Lulu Pages

Terkini dari alin

Friday, September 26, 2014

SEMATAN PALM BEACH RESORT, gambar dan pengalaman sepanjang percutian




Salam pembaca..

Pengalaman bercuti di Sematan Palm Beach Resort yang terletak di Lundu, Sarawak memang mengujakan, apatah lagi bila encik suami maklumkan, sengaja nak bercuti sempena hari lahir alin.. yeay..


Perjalanan lebih kurang 2 jam dari bandaraya Kuching menuju ke Lundu, ya Sematan ni terletak kat area Lundu. Masa sampai kat sini memang ramai juga pengunjung. Resort ni tak adalah sebesar Damai Beach Resort atau Santubong Resort, ataupun Damai Puri, namun rasanya ianya punya keistimewaan tersendiri, jadi bila dah sampai, jom lah kita cari apa keistimewaan tu. Bila dah dapat bilik (alahai baru sedar tak ada ambil gambar bilik langsung..), terus masuk dan berehat.


Sempat lagi encik suami tertidur, sebab nak keluar mandi pun matahari terik sangat. Sebab masa tu kita orang sampai sini lebih kurang pukul 2 petang. Bilik tu dilengkapi dengan kemudahan yang basic saja. Nak kata mewah tak adalah. Tapi kira okeylah kan. Bagi alin, alin memang lagi suka ke Damai Beach Resort (nanti kita buat entri).


Bila turun nak mandi, perasan air laut ni jauh sangat dari pantai. Memula tu terfikir mungkin air surut. Tapi sampai malam, tak juga dekat pantai, oh nampaknya memang macam tu lah keadaannya. Jadi kalau nak mandi laut tu, kena menapak agak jauh juga.


Terus rasa tak best sebab bila dah sampai air laut, berpaling kebelakang, bangunan resort tu nampak kecik saja (jauh). Jadinya, petang tu sajalah mandi laut, lepas tu tak pergi sudah.. Mandi swimming pool saja.


Hah cerita swimming pool pun tak best, sebab kolamnya timbul macam tu.. Huhu tak tau lah, selera masing-masing kan, tapi bagi alin, memang rasa tak best.


Menginap kat sini, memang lengkap dengan pakej makan. So tak risau sangat nak beli makanan sebab dekat-dekat tempat ni (kat luar) memang takde restoran. Tapi dah makan malam, sarapan, huhu makanannya tak sedap.. Kecewa.. :(




Kalau korang datang group nak barbecue, ada disediakan tempat untuk panggang, dan dikenakan bayaran yang murah sangat. Memang selesa. Tempat ni juga ada sediakan kemudahan berbasikal. Sewa saja basikal tu dan bolehlah pusing-pusing area ni. Kawasan tak adalah besar sangat pun, tapi okeylah kan. Ada juga children playground kat situ untuk anak-anak kecil anda bermain.





Pada alin, secara keseluruhan, alin dan keluarga nilai tempat ni 2.5/5 *
Aiyoh, tapi tak pastilah korang macam mana.. kan selera masing-masing berbeza.. Untuk anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tempat ini, boleh direct ke laman web nya SEMATAN PALM BEACH RESORT -Tq encik suami.. *hugs





.

7 comments:

Izwa Kamaruddin said...

seronok nyer saya tak pernah jejak sarawak

Unknown said...

Huhhh...mcm mana blh x tau tmpt ni ye? sedangkan dh bbrp kali follow husband utk urusan keje dkt kuching ni...murah lak tu...kena g lepas ni..x boleh lepaskan peluang. tq sharing ye.

alin said...

Idzwa, jom datang sarawak :)

alin said...

Anira, ada banyak lagi tpt menarik kat kuching ni khasnya, tapi alin saja yang malas update, stay tune okay :)

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

cantiknya tempat tu.. =)

Razis Hamit said...

Singgah pepagi buta. Sy pernah Ke sarawak tahun 2005. Memang best. Terasa nak pergi lagi tapi belum ada rezeki.

Masa saya pergi airport tengah renovation.

AlamHati said...

saya stay kat retreat...tempat menarik jugak... makan bbq kat palm resort... sedap