Lulu Pages

Terkini dari alin

Friday, November 10, 2017

Lazada Online Revolution Blogger Contest



Salam pembaca..

Buat pertama kali, dapat jemputan melalui email dari Lazada untuk menyertai contest ni. Setakat ni dah 2x join tapi tak ada rezeki lagi untuk menang. Dan, memang berharap kali ini, akan membawa tuah pada alin, hehe teringin juga nak rasa jadi pemenang. Aamin.. Dan sebenarnya nak join contest dari Lazada ni mudah saja, jawab soalan dan patuhi syarat-syarat mudah dan terus email. Jadi jom tengok apa soalan Lazada kali ini ๐Ÿ˜Š



a. Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?
Produk pertama beli? Wah memang dah lama sangat ni, tapi sebenarnya memang tak boleh nak lupa sebab barang yang di beli ketika itu, masih berfungsi dengan baik sehingga kini. Barang tersebut adalah MP4. Kecil saja MP4 tu, tapi selain boleh simpan lagu, movie dan gambar, ianya juga boleh merakam bunyi. Beli masa tu dengan harga RM100. Masa beli tu tak ada masalah, sebab beberapa hari selepas proses pembayaran dan maklumat penghantaran di beri, barang telah selamat alin terima.

b. Which types of products would you prefer buying online?  
Sebenarnya alin tak ada tentukan mana-mana barang untuk beli online. Selalu belek-belek laman web, mana barang murah boleh saja beli masa tu juga. Tapi memang sebelum nak beli apa-apa barang, alin lebih suka bandingkan harga di beberapa laman shopping online, dan pastikan seller tersebut betul-betul mempunyai 'rekod' jualan yang baik berdasarkan review yang dibuat oleh pembeli-pembeli sebelumnya. Ini adalah untuk memastikan kita sebagai pembeli tidak tertipu. 

c. What to you love about online shopping?  
Alin memang suka sangat shopping online. Duduk saja depan laptop ataupun dengan telefon bimbit dan boleh buat pembelian tanpa perlu keluar rumah dan berjalan membelek barang kat kedai. Selalunya apa yang paling penting, barang yang di beli di shopping online lebih murah dan penghantaran pun percuma. Banyak boleh jimat kat situ.

d. Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales? 


Alin tengah intai ni sempena Lazada Online Revolution ni, sebab kebetulan nak bercuti masa cuti sekolah ni, senang kalau ada ni nak gosok baju ataupun tudung, tak payah nak susah-susah seterika baju kat lantai ataupun katil hotel ni nanti. Agak leceh juga kalau nak guna seterika hotel kan.


Untuk info, Lazada Online Revolution ini akan berlansung bermula esok 11.11.17 sehingga 14.12.2017. Pelbagai jenama terkenal akan turut serta disamping pelbagai lagi jualan yang sangat-sangat hebat dan sukar di tolak sepanjang ianya berlangsung. Ini peluang anda untuk jimat sambil membeli-belah ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„. Dan jangan lupa peluang putar SPIN THE WHEEL ni untuk dapat voucher dan hadiah yang menarik.



Untuk info yang lebih lanjut, korang boleh layari Lazada Online Revolution.





.