Lulu Pages

Terkini dari alin

Wednesday, February 28, 2018

Review ParkCity Everly Hotel Bintulu, Sarawak



Salam pembaca..

Ini kunjungan kami kali kedua. Buat pertama kali boleh tengok kat sini Hotel di Bintulu, Sarawak dan masa tu adalah kali pertama menjejakkan kaki dari Tawau ke Kuching, kira perjalanan pertama kali ketika berhijrah dari bumi Sabah ke bumi Sarawak. Dan sememangnya alin dan keluarga sangat-sangat teruja dengan kunjungan ini, disebabkan pada pertama kali dulu, kami tiba lewat sangat dihotel ini, masa tu dah mulai gelap dan kerana terlalu penat, kami rehat awal dan tak ada masa pun nak round disekitar hotel ni atau menikmati sepenuhnya keselesaan hotel ini. Dan alhamdulillah, untuk kali ini kami akan tiba awal dihotel ini dan yeay dapatlah buat full review mengenai hotel hebat ni ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰




Katilnya sangat luas



Mulanya, perancangan asal, kami tidak akan bermalam di ParkCity Everly Hotel Bintulu ni. Ada beberapa hotel yang memang kami dah putuskan dan buat tempahan awal melalui telefon. Tapi bila dah dekat masa nak jalan tu (perjalanan darat menuju ke Kota Kinabalu), kami ubah dan terasa memilih hotel ini adalah yang terbaik disebabkan harganya yang tidak terlalu mahal, dan juga keselesaan yang kami rasai ketika pertama kali bermalam di sini. Dan alhamdulillah pilihan itu sangat tepat disebabkan pengalaman berada di hotel ini memang sangat-sangat membuatkan kami sekeluarga berpuas hati.

Pakai baju biasa pun boleh mandi kat sini

Sebelah tu pantai, jalan kaki pun sampai

Jadi, apa yang menariknya ParkCity Everly Hotel Bintulu ni sedangkan ada banyak lagi hotel yang berada di Bintulu, dan tidak dinafikan juga tidak kurang hebatnya. Jadi disebabkan kali ni kami bermalam disini, kita buat review untuk hotel ni saja, jadi korang ada pilihan kalau tak tau nak tinggal kat mana di Bintulu.

Wifi Free


1. Harga yang berpatutan
Untuk katil 2 super single (boleh muat 4 orang sebab katil besar) boleh dapat harga serendah RM137.70 sehinggalah bilik Suite dengan harga RM532.21 (harga boleh dapat rendah lagi di traveloka). Dan untuk kakitangan awam, diskaun istimewa juga boleh diperolehi asalkan korang tunjuk kad identiti ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š Pelbagai pilihan bilik ada di hotel ni disebabkan bangunannya agak tinggi juga.

Jangan lupa minuman free anda ๐Ÿ˜


2. Ruang parkir yang luas
Untuk yang datang dengan kereta, usah risau mengenai parkir kerana hotel ini menyediakan ruang parkir yang sangar luas dan ada pengawal keselamatan yang berkawal kat situ, jadi memang rasa selamat.

3. Ruang hotel yang cantik
Tidak dinafikan hotel ini memang sangat cantik. Sesuai buat anda yang gemar mengabdikan kenangan manis ketika bercuti dalam kamera. Untuk alin yang berkeluarga, tinggal semalam terasa tidak puas, lain kali datang paling kurang nak 2 malam.

4. Kawasan yang strategik
Kawasan hotel ini sangat strategik disebabkan lokasinya adalah didalam kawasan bandar dan akses kepada stesen minyak, tempat makan, shopping mall ataupun dobi 24 jam yang sangat dekat. Jadi untuk yang tidak mempunyai kenderaan, bolehlah pertimbangkan menaiki UBER ataupun Grab kemana saja.



5. Layanan dari staff yang memuaskan
Selalu nampak review hotel kat mana-mana laman web, hotel dan bilik dah cantik dan memuaskan, tapi malangnya layanan staff kasar dan sambil lewa. Di hotel ParkCity Everly ni, untuk pengalaman alin, memang memuaskan. Mesra malahan kalau kita nak tanya apa-apa tu senang saja mereka beri jawapan yang kita faham.



Bagi makanan pula, kita orang tidak makan kat sini. Sebab awal pagi dah mula meneruskan perjalanan. Jadi kalau nak tahu mengenai makanan hotel ni sedap ke tak, korang kenalah cuba sendiri ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰



.

1 comment:

mrhanafi said...

alamak kesiannya..

sempat tidur jelah