Lulu Pages

Terkini dari alin

Thursday, September 14, 2017

Terima kasih iphone 5 untuk perkhidmatan selama 4 tahun lebih bersama



Salam pembaca.

Sedih tengok iphone 5 ni sejak akhir-akhir ni dah mula bermasalah. Mula-mula cable selalu rosak, beli dan rosak lagi.. Kemudian bateri asyik kong, setakat ni dah ganti 2x dan kemudian skrin pun mula rosak sebab susah nak touch. Dah puas google memang itulah masalahnya, kena tukar skrin. Bila semak harga paling murah dapat RM170 itu pun bukan original. Ada tu yang cecah RM200 lebih pun bukan original. Huhu nak keluarkan duit sebanyak tu untuk skrin saja, rasanya tidak berbaloi sebab risau juga ada saja rosak yang timbul kan. Tau lah handphone dah pakai berapa tahun. Adik alin saja pun dah handphone ketiga dalam tempoh ni haha bertabahlah...

*Entri pasal iphone 5 ni [Akhirnya ia menjadi milikku ]



Mula-mula minta juga iphone 6 - iphone 7 tapi yelah harga memang mahal sangat. Tak mampu dan tak berbaloi. Tapi sejak akhir-akhir ni beberapa jenama handphone nampaknya tidak kurang hebat dan meraih kepercayaan pengguna. Terutama Vivo yang dikatakan camera sony kan. Jelas sampai 20mp pergh bila tengok Siti Nurhaliza yang merupakan duta jenama ini asyik muat turun gambar dengan handphone Vivo memang agak memikat juga. Terkejut juga tengok harga tu murah sangat. Insha Allah memang under bajet lah hehe.



Dan tak sangka beli di Tawau juga. Tengah jalan di Eastern Plaza, Tawau ada satu kedai Vivo authorised dealer malaysia (tengok dalam laman web vivo). Niat tu nak tengok-tengok saja sekali staff kat situ (masa tu awal bulan 6) offer Vivo V5 tu RM1060 yang mana ketika itu harganya adalah RM1099. Hah gila murah kan, apa lagi teruslah sambar. Dan agak sedih juga tengok iphone 5 tu dah tak ada sim card. Sekarang ni masih on lagi, tak guna sangat. Sekali sekala main games saja dalam tu. Dan alhamdulillah sejak pakai Vivo ni, memang puas hati. Gambar terang sangat tu. Nak tau boleh tengok gambar-gambar dalam entri seterusnya :) Insya Allah..



.

No comments: