Lulu Pages

Terkini dari alin

Friday, November 1, 2013

Keadaan jalan Kalabakan-Sepulot (Kebaikan dan keburukan)


Salam pembaca..

Ada banyak versi mengenai keadaan jalan di Kalabakan-Sepulot, iaitu jalan lain ke Kota Kinabalu dari Tawau selain dari jalan lama, Tawau-Sandakan-Kota Kinabalu. Ada yang cakap jalan teruk sangat, dan ada juga cakap jalan ni dah banyak perubahan dan semakin baik. Sehinggalah kami sendiri merasakan pengalaman itu. Memang sangat berbeza dengan jalan lama. Dan walaupun telah melalui jalan ini buat pertama kalinya, marilah kita lihat perbezaan kebaikan dan keburukan yang dapat alin senaraikan ni. Semoga akan dapat memanfaatkan sesiapa saja yang berminat menggunakan jalan ni.

Kebaikan

1. Perjalanan lebih singkat.
(5-6 jam perjalanan) Dapat save dalam 3-4 jam. Banyak tu.. Biasanya dah lewat petang baru sampai kk :(, tapi dengan menggunakan jalan ni dalam pukul 2 dah sampai. Tengok kenderaanlah kan, kalau 4x4 tu memang tengah hari dah sampai. Tapi tak beerti kereta kecil tak boleh menggunakan jalan ni. Ada nampak viva, myvi dan kancil, selamba saja melalui jalan ni..

2. Kenderaan yang kurang

Kat sini kenderaan memang kurang sangat, jalan raya tu lapang sangat. Biasanya memang kereta kita saja kat jalan. So, korang boleh budget lah kan nak laju atau nak perlahan, memang sangat safety. Takde insiden nak potong kenderaan-kenderaan besar atau perlahan macam kat jalan lama

3. Menjimatkan penggunaan minyak
Disebabkan oleh perjalanan yang tidak sepanjang jalan lama, penggunaan minyak akan dapat dijimatkan. Satu pilihan yang bijakkan.

4. Jalan sedang dibaiki
Walaupun ada lebih kurang 50km lagi jalan belum berturap, tapi sepanjang melalui jalan ni, kita akan dapat lihat kerja-kerja menurap sedang giat dilakukan. Dan khabarnya keseluruhan jalan akan siap diturap menjelang tahun depan.. :)

5. Pemandangan yang menakjubkan


Melalui jalan ni memang takkan nampak Gunung Kinabalu. Tapi yang pasti jalan ini juga ada daya tarikan yang tersendiri. Kita akan melalui Bukit Graviti dan juga Banjaran Crocker (tinggi) dan jauh disana ada pemandangan persisiran pantai.. Sungguh menakjubkan seolah-olah kita berada dalam kapal terbang dan sedang melihat kebawah.. Cubalah bayangkan :)


Keburukan

1. Takde stesen minyak
Dari Tawau ni, ada petronas kat Felda tu. Betul-betul kat tepi jalan besar. So, adalah lebih baik untuk tidak membiarkan tangki minyak kosong baru nak isi sebab selepas ini, tempat isi minyak hanyalah berada di Nabawan.

Tapi rasanya tak perlulah risau. Kalau kereta kecil, tangki kecil, mungkin lebih selamat kalau bawa minyak dalam gelen, takdelah menggelabah cari stesen minyak kan.

2. Perjalanan sunyi kurang kereta
Bahaya untuk keadaan kenderaan yang tidak berapa baik. Kalau rosak, susah nak cari bengkel. Sebab setakat ni, kebangyakan jalan rumah pun kurang. Kebanyakan hanyalah estet dan hutan simpan.

3. Jalan rosak sejauh 50km



Jalan masih rosak sejauh 50km, walaupun sedang dalam pembikinan, lori-lori yang mengangkut batu-batu untuk itu tidak bertutup. Juga melalui jalan-jalan dalam pembikinan ni, perjalanan terpaksa perlahan. 

