Lulu Pages

Terkini dari alin

Monday, July 17, 2017

Bermalam di Purnama Hotel Limbang, hotel terbesar di sini sebelum perjalanan seterusnya


Salam pembaca..

Dek kerana perjalanan selama 16 jam pada hari sebelumnya [ENTRI SEBELUMNYA], kami bangun lewat pula subuh tu untuk bangun sahur. Huhu ruginya sebab hotel sediakan makanan yang sangat sedap untuk sahur pagi tu. Kami sempat juga sahur, dalam 15 minit saja. Kelam kabut makan masa tu. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Tak sempat pun nak tambah, alhamdulillah sempat juga, tapi sebab tak puas makan makanan yang sedap-sedap tu sampai teringat-ingat sampai Tawau haha.. ๐Ÿ˜‹ Balik ke bilik, kami rehat-rehat dalam bilik sebab masih terlalu awal untuk mulakan perjalanan.

Wednesday, July 5, 2017

Perjalanan selama 16 jam dari Kuching ke Limbang, huhu sampai kepala pusing



Salam pembaca..

Baru-baru ni, cuti sekolah selama 2 minggu bersamaan dengan awal ramadhan, kami sekeluarga memulakan perjalanan menaiki kereta pulang ke Tawau dari Kuching. Sebelum ni kami biasa buat dari Kuching direct terus ke Miri iaitu selama 12 jam, tapi dek kerana terdengar ada kawan boleh buat terus ke Limbang dalam sehari, wah berkobar-kobar juga kami suami isteri nak turut mencuba. Perjalanan kali ni rupa-rupanya memang agak mencabar disebabkan encik suami sedari awal memang agak tak bermaya nak drive. Sehinggakan terlintas pula nak pusing balik ke Kuching bila kami sudah berada di Sri Aman iaitu 3 jam perjalanan dari Kuching. Agak jauh juga kan.