Lulu Pages
Terkini dari alin
Wednesday, July 25, 2012
Peningnya kepala, tengok warna..warna
Sejak beberapa hari ni sibuk surfing internet.. Blog dan facebook cari mana-mana orang perseorangan yang jual baru kurung/melayu online. yalah, sudah tentu untuk dipakai dihari raya nanti.. Dan ada antaranya yang menerima tempahan sudah mula menutup tempahan. Tak boleh..tak boleh.. Memang kecewa sangat memandangkan, ada anak umur 3 dan 9 tahun ni. Susah cari saiz. kena tempah khas. Kalau baby setakat umur bulan atau setahun tu, memang ada banyaklah yang jual.
Lepas kena tengoklah kan sedondon warna tu, mana anak, mama dan abahnya. Bila dah dapat, kena tanya saiz lagi. Dan yang paling penting tengok harga dulu. Gila rasa berat juga semua 4 helai dalam RM4++ lebih tu. Huh, lega sikit bila Najib umum ada bonus. Tapi walaupun begitu entah berbaloi ke keluarkan duit lebih RM400 untuk baju yang hanya dipakai sekali sekala? untuk anak memang sekali dua jer pakai dah tak muat.. :'( Encik suami dah bagi persetujuan, tapi muka tu ada ketat sikit.. Tapi lawakan .. Gambar kat atas tu ambil dari salah seorang penjual online. Banyak pilihan warna..
Keputusan samaada beli ataupun tidak masih gantung lagi. Walaupun dah dapat dipastikan total semua baju, warna dan saiz tengah available. Terdesak sangatlah nak cari ni. kalau dapat yang lagi murah lagi bagus.. Huhu.. pada mulanya bagi baju anak-anak dalam RM150 jer untuk 2 pasang. Sekali nak buat tempahan, malangnya tempahan dah tutup. Dan masa tu takde seller back-up pula.. alin dah pening kepala.. huhu, asyik tengok warna..
@ Ada rezeki, beli lah kan.. Kalau takde, macam biasa pakailah tahun-tahun lalu punya (tapi adik dan kakak, confirm dah tak muat ni.. macam mana????)
.
Thursday, July 19, 2012
Jom makan 'Kampung Boy'
Sejak minggu lepas dah terlihat iklan ni bila lalu kat hotel ni. Dan iklan ni memang menarik hati sebab dah biasa dengar kalau buffet makanan oversea. Barat lah maksudnya.. Memang dah biasa. Tapi untuk makanan kampung, tertanya-tanya juga apalah agaknya resepi juadah yang disediakan hotel tu. Apatah lagi harganya memang murah dan berbaloi untuk jenis 'buffet'. Boleh makan sampai tak larat..hehehe
Oleh kerana bulan puasa ni dah dekat sangat, dan memang takde masa nak menyinggah ke hotel tu, dalam hati memang terasa jer nak singgah.. Kebetulan kakak sakit sejak selasa. Muntah-muntah tak pandai berhenti. Sebenarnya perkara biasa, sebab kakak memang macam ni dari kecil. Salah makan tak boleh, minum susu pun tak boleh. Dapat tahu abahnya bagi dia minum kacang soya awal pagi isnin di sekolah. Soya, dia boleh minum, tapi tak boleh banyak. Rasanya sebab itulah. Dan seperti biasa bila dah muntah, dia akan muntah sampai habis makanan dalam perut.Berkali-kali sampai lemah. Minum air suam pun..blueekkkk..
So malam tu bawa dia ke kecemasan, doktor periksa dan bagi dia ubat.. Maka hari rabu (semalam), dia tak ke sekolah. Wah, peluang untuk merasa kampung boy.. (encik suami cakap kampung boy).. Resepi yang disediakan memang berbaloi. Untuk dewasa RM16.50 dan kanak-kanak RM9, adik free.. Nasi/nasi goreng/kuetiaw. Lauk, ada kambing masak kurma, sotong masak lada kering, kari ayam, ketam, pajeri nanas, tauhu rebung masak lemak.. Lepas tu ada gado-gado dan banyak lagi.. tak ingatlah nak senaraikan semua. Tak termasuk pilihan kek, puding dan aiskrim.. pergh.. 2 kali ambil dah kenyang.. :p
Oleh kerana kakak tak berapa sihat, dia makan aiskrim jer..
Wah, selamba makan resepi kampung boy, hari ni teringat lagi kat makanan tu.. Macam nak pergi lagilah kan.. Lagipun hari ni kakak dah sihat, walaupun dia masih belum sekolah... wee...kakak...jom.... Tapi memang dah tak sempat, sebab besok mama ada hal dengan nenek cina.. lepas raya kita pergi eh..?
@ Resepi kampung ni memang dapat sambutan yang menggalakkan. Haraplah lepas raya nanti ada lagi kan. Takde snap gambar makanan sebab hanya bawa ipad masa ni..
.
Tuesday, July 17, 2012
Mama, bila mula puasa?
Alhamdulillah, dah nak masuk bulan ramadan ni, inilah soalan yang selalu si kakak tanya.. Bila nak puasa, bila nak puasa. Dan oleh kerana abahnya salah tengok kalendar, tengok kalendar bulan islam Arab Saudi, asyiklah cakap, hari jumaat boleh mula puasa. Tapi petang semalam bila alin tengok balik, banding-bandingkan sebab ada peliknya disitu, barulah tahu si abah salah tengok kalendar rupanya. Puasa bermula sabtu ni..
Usia kakak adalah 8 tahun lebih, kira genaplah tahun ni dia 9 tahun. Big sister untuk si adik yang berusia 3 tahun, tahun ni, sama-sama lahir bulan 10. Dan dia mula berpuasa secara serius masa darjah 1. Ada pecah sehari sebab dia demam. Itupun hari-hari seterusnya ada demam sikit, alin suruh puasa. Dan bila masuk ke darjah dua, maknanya tahun lalu, puasanya penuh!! Ahamdulillah, hebat kamu kakak..Kurus semacam jer bila puasa, tapi memang tak banyak sangat karenah. Cuma bila puasa tu, dia tak aktif. Biasanya aktif tak reti duduk diam, bila puasa, ayu sopan jer kan :p
Untuk si adik, belum masanya lagi.. Tapi dia juga akan dilatih dalam masa beberapa tahun lagi. Best kalau semua orang kat rumah puasa kan.. Masa berbuka tu riuh semacam, macam ada sambutan jer..ekeke.. Dan inilah masanya untuk melihat juadah berwarna warni di bazaar ramadan. Awal lagi encik suami dah tanya, nanti nak berbuka dengan apa?? Biasalah, lagi best masak dan makan kat rumah. So, bolehlah berjimat tak payah membazir. Dan yang paling penting, perut pun kena jaga, takkan puasa tapi badan takde beza, kan?? huhu
Dengan tulus ikhlas dari alin, ucapkan selamat menyambut bulan ramadan.. Buat ibu dan isteri macam alin, marilah kita memainkan peranan menyediakan makanan bersahur dan berbuka yang paling sihat buat keluarga kita.. Semoga kita dapat berpuasa penuh tahun ni.. Insya-Allah..
@ Nanti kita intai kemeriahan bazaar ramadan di sekitar kawasan dekat rumah ;)
.
Subscribe to:
Posts (Atom)
