Lulu Pages

Terkini dari alin

Monday, February 25, 2013

Bila dia pergi dari sisiku

Hai pembaca..

Tiba-tiba minggu lepas, encik suami dapat panggilan, dia terpaksa ke Kota Kinabalu untuk menghadiri mesyuarat dan kurus selama 3 hari. Pada mulanya dia memang berat hati nak pergi, sebab ada bos lagi tinggi pangkat kat pejabat tu, rasanya memang lebih sesuailah bos tu yang pergi. Tapi kerana nama encik suami dah naik (tersenarai dalam surat), so memang tak boleh mengelak sudah, kena juga pergi. Lepas urus tiket, maka bermula hari ni sehingga hari rabu, encik suami akan berada jauh dari kami anak beranak.

Dapat tau jer dia nak pergi kursus, terus cakap hari khamis abah cuti eh. Kalau ikutkan, dia nak terus sambung ke hari jumaat. Tapi kebetulan ada CME, unit dia kena handle (giliran), cuti memang tidak sesuai.. Kebiasaan encik suami memang macam tu. Dia susah cuti. Alhamdulillah, selalu sihat juga. Jadi cuti hanya akan diambil bila dia balik dari kursus/mesyuarat dari tempat yang jauh, atau bila alin betul-betul minta dia cuti.

Hari ni, flight akan berlepas 3.15 petang. Jadi, lepas urus kakak lunch disekolah, dah terus sambung kelas tambahan, alin terus drive ke lapangan terbang pula. Sekarang kan tengah heboh mengenai hal kat Lahad Datu tu. Jadi, tak hairanlah kat mana-mana pun ada road block. Dalam perjalanan ke lapangan terbang, jammed teruk di batu 5 sebab ada road block dari kedua-dua arah. Dah berhari.. so dah biasa. Walaupun jammed, tapi takdelah lewat sangat. Dalam 20 minit dah boleh lepas.

Sepanjang pemergian encik suami, alin memang kena berdikari. Biasa pagi dah tugas encik suami hantar kakak sekolah, kalau takde kelas tambahan pun encik suami yang ambil. Sekarang ni, secara automatik, alin ambil alih semua. Urus kakak dan adik dan juga urus diri sendiri. Ngeri juga masa-masa macam ni duduk kat rumah tanpa orang lelaki :P . Tapi memang kena extra berhati-hati. Pastikan pintu semua kunci. Lepas masak matikan gas...bla-bla.. Hoh baru berapa jam encik suami takde, dah rasa rindu sangat dengan dia.. Rindu dia membebel.. ngeh ngeh.. Awal-awal pesan dengan encik suami, nak 'dunkin donut'.. Kat Tawau ni takde lagi. Hanya ada Big Apple.





* Love you :)






.

Tuesday, February 19, 2013

Masa berkualiti bersama keluarga..

Salam pembaca..

Dalam kehidupan kita sehari-hari, memang masing-masing ada tanggungjawab, dan ada ketikanya kita rasa letih dan terleka untuk meluangkan masa bersama keluarga. Bagi alin, ianya dipanggil masa berkualiti bersama keluarga. Dalam keluarga kecil ni, hanya encik suami saja yang kerja. Dan setakat ni, hanya kakak saja yang sekolah. Bunyinya takdelah sibuk sangat pun. Tapi sebenarnya, selain encik suami kerja pada waktu pejabat, jadual sekolah kakak juga sangat padat. Isnin, rabu dan jumaat, selepas waktu sekolah, kakak ada tuisyen kat sekolah, dan baki hari selasa dan khamis, ada sesi mengaji selama 2-3 jam. So, isnin-jumaat, masa memang sangat padat. Dan bila isnin, rabu dan jumaat, kita orang akan 'berkampung' saja kat kantin sekolah, bawa makanan dan pastikan kakak makan sebelum dia memulakan tusiyen.

