Lulu Pages

Terkini dari alin

Monday, November 13, 2017

Pengalaman menyertai Larian Bendera Negaraku di Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching Sarawak




Salam pembaca

Baru-baru ni kami ada menyertai Larian Bendera Negaraku yang diadakan pada 5hb november 2017 bertempat di Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Larian ini adalah sejauh 3km dan pendaftaran penyertaan dibuat di www.negaraku.com dan t-shirt eksklusif larian akan diberi kepada 3000 peserta pendaftaran terawal. Larian yang bermula 7 pagi itu dihadiri oleh ramai orang, tidak ketinggalan ramai juga bawa keluarga bersama.





Alin perasan juga ada minuman yang diberi secara percuma. Hanya baris dan tak perlu tunggu lama, seorang dapat 2 tin.



Semakin meriah apabila hari tersebut turut dimeriahkan dengan banyak aktiviti yang turut diadakan terutama dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Sebaik saja larian tamat, makanan ringan diberi (roti dan minuman kotak) secara percuma.



Wah, peluang melihat pemimpin dari dekat dan juga mengunjungi beberapa gerai dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta benar-benar merupakan satu pengalaman yang berharga. Syabas buat penganjur aktiviti hebat ini, pengalaman yang amat manis buat kami sekeluarga.. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š Sampai bertemu lagi di masa akan datang..






.

No comments: