Lulu Pages

Terkini dari alin

Tuesday, April 23, 2013

Pengalaman menemui Datu seri Musa Aman


Military Community Volunteering Day (MCVD)
Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja
Kem Kukusan, Tawau
pada 6 - 7 April 2013
Mulai 8pagi ~ 5.30ptg

-Pameran peralatan/aset ketenteraan
-Tempur tanpa senjata ATM/Kawad senyap TLDM
-Persembahan Hiburan
-Cenderahati/Cabutan Tiket Bertuah


Salam pembaca..

Hari tu kebetulan bangun awal, keluar sarapan kat restoran, dan sebelum order sampai, sempat belek FB sekejap, terus terlihat event ni yang kebetulan tengah dibuat di Dewan Masyarakat Tawau. Masa tu memang tak rancang nak pergi mana-mana, hanya turun untuk sarapan. DSLR pun takde bawa, tapi ada iphone, so kira dah okey sangatlah tu.


Sampai kat kawasan ni dah dekat tengah hari.. Ampun itu bukan sarapan lagi dan macam makan tengah hari hehe.. Ramainya orang kat sini, panas terik tu dah tak diendahkan lagi. Satu hal yang alin perasan, polis dan tentera memang dah jadi artis, sejak kejadian di Lahad Datu dan Semporna. Mana-mana ada jer orang nak bergambar, tak ketinggalan keluarga kecik ni ^___^. Walaupun berpeluh, sana sini alin tengok senyum jer..hehe


Baru jer sampai, Datuk Seri Musa Aman sampai dengan rombongannya. Bukan main meriah. Sampai kakak pun hairan, dan tanya, siapa tu abah.. Kerana kedudukan kami yang jauh, memang susah nampak muka orang penting Sabah ni dari dekat. So bila dah round semua tempat, kita orang masuk balik bahagian pameran peralatan dan aset ketenteraan. Nak tengok senjata pun kena tunggu giliran. Ramai sangat orang. Tapi memang dapatlah.. Ambil gambar pun dapat. hehe.. Asyik berjalan, tak sedar Datuk Seri Musa Aman berdiri depan jer. Terus minta tolong dengan bodyguardnya, untuk beri kakak bergambar dengan Datuk tu.. hoho, selamba jer kan, terus alin snap guna iphone, bukan sekeping, dua keping gambar..



@ aktiviti yang tak dirancang itu biasanya lebih menyeronokkan..






.

Friday, April 19, 2013

Kakak dan pertandingan bola keranjang antara tahun 4

Kakak takde dalam gambar

Salam pembaca..

Hari tu, 3 hari berturut-turut, kakak ada pertandingan bola keranjang antara kelas tahun 4 dari hari rabu sampai hari jumaat. Habis saja kelas tambahan kat sekolah, dalam pukul 2.30 petang, semua berkumpul di gelanggan bola keranjang, dan awal-awal lagi dah ada jadual perlawanan.

Mulanya, bila dengar kakak ni ada pertandingan bola keranjang, nak tergelak pun ada. Yelah tak pernah main, tiba-tiba ada perlawanan. Sekolah cina ni memang aktif dengan sukan bola keranjangnya. Dan semua tu terbukti dengan himpunan banyaknya piala kemenangan di ruangan pameran depan dewan sekolah. Jadi, kiranya pertandingan kali ni, dibuat untuk mencari bakat-bakat baru yang bakal mengganti pemain-pemain ditahun 5 dan 6 dimasa akan datang. Patutlah selalu menang piala kan. Mencari pelapis, dibuat secara berterusan..

Hari pertama tu, alin dan encik suami dan tak senang duduk. Masa tu kan encik suami kerja, dan kebiasaannya sebelah petang, lepas kakak kelas tambahan, alin yang akan ambil. Tapi hari tu encik suami semangat nak kesekolah. Sama-sama nak tengok si kakak ni pandai main ke tak.. hehe.. Memang takde harapan langsung, yelah kan sebab tak pernah nampak dia main. Entah pandai ke tak.. Dan petang tu, bila kita orang duduk kat situ, memang nampak sangatlah, pelajar-pelajar tahun 4 ni takde basic langsung main bola keranjang. Mana jer ada bola, semua nak kejar.. hehe

Dan hari kedua alin tak ke sekolah. Encik suami pun lewat ambil kakak, dan siyes sangatlah terkejut bila dapat tahu yang kelas kakak dapat masuk sampai separuh akhir. Hehe, terus terbangga lak kan. Lagipun keseluruhan tahun 4 ada 8 kelas. So, kerana dah masuk sampai separuh akhir, kira kelas kakak antara 4 yang terbaiklah kan.. Terus semangat nak tengok di hari final, iaitu hari jumaat.

Petang jumaat tu, masa tengok mereka bermain, memang terkejut sangat. Sudah jauh sangat beza dengan hari pertama. Dan terus sedar yang cikgu-cikgu ni, buat perlawanan ni sambil mengajar pelajar bermain bola keranjang. Memang beza sangat. Takde dah semua nak kejar bola. Masing-masing dan tau part sendiri. Dan, yang buat happy sangat, kelas kakak dapat masuk sampai Final.. yeay.. Siapa sangka kan.. hoho

Masa pertandingan akhir tu, nampak sangat lawan kelas kakak ni hebat main. Ada ramai juga pelajar yang pandai main berbanding kelas kakak. Walaupun begitu, takdelah jauh sangat pointnya.. sikit jer, dan kira kelas kakak ni dapat naib johan. Nangis lak dia, sebab kecewa tak dapat jadi juara.. Ish, mama dan abah dah teruja sangat sebab, ini perlawanan bola keranjangnya yang pertama dan dia menang tempat kedua.. Kan hebat tu??? Masa post kat FB, semua orang ucap tahniah.. You make mama n abah proud, kakak... :)

Habis jer penyamapaian piala, cikgu bola keranjang tu terus pilih kakak, untuk menjalani latihan intensif bola keranjang disekolah, 2 kali seminggu. Insha Allah, kalau terpilih, bolehlah jadi wakil sekolah kan kakak...



@ Nampak sangat kakak dah dewasa :'(







.


Thursday, March 28, 2013

Bukit Quoin

Salam pembaca...

Unikkan nama tempat ni.. Bukit Quoin atau nama orang putihnya adalah Quoin Hill. Tak pasti sejarah dan asal usul nama tempat ni, tapi alin dan adik beradik dibesarkan disini. Tempat ni istimewa bagi kami, dan yang pasti pemandangannya sangat menakjubkan. Penempatan yang terletak di lereng kaki bukit, menjadikan kawasan ini agak sejuk dan berangin.

Dari sini boleh dilihat nun jauh disana pemandangan laut apas parit dan dari jalan raya pula boleh dilihat Smk Balung nun jauh disana...

Kami adik beradik sangat sebati dengan alam semulajadi disini. Masa kecil, sebutkan apa saja aktiviti, semua kami lakukan. Bermain layang-layang dibuat sendiri? Main kejar-kejar? Tangkap ikan kat sungai? Dan sebenarnya ada banyak lagi permainan kampung yang menjadi teman permainan kami ketika itu.

Indahnya masa tu, kita bebas berlari dimana sahaja tanpa ibu bapa rasa risau. Dan kami pernah juga panjat pokok jambu dan rambutan semata-mata gemarkan perasaan berada diatas pokok.

Tapi, bukan semuanya kenangan manis tercipta disini. Ada juga yang pahit dan sukar dilupakan. Kami kehilangan arwah abang dan papa. Walaupun tahun yang berbeza dan keduanya meninggal dihospital, kedua jenazah dimandikan di sini sebelum dibawa untuk disemadikan di tempat lain.

Sesungguhnya dengan keadaan semulajadinya yang memukau, ada tersimpan sesuatu yang tersemat didalam lipatan hati buat selamanya..


* Al fatihah buat arwah abang dan papa. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka.. Rindu sangat.. :(


.