Lulu Pages

Terkini dari alin

Thursday, March 28, 2013

Bukit Quoin

Salam pembaca...

Unikkan nama tempat ni.. Bukit Quoin atau nama orang putihnya adalah Quoin Hill. Tak pasti sejarah dan asal usul nama tempat ni, tapi alin dan adik beradik dibesarkan disini. Tempat ni istimewa bagi kami, dan yang pasti pemandangannya sangat menakjubkan. Penempatan yang terletak di lereng kaki bukit, menjadikan kawasan ini agak sejuk dan berangin.

Dari sini boleh dilihat nun jauh disana pemandangan laut apas parit dan dari jalan raya pula boleh dilihat Smk Balung nun jauh disana...

Kami adik beradik sangat sebati dengan alam semulajadi disini. Masa kecil, sebutkan apa saja aktiviti, semua kami lakukan. Bermain layang-layang dibuat sendiri? Main kejar-kejar? Tangkap ikan kat sungai? Dan sebenarnya ada banyak lagi permainan kampung yang menjadi teman permainan kami ketika itu.

Indahnya masa tu, kita bebas berlari dimana sahaja tanpa ibu bapa rasa risau. Dan kami pernah juga panjat pokok jambu dan rambutan semata-mata gemarkan perasaan berada diatas pokok.

Tapi, bukan semuanya kenangan manis tercipta disini. Ada juga yang pahit dan sukar dilupakan. Kami kehilangan arwah abang dan papa. Walaupun tahun yang berbeza dan keduanya meninggal dihospital, kedua jenazah dimandikan di sini sebelum dibawa untuk disemadikan di tempat lain.

Sesungguhnya dengan keadaan semulajadinya yang memukau, ada tersimpan sesuatu yang tersemat didalam lipatan hati buat selamanya..


* Al fatihah buat arwah abang dan papa. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka.. Rindu sangat.. :(


.

Friday, March 22, 2013

Hari yang berbeza daripada hari-hari yang lain

Salam pembaca

Seperti biasa, setiap malam hari jumaat, adalah hari berkualiti bersama keluarga. Tengah main badminton, mami dan adik (iwan) pun muncul. Biasalah tu sebab mami pun memang tiap minggu main tenis dengan kelabnya. Tak payah hairan, umur mami memang dah lebih 50 tapi masih aktif bersukan. Bukan saja tenis, badminton, bola tampar.. Memang dia dah aktif sejak kami adik beradik kecil lagi.

Berbeza dari pada minggu-minggu sebelumnya, biasanya memang tiap minggu adik tu jadi driver hantar mami main tenis lepas tu dia sanggup duduk dalam kereta sampai mami abis main. Jadi driver tu mmg dah jadi tugasnya sejak arwah papa meninggal. Duduk gelap-gelap sambil main ipad atau samsung s3 nya. Bila dibawa main, tersengih saja yang dia tau. Tapi hari ni, bila mami dan adik muncul jer, encik suami terus hulur raket. Sambil tersengih, di sambut juga raket tu dan terus main dengan alin. Boleh juga main kan. Dalam 15 min dia terus gerak dgn mami menuju gelanggang tenis. Takdelah jauh pun dewan badminton ni dgn gelanggang tenis. Bila kami dah asyik main, tiba-tiba si adik muncul balik, kali ni dengan kasutnya. Merasalah encik suami dan alin bergilir-gilir main dengan dia.

Sebaik habis main, terus mengeluh, malam ni konon dia mesti tak boleh tidur sebab terlalu penat. Peliklah adik, biasanya orang yang penat tu mesti sedap tidur. Taulah sejak dia kerja, apa yang dia tau, kerja dan makan jer. Tengoklah badan pun dah naikkkk :p

Lepas jer main badminton, kami bergegas pula ke stadium, ya masih area sini, dia main bola pula... ( gambar ambik kat padang bola)



@ ya, alin ada dua orang adik. Perempuan dan lelaki. Adik ni yang bongsu dan dah kerja dekat setahun.




