Lulu Pages

Terkini dari alin

Monday, March 4, 2013

Pengalaman hebat yang tidak dirancang..


Hai, salam pembaca..

Selepas dari 'masa berkualiti' bersama keluarga malam hari jumaat lepas, seperti biasa memang cari tempat untuk tambah lemak pula.. hehe, dah lepas buang lemak berentap main badminton, perut pun lapar. Nak buat macam mana kan.. Tapi sebenarnya sengaja tak makan malam sebelum main, sebab nak lepak makan lepas tu. So, selepas 'perbincangan' dibuat, yeay akhirnya malam tu makan roti canai. Bila tiba jer kat Yassin Curry House, eh ramai lak orang kat area depan wisma persekutuan. Tengah pasang sound kat kereta, sambil dentum-dentum bunyinya.. wah bukan main meriah lagi tu. Terus kita orang ke situ, dan alin keluarkan iphone.. cepat, siapa suruh jadi blogger :P

Masa tu takdelah banyak mana macam pameran kereta, tapi adalah beberapa kereta kat situ, dalam lebih 20 kereta saling tayang sound sistem kat dalam kereta, huh memang hebat, terus terfikir berapa banyak mereka dah keluarkan kos untuk semua tu. syabas, tapi mesti pening duduk dalam kereta kalau pasang sound kuat-kuat sambil memandu kan.. hoho..

Ada satu kereta tu, penuh dengan hello kitty, gigihlah tuan punya kereta ni, kagum kita menengoknya (gambar pertama). Lepas tu tempat duduk belakang tu penuh dengan patung hello kitty dengan pelbagai saiz. Sampaikan kakak dan adik terpegun melihatnya. Nasib baik mereka tak nekad masuk kereta tu main kan.. Tengok ekzos pun bentuk hello kitty tau.


Ada juga beberapa kereta volkswagen kat situ, tersusun dengan pelbagai warna, betul-betul klasik. Dan disatu bahagian pula, tersusun kereta pasang sound, dengan perlbagai lagu, betul-betul buat pening.. hehe, tapi seronok tengok kan sebab jarang dapat tengok. Biasanya mereka-mereka ni buat waktu siang, tak larat nak tengok dan tunggu duduk situ sebab panas.








#Prayforsabah





.

2 comments:

Rozita Ceritaita said...

semoga Sabah kembali aman.. amin..

Hanis Azla said...

wah.. cantiknya.. meriah betul dengan hello kitty ya.. ralit akak tengok..

semoga keadaan di sabah akan segera pulih seperti biasa hendaknya.. insyaAllah..