Lulu Pages

Terkini dari alin

Tuesday, May 22, 2012

Bila dah susah barulah tahu

Assalammualaikum..

Dalam kehidupan seharian kita, kita dikelilingi oleh rakan dan keluarga.
Bila mereka susah, kita selalu akan berusaha berada disamping mereka. Membantu dan meringankan beban mereka. Keadaan itu memang biasa. Bila dia buat kenduri, kira wajiblah kita datang. Bila mereka sakit, haruslah kita ziarahi. itulah erti kata sebenar seorang rakan dan keluarga.


Namun, tiba-tiba, bila kita ditimpa masalah.. dimana rakan, dimana keluarga?
Pernah tak melalui keadaan ni?
Masa kita susah, baru tahu, hanya kita yang selalu ada untuk mereka. Tapi bila kita yang memerlukan mereka, mereka entah berada dimana. Ada tu yang jangankan nak menjenguk.. telefon pun takde. alin pernah melalui keadaan ni berkali-kali. Agaknya Tuhan dah nak tunjuk, itu rupanya hati budi orang disekeliling kita. Bila mereka susah, mereka nak kita berada disamping mereka. Tapi bila 'roda' berputar, dan mereka diatas, kita dibawah ni tak pula dinampak.


Kecewanya kan bila melalui keadaan tu.
Tapi percaya tak? setiap perbuatan, baik atau buruk pasti ada balasannya. Hati kita ni memang mudah memaafkan, tapi siapa tahu balasan Tuhan.. Hari ni, masa ni.. ketika membaca entri ni, marilah kita sama-sama menilai diri sendiri. Adakah kita sentiasa ada untuk rakan dan keluarga kita? Adakah kita hanya mahu orang lain prihatin dengan masalah kita? Bagaimana dengan masalah orang lain? Terutamanya orang yang rapat dengan kita. Adakah kita ambil tahu?





.

7 comments:

♥ Vna ♥ said...

pernah lalui situasi begitu tapi ramai juga keluarga & kawan yang ada di sisi semasa susah dan juga senang..masa tu barulah kita kenal siapa kawan sejati kite kan?

Liza Abu Bakar said...

he..he, mcm sama dgn status wall fb kak liza pagi ni "Bila dugaan datang atau ada saja yang tak kena, barulah aku tersentak memikirkan kelemahan diri untuk diperbaiki. Kalau tidak tu asyik lupa diri aje...". nak salahkan org tak elok pulak, jadi kak liza ketuk kepala sendiri le nampaknya.

Unknown said...

muhasabah diri jap..
yg sentiasa ada bila diperlukan
atau yg sentiasa kecewa bila memerlukan..hhmm.

eima said...

tu la payah nk jumpa kawan ssh ngan senang ni ....kawan senang mmg byk ....

Harun Ar said...

Bila dah susah barulah tahu....
Hmmm..., begitulah biasa terjadi...
Artikel bagus.... inspiratif

efahmustaffa said...

Pernah jgk lalui saat ni tp alhamdulillah semua org tersayang membantu...time ni br knl siapa sahabat yg sbnr...yg bersama ms happy semua jauhkan dr...skrg dh sng alhamdulillah semua dtg mcm semut jmpa gula... ;)

efahmustaffa said...

Pernah jgk lalui saat ni tp alhamdulillah semua org tersayang membantu...time ni br knl siapa sahabat yg sbnr...yg bersama ms happy semua jauhkan dr...skrg dh sng alhamdulillah semua dtg mcm semut jmpa gula... ;)