Lulu Pages

Terkini dari alin

Thursday, July 14, 2016

Pengalaman pahit di Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah,Brunei Darussalam

Salam pembaca



Ada beberapa entri lagi sebenarnya sebelum entri ni publish sepatutnya. Tapi rasanya entri ini patut didahulukan. Perjalanan pulang kami dari Kota Kinabalu ke Bintulu adalah jatuh pada hari sabtu. Kebetulan hari isnin adalah merupakan hari pertama bulan ramadan, agak banyak kereta juga yang berada dijalanraya ketika ini. Kami sangkut di POS Kawalan IMIGRESEN KUALA LURAH, BRUNEI DARUSSALAM iaitu pintu masuk ke Brunei sebelum ke Miri. Lebih sejam menunggu dalam kereta, memang jejas juga masa yang ada untuk terus ke Bintulu. Dari jauh lagi sudah nampak ada 3 kaunter buka.



Dan apabila hampir tiba di kaunter, dalam kira kereta ke 3 dari kaunter, ada sebuah van yang rasanya memuatkan pelancong didalam kenderaan tu. Agak lama menunggu untuk selesai, encik suami bertindak keluar kereta dan berjalan menuju 'berdekatan' kaunter untuk bertanya kepada salah seorang pegawai imigresen lelaki yang berada di 'pejabat sebelah berhadapan kaunter' kenapa terlalu lambat nak selesai sebab nampak dari dalam kereta pemandu van tu asyik bercerita dengan pegawai imigresen didalam. Rasanya tak patutlah kan, sebab barisan kenderaan sudah terlalu panjang dan masa menunggu sudah agak lama. Kalau ada apa yang tak kena, bukan kah logik kalau ada pegawai lain yang periksa dalam kenderaan ataupun apa saja untuk melancarkan proses ketika itu? Dan nampak sangat 2 kaunter lain agak lancar dan tidak ada masalah walaupun salah satu daripada kaunter tu adalah untuk kenderaan besar seperti lori dan bas.



Tiba giliran kami, pegawai yang bertugas (merupakan seorang wanita bertudung yang masam muka dan tak angkat muka pun walaupun suami mengucap salam padanya) nampak sangat melambat-lambatkan proses cop pasport tu huhu.. Sabar sajalah dah lah masuk negara orang..

Bergerak ke hadapan selepas itu, alin segera buat semakan pada pasport (sebab ada pengalaman pasport tak bercop, bahaya kalau masuk negara asing) tapi dua daripada pasport iaitu pasport alin dan adik tak pula nampak cop Kuala Lurah ni. untuk pengetahuan, kami memang letak klip kecil pada pasport untuk memastikan mana-mana pegawai yang cop pasport akan memenuhkan ruang sebelum berpindah ke helaian seterusnya (kan tak pasal-pasal pasport cepat penuh, dah satu kerja lagi nak urus buku pasport baru). Jadi secara logiknya, ini akan memudahkan mereka dengan tak perlu nak belek2 helaian pasport tu sebelum cop kan.

Ini Pasport adik - dia cop 3 muka surat di belakang


Rupanya pegawai ni 'sengaja kerja' susah, belek beberapa helain kosong dibelakang klip baru cop. Patutlah tak nampak. Peliklah dengan sikap pegawai ni. Boleh pula dia cop cantik untuk 2 pasport dan 'jelek' pula untuk 2 pasport yang lain. Encik Suami cakap, mesti pegawai tu tak puas hati sebab encik suami tegur 'pasal lambat' tu. Kalau ikutkan hati memang nak pusing balik ke kaunter tu dan tanya pegawai tu apa yang tak kena dan apa yang dia nak tunjuk dengan sikap sebegitu. Kan nanti bila nak keluar Brunei jadi satu hal pula pegawai seterusnya nak cop keluar atas cop masuk ni. Tapi encik suami cakap tak payahlah, sebab kita nak masuk negara mereka, kan tak pasal2 ada masalah pula nanti huhu.



