang amat pandu kereta laju sangat, ambik gambar pun tak cantik sebab tangan tengah ketar-ketar. ekeke
Batu bara / arang batu |
Bila bincang dengan kak kacil mengenai destinasi percutian kami, antara Surabaya dan Jakarta, kami memilih untuk ke Surabaya saja. Cuti seminggu, 4 malam di Bunyu, 2 malam di Surabaya dan semalam di Tarakan. Lama sikit kat Bunyu sebab mak tua kan nak kenduri. So, kena tunggu sehingga kenduri selesai baru boleh jalan. Bunyu ni kos sara hidup memang sangat rendah. Kedai-kedai kecil jer kat sini. Kereta memang tak banyak. Lebih banyak motor, dah ditunggang tak kira peringkat umur. Pelajar sekolah pun banyak. Kebanyakan penduduk di sini kerja atau berniaga, boleh simpan duit. Berapa sangat lah nak keluar duit kan. Tenang jer hidup. Lagipun kat sini, nak main golf atau tenis semuanya free, ya FREE. Tak perlu bayar. Malah kakitangan kerajaan digalakkan bersukan pada hari jumaat. seronoknyaaaaaaaaaa... hehe
Kebetulan masa datang ni, abang amat tengah buat bangunan pejabat kat sebelah rumah. Seronok tengok keadaan tu sebab bisnes abang amat ni dah semakin maju. Kat sini kalau nak internet, ada broadband, laju juga kalau nak surf facebook ke atau online surat khabar. Cuma selama seminggu di indonesia, memang susah nak online, tak macam Malaysia senang nak WIFI, kat hp mmg boleh layari tapi mahal, so pilihan, tak perlulah. Talian telefon pun roaming jer.. mahal.. Bukan bisnesman kan, so benda ni semua takdelah penting sangat pun.
Tiba hari kenduri, maka datanglah anak-anak mak tua dari Tarakan dan Tanjung Selor, dan semakin memeriahkan rumah lagi. Kenangan yang sangat indah. Dulu jumpa kat sini, alin belum kahwin lagi. Sekarang balik bukan saja bawa suami, malah dengan 2 orang anak lagi.. Entah bila lagi dapat datang ke sini.. dah lah mak tua dan bapa tua dah mula sakit-sakit.. sobss...
Lauk kenduri |
Awal pagi di Pulau Bunyu |
@ bersambung lagi ke entri SURABAYA
.