Lulu Pages

Terkini dari alin

Thursday, August 18, 2016

Pengalaman berhari raya di Kuching, Sarawak

Salam Pembaca..


Kebetulan hari raya aidilfitri baru-baru ni kami sekeluarga bercadang tak balik kampung sebab bulan sebelumnya dah balik. Jadi selepas hampir 3 tahun 'jadi' orang Kuching, ini adalah pertama kali kami akan beraya diluar dari Tawau dan berjauhan daripada keluarga huhu. Sebenarnya tak juga rasa sedih sebab dah balik. Dan alhamdulillah kami menerima banyak juga pelawaan jemputan datang dari rakan-rakan sekeliling di sini.




Kari kambing..nyummy

Hebatnya beraya di Kuching ni, atas meja mesti ada sedia kek lapis. Sudahlah banyak malah berwarna warni lagi. Wah teruja betul tengok meja tu sampai pening fikir nak makan yang mana satu hehe. Ada rumah tu siap ada masakan kari kambing dan ada juga yang sediakan sate. Biasanya kalau di Tawau, hidangan yang paling biasa ada burasak, ayam masak likku atau ayam kurma dah cukup hebat. Tapi kat sini masakan dan budaya tu jauh berbeza. Seronok tengok bila tetamu yang datang dari pelbagai bangsa dan agama namun punya niat yang satu iaitu memeriahkan hari raya..

Pertama kali masak rendang.. yeay berjaya!

Lemang beli tepi jalan saja, tapi tak sedap :(

Satu lagi jemputan adalah dari seorang bekas staff encik suami di pejabat lama. Sudahlah kami berkunjung, siap lagi bungkuskan makanan mee jawa dan laksa sarawak untuk kami bawa pulang. Istimewanya, masakan tu sedap sangat. Alhamdulillah semoga Allah balas kebaikan si tuan rumah.

Mee jawa dan Laksa sarawak

Apapun, berhari raya disini memang tidak kurang meriahnya. Ada juga terasa sedikit sedih sebab tak dapat cium tangan orang tua dan tak berkesempatan berkunjung ke pusara arwah papa di pagi raya, tapi insha Allah kami bercadang untuk balik Tawau lagi dalam masa yang terdekat ini.



.

4 comments:

eima said...

lps2 ry ni tgk gambar lemang ngan rendang terliur jd nye

fizafantagiro said...

Kuching , heaven dgn kek lapis!

alin said...

sis eima, kann.. nanti boleh makan lagi masa raya haji :)

alin said...

sis Fiza, bukan saja kek lapis, ada banyak lagi tarikan makanan kat sini hehe