Tips panjangkan hayat cable usb iphone | Hai semua.. Masalah luar cable iphone atau ipad ni koyak memang seringkali berlaku. Mula-mula tu tak tau macam mana nak atasi masalah ni. Tapi kemudian, bila nampak kakak (anak alin yang sulung) asyik dengan loom band, idea ini datang. Dan bila kakak buat kat cable iphone ni, nampaknya cable tu lebih tahan digunakan. Siap suruh balut loom band sampai dua kali lagi.
Tapi masalahnya, getah loom band tu tak tahan lama. Getah tu akan mereput dan mulai putus dengan sendiri. So selepas beberapa bulan, kenalah buat balik dan lagi elok kalau buat dua kali lapis. Tapi alhamdulillah, dengan cara ini, kita akan dapat save duit kos daripada terpaksa beli cable yang baru.. Mahal juga tu. Semoga dengan cara ini akan memberi manfaat buat semua.
.
No comments:
Post a Comment