Salam pembaca
Seperti biasa, setiap malam hari jumaat, adalah hari berkualiti bersama keluarga. Tengah main badminton, mami dan adik (iwan) pun muncul. Biasalah tu sebab mami pun memang tiap minggu main tenis dengan kelabnya. Tak payah hairan, umur mami memang dah lebih 50 tapi masih aktif bersukan. Bukan saja tenis, badminton, bola tampar.. Memang dia dah aktif sejak kami adik beradik kecil lagi.
Berbeza dari pada minggu-minggu sebelumnya, biasanya memang tiap minggu adik tu jadi driver hantar mami main tenis lepas tu dia sanggup duduk dalam kereta sampai mami abis main. Jadi driver tu mmg dah jadi tugasnya sejak arwah papa meninggal. Duduk gelap-gelap sambil main ipad atau samsung s3 nya. Bila dibawa main, tersengih saja yang dia tau. Tapi hari ni, bila mami dan adik muncul jer, encik suami terus hulur raket. Sambil tersengih, di sambut juga raket tu dan terus main dengan alin. Boleh juga main kan. Dalam 15 min dia terus gerak dgn mami menuju gelanggang tenis. Takdelah jauh pun dewan badminton ni dgn gelanggang tenis. Bila kami dah asyik main, tiba-tiba si adik muncul balik, kali ni dengan kasutnya. Merasalah encik suami dan alin bergilir-gilir main dengan dia.
Sebaik habis main, terus mengeluh, malam ni konon dia mesti tak boleh tidur sebab terlalu penat. Peliklah adik, biasanya orang yang penat tu mesti sedap tidur. Taulah sejak dia kerja, apa yang dia tau, kerja dan makan jer. Tengoklah badan pun dah naikkkk :p
Lepas jer main badminton, kami bergegas pula ke stadium, ya masih area sini, dia main bola pula... ( gambar ambik kat padang bola)
@ ya, alin ada dua orang adik. Perempuan dan lelaki. Adik ni yang bongsu dan dah kerja dekat setahun.
No comments:
Post a Comment