Sebelah malam pula, kakak memang tidur awal, dan jadual encik suami pula sangat padat - beriadah main badminton dengan kawan. Isnin lain team, selasa lain.. dan khamis lain. Rabu dia memang rehat. So, kalau ada rancangan nak jalan, rabu adalah hari yang paling sesuai, tapi tak boleh lewat sangat balik, sebab kakak perlu rehat untuk meneruskan jadual seterusnya dikeesokkan harinya.

Kalau difikir, alin memang banyak sangat duduk kat rumah. Dulu ada bincang juga dengan encik suami, teringin juga beriadah macam dia, bolehlah buang sikit lemak-lemak kat badan ni (walaupun encik suami cakap alin ni takdelah gemuk sangat untuk seorang ibu dengan dua anak). Tapi bila ada anak kecil, memang payahlah kita nak panjangkan kaki kan. Entahlah, tiba-tiba pada suatu hari, masa tu cuti, bosan jer duduk kat rumah, terus ajak encik suami cari gelanggang kosong, nak main badminton. Bernasib baik hari tu, dapatlah main kat kompleks sukan. Masa main tu, takde orang main pun kat dalam tu, yelah kan time cuti.. Wah selamba jer kakak dan adik lari sana lari sini. Dan nampaknya keadaan memang terkawal lah kan walaupun ada anak kecil.. Boleh tahan..hehe

So, bermula dari situ, memang dah sewa bulananlah satu gelanggang setiap hari jumaat, 2 jam main badminton dengan encik suami dan kakak.. Gilir-gilir. Dan bila dah jadi kebiasaan, ramai pula nak join. Tapi memang tak bolehlah kan.. Itulah masa berkualiti bersama keluarga kami.. Nanti kita cari hari lain eh kalau nak riadah bersama.

Selain dari itu, biasanya sabtu dan ahad pun ada masa berkualiti juga. Kadang-kadang bawa anak-anak ke children playground, atau ke pasar, tak kiralah kat rumah pun, masak dan makan bersama sambil berbual-bual dimeja makan, yang penting, semua tu nampak simple tapi mempunyai makna yang besar dalam kehidupan kekeluargaan...








.

Wednesday, February 13, 2013

Ma, jom ada surprise untuk mama


Hai pembaca.

Kebetulan ada kedai roti baru buka kat bandar. So, ada hari tu, bila jalan-jalan kat bandar, encik suami terus pandu ke arah satu tempat. Katanya ada kedai roti baru buka.. Bila alin dan anak-anak tanya nak beli apa (sebab sebelum tu dah beli roti kat kedai roti yang biasa kita orang beli), encik suami senyum sumbing semacam.. Bila didesak, terus cakap, ada surprise untuk mama.. eh..

Masuk jer kedai tu, terus nampak kotak hello kitty kat gambar ni. cutenya kan.. Terus tengok apa ada kat dalam. Owh kat dalam ada kek. Sepatutnya kek tu ada 'rupa' hello kitty, tapi pilihan kek coklat tu takde lah pula. Tapi bila dah beli, alin terus senyum walaupun tak minat hello kitty.. ekeke, encik suami jarang buat surprise macam ni. Bila tanya, mana dia tau tentang kek ni, dia cakap kat ofis ada orang beli, so disebabkan cute, dia terus fikir nak belikan untuk alin..

So, bila dah dekat hari berkasih sayang ni, tiap tahun pun memang takde menyambut, sedangkan ulang tahun perkahwinan pun kita orang biasa duduk kat rumah. dia tengok alin, alin tengok dia..hoho.. Takpe, sebab setiap pasangan tu kan berbeza, yang penting bahagia. Suka-suka, tanyalah encik suami.. 14hb ni nak bagi apa? Seperti biasa, soalan akan dijawab dengan soalan. Terus tanya, mama mau apa? weee, laju jer jawab, nak iphone 5.. hehe, encik suami terus jawab, bolehhhh... Eh laju jawab, macamlah iphone tu harga RM2 kan.. Ketawa jer dia..




@ you're the one i love ^___^







.