Salam pembaca..
Alin memang selalu juga beli online. Di Zalora, Lazada, Poplook, 11Street, MPH dan beberapa laman online lagi. Paling banyak dan tidak di nafikan memang novel lah kan hehe. Bertabah saja encik suami dengan hobi yang susah nak elak ni. Kadang tu dia siap tanya lagi, cukup ka? Tambahlah lagi.. hihi..Tapi terkini ni memang ada kegilaan baru. Adik perempuan alin asyiklah cakap ada satu laman online ni hari-hari ada SALE gila-gila tepat jam 9 pagi dan 5 petang. Jadi tiap hari memang kena tunggu sebab kalau bernasib baik, barang yang kita berkenan akan dijual dengan harga yang sangat murah. Tapi kena cepatlah kan kalau tak putih mata sebab SOLD OUT.
Kalau nak tau pasal laman online apa, hah SHOPEE lah apa lagi. Sejak dari itu memang selalu juga menunggu jam 9 pagi dan 5 petang untuk tengok senarai barang-barang yang tengah sale tu. Tapi kalau ada yang berkenan memang kena beli terus, tak payah nak fikir lagi sebab biasanya barang yang murah sangat tu cepat habis selang tak sampai 5 minit pun. Cepatnya haha. Masa tu berdebar-debar juga. Dan akhirnya selepas hampir seminggu sign-up, dan dapat diskaun RM7 untuk pembelian pertama, alin pun berjaya beli 'barang' pertama alin di Shopee.. Yeay syabas buat diri sendiri hehe. Jadi, apakah barang yang alin beli tu?
Ni hah, alin beli cadar saiz queen. Masa tu memang ada banyak corak, tapi cepat betul sold out dek kerana alin sibuk nak berfikir nak beli ke tak. Akhirnya hanya tinggal warna PINK ni saja. Geli okey dengan warna ni, tapi okey jugalah sebab warna pink tu tak adalah warga garang, nampak lembut saja. Okey bila dah selesai buat pembelian, nah susah hati pula haha. Baru terfikir eh cadar yang aku beli tu comforter masuk ke? Dalam ringkasan barang tu memang ada. Tapi bila baca sampai habis - comforter harga lain. Dah lah kain pun bukan cotton. Alamak haha.. Dalam terfikir nak cancel, tiba-tiba barang dah sent pula.. Oh My cepatnya???
Fuhhh servisnya memang tip top sangat. Barang cepat sampai. Dan bila tengok eh lawa sangat ni. Kainnya pun lembut saja macam cotton juga. Hah adalah comforter hehe, cuma nipis semacam saja, tapi betul memang lawa. Okey nak tau berapa harganya?? Korang pasti terkejut.
.
2 comments:
Lisa dah beli di shoope ritu. hehe murah. brush makeup hanya rm6 jee
Murahkan Lisa??? hehe
Post a Comment