Untuk pegawai imigresen ni, alin memang betul terkilan dengan dia. Sudahlah bertudung dan kerja pula di pintu masuk negara yang terkenal dengan mengamalkan cara hidup islam, sepatutnya sikap 'kurang ajar' macam ni tak ada pada dirinya. Ya, alin sengaja tak ambil gambar muka pegawai ni sebab nampak ada notis tidak dibenarkan ambil gambar kat situ. Kalau tak memang malulah awak eh. Terus hati panas saja sepanjang masuk Brunei hari tu. Nasib baik masa nak keluar Brunei di  POS KAWALAN IMIGRESEN SUNGAI TUJOH (KUALA BELAIT), BRUNEI kami disambut dengan senyuman mesra dan layanan baik pegawai imigresen disitu yang juga merupakan seorang wanita bertudung walaupun barisan kenderaan agak panjang juga ketika itu.

Ini adalah pertama kali melalui pengalaman pahit di pos kawalan sejak beberapa kali berulang alik Sarawak dan Sabah setakat ini. Minta-mintalah jangan ada yang kedua kali selepas ni huhu. Untuk peringatan bersama buat semua, seandainya anda berada di kawasan ini atau mana-mana pos kawalan selepas pasport anda di cop terus buat semakan semula ya, manalah tau terjadi keadaan seperti ini ataupun terlupa cop, kan jadi satu kerja pula kena berulang datang balik ke pos kawalan tu..



*Dengar cerita untuk projek panborneo ni perjalanan Sarawak-Sabah akan ada jalan lain yang akan dibuat lebih singkat dan tak perlu masuk ke Brunei sampai 2x. Kalau betul alhamdulillah.. Sudah tak perlu masuk melalui Brunei lagi lah suatu hari nanti.. Sehingga ke saat itu, semoga dalam perjalanan di masa akan datang, kami tidak lagi dipertemukan dengan orang negative macam ni.. aaminn...




.

9 comments:

aizamia3 said...

Boleh mencacatkan rentak nak bercuti bila jadi macam tu.. :(

alin said...

betul tu sis :(

Unknown said...

imigresen/kastam msia jauh lebih mesra berbanding negara brunei.. 15.07.2016[friday] masuk je pos kawalan brunei kuala lurah suda kena sound pegawai imigresen/kastam.. "paking ku ane.. mo ku panggilkan pulis?" xda salam ka apa.. tetiba ckp benda bodoh.. benda kecik kot.. lgpun parking kejap je, siap tggu dlm keta kot2 ada org nak parking kn.. singgah ke toilet je.. xsampai pun 2minit.. da bising2.. siap nak panggil polis bagai.. sedar la sikit.. xda msalah pun klu kita ckp baik2.. aku bangga jadi rakyat malaysia.. budi bahasa budaya kita.. aku dok gelak je dgn fmly.. benda kecik sampai nak call polis.. wat malu je.. harap2 entry ni pegawai2 brunei baca.. jgn sombong.. apa yg korang dpt buat perangai mcm tu.. korang masuk sabah xda pun nak pertikaikan segala hal kecik.. #banggajadianakmalaysiabudibahasabudayakita

alin said...

betul tu. Sudahlah kena tunggu lama untuk cop pasport sbb barisan yang panjang, kena pula dengan sikap kurang ajar pegawai mereka.. Senang jak tu, kalau nda mau kerja situ tekanan, cari kerja lainlah.. Macam jak org Malaysia suka2 mau masuk Brunei. Haraplah satu hari nanti nda payah masuk Brunei lagi untuk keluar masuk sabah sarawak :(

HeNRieTTa JoSe said...

terima kasih atas perkongsian, rietta blom pernah smpai brunei, sarawak pown blom...sedang berkira kira utk ke sana...

PS : Salam perkenalan...

alin said...

Salam perkenalan rietta :)
Jom lah mulakan perjalanan.. Pasti seronok

bunga simpur dang sanak said...

mambari malu jua eh imigresen brunei ani. luan tah jua palui nya pegawainya atu. kan mati usulnya. tapi banar jamu, hantap luan tambirangnya luan kabasaran banar. mcm tah orang iski kan masuk nagaranya. capat2 tah siapkan jalan pan borneo tu liau. inda payah tah lagi kan bajumpa pegawai imigresen abisidia atu. muha macam asam kalumbi bajaruk.

alin said...

Terima kasih atas komennya. Sejujurnya bkn semua pegawai di pos kawalan negara Brunei macam ni, alhamdulillah yang lain tidak lokek senyum dan sangat mesra ๐Ÿ˜„

Zull Klana said...

Di Kuala Lurah memang ada yang camtu