Lulu Pages

Terkini dari alin

Wednesday, July 27, 2016

Gambar Sekitar Majlis Pembukaan Rasmi SUKMA XVIII 2016 di Kuching.. Wah meriahnya..

Salam pembaca..



Buat pertama kalinya kami sekeluarga berpeluang menyaksikan sendiri majlis pembukaan rasmi sukan sukma di Sarawak. Awal-awal lagi sudah memang sedia maklum dengan acara ni sebab nampak kat  facebook. Jadi kebetulan pula masa tu memang free dan encik suami pun tak travel, kami pun bersiap seawal 4.30 petang sebab acara akan bermula pada 7 malam. Mulanya memang dah tahu masuk adalah percuma. Tapi sampai sana, baru tau kena ada tiket untuk masuk. Jadi kami menuju ke pintu masuk utama, baris untuk dapatkan tiket dan terus masuk kedalam stadium yang sudah mula sesak dengan begitu ramai orang.


Ada beberapa bahagian tempat duduk basah disebabkan hujan hari tu. Nampaknya bumbung stadium tu 'menitikkan' air walaupun tak pula nampak bocor. Jadi kebanyakan yang datang tu terpaksa duduk saja walaupun seluar basah. Nasib baik alin dah siap fikir awal bawa beg plastik untuk alas duduk sebab dalam fikiran memang dah bayangkan tempat duduk tak ada bumbung jadi tempat duduk mesti basah. Tapi ni ada bumbung pun tempat duduk basah huhu.

Thursday, July 14, 2016

Pengalaman pahit di Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah,Brunei Darussalam

Salam pembaca



Ada beberapa entri lagi sebenarnya sebelum entri ni publish sepatutnya. Tapi rasanya entri ini patut didahulukan. Perjalanan pulang kami dari Kota Kinabalu ke Bintulu adalah jatuh pada hari sabtu. Kebetulan hari isnin adalah merupakan hari pertama bulan ramadan, agak banyak kereta juga yang berada dijalanraya ketika ini. Kami sangkut di POS Kawalan IMIGRESEN KUALA LURAH, BRUNEI DARUSSALAM iaitu pintu masuk ke Brunei sebelum ke Miri. Lebih sejam menunggu dalam kereta, memang jejas juga masa yang ada untuk terus ke Bintulu. Dari jauh lagi sudah nampak ada 3 kaunter buka.



Dan apabila hampir tiba di kaunter, dalam kira kereta ke 3 dari kaunter, ada sebuah van yang rasanya memuatkan pelancong didalam kenderaan tu. Agak lama menunggu untuk selesai, encik suami bertindak keluar kereta dan berjalan menuju 'berdekatan' kaunter untuk bertanya kepada salah seorang pegawai imigresen lelaki yang berada di 'pejabat sebelah berhadapan kaunter' kenapa terlalu lambat nak selesai sebab nampak dari dalam kereta pemandu van tu asyik bercerita dengan pegawai imigresen didalam. Rasanya tak patutlah kan, sebab barisan kenderaan sudah terlalu panjang dan masa menunggu sudah agak lama. Kalau ada apa yang tak kena, bukan kah logik kalau ada pegawai lain yang periksa dalam kenderaan ataupun apa saja untuk melancarkan proses ketika itu? Dan nampak sangat 2 kaunter lain agak lancar dan tidak ada masalah walaupun salah satu daripada kaunter tu adalah untuk kenderaan besar seperti lori dan bas.