4. Lori angkat kayu balak


Dari Kalabakan lagi memang banyaklah kita akan jumpa lori-lori yang angkat kayu balak ni. Logging kata orang sini. Maklum saja kawasan sepanjang Kalabakan-Sepulot ni memang kaya dengan hutan-hutan yang belum diterokai.


Kayu-kayu balak tu besar-besar. Ngeri juga tengok, bila terserempak, lebih baik kereta yang kita pandu kita hentikan ditepi jalan. MAnalah tau ada batu yang terbang, bahaya cermin kereta boleh pecah. 

5. Tiada RNR
Sebenarnya RNR ni penting manalah tau kita nak makan, solat atau berehat. Kat sini memang susah nak cari RNR sebab langsung takde. Tapi anda boleh berhenti rehat kat Maliau Basin, tandas pun ada kat situ (bayaran dikenakan), makan/rehat sambil menikmati alam sekitar yang sunyi.. (seram tak? hehe)

7. Tiada liputan talian
Ada beberapa kawasan sepanjang perjalanan ni takde liputan talian. Jangan cakap internet, talian telefon pun takde. Tapi bukan sepanjang jalan yer.. Untuk pengetahuan, alin guna maxis untuk talian dan DIGI untuk broadband internet. Walaupun bukan sepanjang kawasan, tapi memang agak risau juga kalau-kalau kita perlukan talian tapi takde lak..

8. Mendaki tinggi, turun curam


Di kawasan Bukit Graviti dan Banjaran Croker, kita akan mendaki tinggi. Kalau guna jalan lama, mendaki kat Kundasang/Ranau kan. Hah kat sini pula area ni. Bila dah mendaki, turun pula curam tapi pemandangan memang menakjubkan. Bila turun curam, brek pun boleh panas sebab kerap digunakan. Kalau anda mengalami masalah ini, dinasihatkan untuk memberhentikan kenderaan sementara brek tak jem, kemudian boleh teruskan perjalanan balik.




Itu antara yang alin ingat setakat ini. Pandai-pandailah anda rancang perjalanan. Kalau rasa keadaan kereta tak berapa baik, atau rasa was-was tak payahlah. Tapi ada saja viva atau kancil selamba saja melalui jalan ni, dan insha Allah akan selamat sampai. Adakalanya, baik juga kalau kita bersangka baik kan :)








.

7 comments:

Izwa Kamaruddin said...

wahhh entry bagus nie!sebab nyer cadang thn dpn nak pegi semporna & tawau...

Putri Sukoco said...

kunjungan perdana, salam persahabatan

Unknown said...

Info yang bagus. Aku masa di sabah tak sepat ke KK ikut jalan ni sebab takut jugak jalan belum turap tu. Aku pakai unser jak, tak boleh lasak macam 4 wheel.

Muhammad Sallehuddin Jamnu said...

Info sangat banyak membantu perjalanan kami sekeluarga. Setakat 1 Sept 2014, jalan tidak berturap hanya kurang 13km bersamaan 15 minit perjalanan menggunakan 4x4 dengan kelajuan 70-80 km/j. Kerja pembaikan sedang giat dijalankan.

Muhammad Sallehuddin Jamnu said...

Info sangat banyak membantu perjalanan kami sekeluarga. Setakat 1 Sept 2014, jalan tidak berturap hanya kurang 13km bersamaan 15 minit perjalanan menggunakan 4x4 dengan kelajuan 70-80 km/j. Kerja pembaikan sedang giat dijalankan.

Muhammad Sallehuddin Jamnu said...

nfo sangat banyak membantu perjalanan keluarga saya. Setakat 1 Sept 2014, jalan tidak berturap hanya kurang 13km bersamaan 15 minit perjalanan menggunakan 4x4 dengan kelajuan 70-80 km/j. Kerja pembaikan sedang giat dijalankan.

Anonymous said...

Memang Enjoy jalan ni. Kancil pun aku tengok selalu jugak ikut jalan ni. Tahun ni aku lalu mmg dah cun jalan ni. Tahun 2011 dulu je agak sakit sebab jalan hampir 70% tak berturap.