Tayangan hari pertama semalam memang sudah lama kami tunggu. Sebab sudah tengok iklan movie ni masa tonton wayang sebelum ni. Wah sejak hari tu terus teruja nak tengok. Maklumlah alin pun terjebak sangat dengan spongebob ni disebabkan kakak masa kecil memang suka sangat tengok kartun ni hehe..
Tapi disebabkan kakak akan menduduki UPSR tahun ni, setiap minggu masa memang padat dengan pelbagai aktiviti. Hari biasa dengan sekolah kakak dan adik, sebelah petang pula selalunya kakak hadiri tuisyen di sekolah, malam pula 3x seminggu encik suami pula main badminton dan sabtu ahad pula kakak tuisyen di sebuah pusat tuisyen berdekatan pagi sampai petang, agak susah juga mencari masa yang sesuai untuk tengok wayang.
Mujurlah petang tayangan boleh curi masa sekejap. Lepas encik suami baik kerja, kami bergegas ke GSC CityOne Megamall dan masa tayangan adalah 6:30 petang, huh nasib baik tak tersangkut pada kesesakkan lalulintas sebab kebetulan masa itu adalah masa balik kerja dan chap goh mei..
Wayang ni bagi alin biasa saja. Okeylah sebab watak tu memang dah biasa dengan kanak-kanak, dan yang seronoknya, spongebob dan kawan-kawannya muncul didunia nyata. Memang sesuai sangatlah bawa anak-anak tonton wayang ni...