Tuesday, March 19, 2013

Akhirnya ia menjadi milikku

Salam pembaca..

First time update blog guna henpon.. Wuwu dengan iphong.. Ya, dah lama sangat nakkan benda ni, sampai rasa macam angan-angan takkan tercapai jer. Akhirnya encik suami kabulkan juga permintaan isteri kesayangannya ni..wah... Dapat pula yang warna putih. Masa salesgirl tu tunjuk-tunjuk casing iphone sebab beli sekali dgn protector screen, selamba jer dia tunjuk- tunjuk casing warna pink. Euwww geli lah dgn warna tu. takdelah yang berkenan sangat pun. Cukuplah ambik yang harga rm32. Itupun warnanya hijau oren..

Balik rumah, terus encik suami rasa menyesal sebab hanya beli 16gb. Kecik katanya sebab alin kan heavy punya pengguna. Geleng kepala jer tengok dia. Sebab kan dah ada ipad. Nak main dan install game kat situ je lah. Ipad tu pun dah 32gb. Lagipun kalau nak beli iphone 32gb kat kedai tu mahal. RM2699. Berbeza dgn yang alin beli ni rm2199. Beza sampai macam tu sekali.. Bila pasang protector screen tu, terus ingat lagu rihanna tu, diamond, sbb ada diamond kecik-kecik kat situ. Cute...

Jadi lengkaplah sebagai pengguna produk apple. Ada iphone dan ipad. Encik suami cakap, iphone 5 alin lagi laju dari 4s nya. Terus usik dia, suruh trade in, beli 5 sekali baru ambik 32gb kan.. Lepas ni macam nak mini. Hehe, lama lagi tu sbb takde budget kena kumpul balik muahaha..



@ sila abaikan kalau ada typo, tengah menyesuaikan dirilah ni :p. lepas ni akan cuba update blog selalu... Hehe

Monday, March 4, 2013

Pengalaman hebat yang tidak dirancang..


Hai, salam pembaca..

Selepas dari 'masa berkualiti' bersama keluarga malam hari jumaat lepas, seperti biasa memang cari tempat untuk tambah lemak pula.. hehe, dah lepas buang lemak berentap main badminton, perut pun lapar. Nak buat macam mana kan.. Tapi sebenarnya sengaja tak makan malam sebelum main, sebab nak lepak makan lepas tu. So, selepas 'perbincangan' dibuat, yeay akhirnya malam tu makan roti canai. Bila tiba jer kat Yassin Curry House, eh ramai lak orang kat area depan wisma persekutuan. Tengah pasang sound kat kereta, sambil dentum-dentum bunyinya.. wah bukan main meriah lagi tu. Terus kita orang ke situ, dan alin keluarkan iphone.. cepat, siapa suruh jadi blogger :P

Masa tu takdelah banyak mana macam pameran kereta, tapi adalah beberapa kereta kat situ, dalam lebih 20 kereta saling tayang sound sistem kat dalam kereta, huh memang hebat, terus terfikir berapa banyak mereka dah keluarkan kos untuk semua tu. syabas, tapi mesti pening duduk dalam kereta kalau pasang sound kuat-kuat sambil memandu kan.. hoho..

Ada satu kereta tu, penuh dengan hello kitty, gigihlah tuan punya kereta ni, kagum kita menengoknya (gambar pertama). Lepas tu tempat duduk belakang tu penuh dengan patung hello kitty dengan pelbagai saiz. Sampaikan kakak dan adik terpegun melihatnya. Nasib baik mereka tak nekad masuk kereta tu main kan.. Tengok ekzos pun bentuk hello kitty tau.


Ada juga beberapa kereta volkswagen kat situ, tersusun dengan pelbagai warna, betul-betul klasik. Dan disatu bahagian pula, tersusun kereta pasang sound, dengan perlbagai lagu, betul-betul buat pening.. hehe, tapi seronok tengok kan sebab jarang dapat tengok. Biasanya mereka-mereka ni buat waktu siang, tak larat nak tengok dan tunggu duduk situ sebab panas.








#Prayforsabah





.