Jika anda sedia maklum,ya benar Tawau merupakan syurga makanan laut.. Dan bagi alin makanan-makanan yang ada di Tawau jauh lebih murah dan fresh berbanding di tempat lain (sudah berada di Kuching ni baru tau.. Huhu). Jadi sepanjang berada di luar Tawau kami selalu merindui makanan-makanan yang berada di Tawau macam makanan laut fresh, sayur-sayuran yang murah dan kuantitinya banyak, juga hidangan-hidangan makanan yang sukar didapati di tempat lain.
Selalunya kalau balik ketika musim perayaan terutama menjelang hari raya aidilfitri kita orang memang tak berkesempatan langsung nak makan mee tauhu.. Hehe apakah agaknya rupanya mee tauhu tu? Tadaa.. Mee kering ni susah nak dapat kat tempat lain, terutama yang sama rasa begini. Jadi kalau nak rasa yang betul-batul sedap, nah hanya di Tawau okey. Untuk yang berkunjung ke Tawau, selain daripada nasi kuning, mee tauhu juga sangat popular dan makanan kebiasaan kami disini ketika sarapan. Selain harganya yang murah dan sedap, ianya juga mengenyangkan.
Ada banyak restoran yang menghidangkan mee tauhu sebagai sarapan pagi, dan restoran yang menjadi tumpuan kami kali ini adalah Restoran Sri Pantai yang terletak di Jalan Tanjung Batu. Tempat ni memang selalu penuh sebab hidangannya pelbagai dan memang enak. Selain daripada mee tauhu, ada juga nasi kuning dan pelbagai lagi hidangan termasuk nasi campur. (Sirap disediakan secara percuma)
Untuk yang teringin nak rasa mee tauhu, sebelah pagi saja okey, lambat memang tak merasalah sebab cepat saja habis. Untuk info lain kita sambung di entri akan datang..
*Gambar tidak berapa jelas sebab guna handphone saja. Harap maaf
.
No comments:
Post a Comment