Lulu Pages

Terkini dari alin

Wednesday, August 24, 2016

8 perkara yang harus anda lakukan ketika anda berada di Tawau

Salam pembaca



Tawau merupakan sebuah daerah yang sangat dikenali oleh pelancong-pelancong yang impikan percutian yang menarik dan tidak boleh dilupakan ketika berkunjung ke Sabah. Namun begitu untuk sesiapa saja yang tidak mempunyai keluarga atau kenalan, anda mungkin masih kurang jelas dengan apa yang menarik kat Tawau ni. Jadi sebagai anak jati Tawau, jom alin senaraikan 8 perkara yang anda harus lakukan ketika berada di Tawau..

1. Syurga makanan laut





Ramai yang mengetahui Sabah merupakan syurga bagi makanan laut. Begitu juga di Tawau. Anda boleh makan makanan laut dengan mudah untuk harga yang sangat murah dan berbaloi. Restoran-restoran seafood banyak terdapat di tempat ini yang mengenakan harga yang amat rendah. Makanlah sepuasnya hehe. Ada juga yang tidak ketinggalan untuk membeli udang frozen, lobster atau ikan kering untuk dijadikan buah tangan. Restoran seperti Restoran Seafood Sri Titingan Tawau, Daily Q Steamboat dan macam-macam lagi sedia ada sebagai pilihan mengikut citarasa anda.

2. Pulau-pulau yang indah



Untuk yang meminati pulau, inilah tempatnya. Anda yang menaiki kapal terbang yang akan turun di Lapangan Terbang Tawau sebelum dibawa terus ke Semporna untuk menikmati percutian anda di pulau-pulau sekitarnya yang tidak dinafikan keindahannya setaraf dengan pulau-pulau lain yang terkenal diseluruh dunia. Sebut saja Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Kapalai, Pulau Mataking, Pulau Bohey Dulang dan banyak lagi pulau yang anda boleh pilih. Jadi melihat ramai pelancong asing di daerah ini adalah pemandangan yang biasa.

3. Pasar Tanjung Tawau



Inilah tempatnya anda akan mendapatkan stok udang kering, ikan kering, keropok amplang, tikar, baju ataupun apa saja yang melambangkan Tawau itu sendiri. Dan yang terkini, sebelah atasnya tersergam indah UTC Tawau yang sudah memulakan operasinya tahun ini.

4. Pasar Takada



Pasar yang hanya ada pada pagi sehingga tengah hari, hari ahad, terletak di Takada Tawau, berdekatan dengan Hotel Promenede. Disini ada dijual pelbagai hasil tani dari ramai penjual sekitar Tawau yang segar dan murah. Malah pasar ini ada juga menjual makanan ataupun apa saja yang anda tidak akan terjangka. Wow memang hebat apatah lagi tempat ini memang akan menjadi tumpuan seluruh warga Tawau di hari ahad.

5. Maliau Basin

Lembangan Maliau ataupun dikenali sebagai 'The Lost World Of Sabah' terletak tidak jauh daripada Tawau dan boleh sampai melalui Jalan Kalabakan. Tempat ini dikatakan menjadi syurga kepada para penyelidik dan pencinta flora dan fauna di Sabah disebabkan kawasan ini yang belum diterokai sepenuhnya. Dan untuk info lebih lanjut, ada pakej-pakej yang ditawarkan untuk anda menerokai tempat istimewa ini.

6. Deretan gerai buah-buahan di Sabindo 

Dikawasan ni terdapat deretan gerai buah-buahan yang ada menjual pelbagai jenis buah-buahan tempatan dan luar negara yang segar dengan harga berpatutan. Tempat ini menjadi tumpuan disebabkan kepelbagaian buah yang ada. Bersebelahan dengan tempat ini, ada gerai menjual air kelapa segar. Nikmatilah sambil melihat pemandangan malam di bandar Tawau.

7. Persiaran Traulsen



Kawasan ni memang amat terkenal di Tawau. Siapa saja orang Tawau mungkin tidak biasa dengan nama tempat ni, sebab orang tawau mengenali tempat ni dengan panggilan 'highway'. Persiaran Traulsen ini terletak di Jalan Persisiran berhadapan dengan Masjid Al-Kauthar yang juga dikenali sebagai Masjid Besar Tawau, merupakan masjid yang terbesar di Sabah. Tempat ni menjadi tempat orang Tawau 'lepak', meletak kenderaan disebelah petang dan malam sambil beriadah.

8. Taman Bukit Tawau @ Table



Kawasan rekreasi dan tempat mandi manda yang paling terkenal di Tawau. Khabarnya dekat sini ada pokok tertinggi di dunia. Dan sebenarnya ada banyak juga aktiviti yang boleh anda lakukan disini seperti jungle tracking, berkelah dan kawasan ini juga jadi tumpuan kepada jurugambar mengabadikan gambar-gambar pelbagai spesis burung dan serangga hutan. Paling istimewa, tempat ini menjadi tempat anda berkelah sepanjang hari cuti bersama keluarga..



Sebenarnya ada banyak lagi yang menarik di daerah Tawau. Korang kena datang dan terokai sendiri. Dan korang akan akan benar-benar tekejut dengan pengalaman yang bakal anda tempuhi sepanjang berada di Tawau, bumi peladang ni..



Entri ini sudah publish disini sebelum ini :) 8 perkara yang harus anda lakukan ketika anda berada di Tawau
.



No comments: