Lulu Pages

Terkini dari alin

Tuesday, September 19, 2017

Keadaan jalan lama Tawau-Sandakan-Ranau jauh lebih baik dari Jalan Kalabakan






Assalammualaikum.. Hai pembaca..

Pengalaman sebelum ni berkali-kali menggunakan jalan lama [Terkejut tengok keadaan terkini Jalan Kalabakan (gambar)] rasanya dah buat kami sekeluarga serik sangat-sangat . Jadi untuk perjalanan balik kali ni, kami tanpa banyak fikir, memilih jalan lama untuk balik dari Tawau. Bertolak 6 pagi dari rumah (rumah sendiri di Tawau) dan sempat singgah rumah mami  sebab mami dah masak untuk bekalan dalam perjalanan. hehe haruslah kami singgah, sebab sebenarnya masa tu mami dah pesan bersahur dirumah mami, tapi kami malas jalan terlalu awal, jadinya makanan tu buat buka puasa/sungkai saja di Ranau nanti.

Thursday, September 14, 2017

Terima kasih iphone 5 untuk perkhidmatan selama 4 tahun lebih bersama



Salam pembaca.

Sedih tengok iphone 5 ni sejak akhir-akhir ni dah mula bermasalah. Mula-mula cable selalu rosak, beli dan rosak lagi.. Kemudian bateri asyik kong, setakat ni dah ganti 2x dan kemudian skrin pun mula rosak sebab susah nak touch. Dah puas google memang itulah masalahnya, kena tukar skrin. Bila semak harga paling murah dapat RM170 itu pun bukan original. Ada tu yang cecah RM200 lebih pun bukan original. Huhu nak keluarkan duit sebanyak tu untuk skrin saja, rasanya tidak berbaloi sebab risau juga ada saja rosak yang timbul kan. Tau lah handphone dah pakai berapa tahun. Adik alin saja pun dah handphone ketiga dalam tempoh ni haha bertabahlah...

*Entri pasal iphone 5 ni [Akhirnya ia menjadi milikku ]