Lulu pages

Terkini dari alin

Monday, February 25, 2013

Bila dia pergi dari sisiku

Hai pembaca..

Tiba-tiba minggu lepas, encik suami dapat panggilan, dia terpaksa ke Kota Kinabalu untuk menghadiri mesyuarat dan kurus selama 3 hari. Pada mulanya dia memang berat hati nak pergi, sebab ada bos lagi tinggi pangkat kat pejabat tu, rasanya memang lebih sesuailah bos tu yang pergi. Tapi kerana nama encik suami dah naik (tersenarai dalam surat), so memang tak boleh mengelak sudah, kena juga pergi. Lepas urus tiket, maka bermula hari ni sehingga hari rabu, encik suami akan berada jauh dari kami anak beranak.

Dapat tau jer dia nak pergi kursus, terus cakap hari khamis abah cuti eh. Kalau ikutkan, dia nak terus sambung ke hari jumaat. Tapi kebetulan ada CME, unit dia kena handle (giliran), cuti memang tidak sesuai.. Kebiasaan encik suami memang macam tu. Dia susah cuti. Alhamdulillah, selalu sihat juga. Jadi cuti hanya akan diambil bila dia balik dari kursus/mesyuarat dari tempat yang jauh, atau bila alin betul-betul minta dia cuti.

Hari ni, flight akan berlepas 3.15 petang. Jadi, lepas urus kakak lunch disekolah, dah terus sambung kelas tambahan, alin terus drive ke lapangan terbang pula. Sekarang kan tengah heboh mengenai hal kat Lahad Datu tu. Jadi, tak hairanlah kat mana-mana pun ada road block. Dalam perjalanan ke lapangan terbang, jammed teruk di batu 5 sebab ada road block dari kedua-dua arah. Dah berhari.. so dah biasa. Walaupun jammed, tapi takdelah lewat sangat. Dalam 20 minit dah boleh lepas.

Sepanjang pemergian encik suami, alin memang kena berdikari. Biasa pagi dah tugas encik suami hantar kakak sekolah, kalau takde kelas tambahan pun encik suami yang ambil. Sekarang ni, secara automatik, alin ambil alih semua. Urus kakak dan adik dan juga urus diri sendiri. Ngeri juga masa-masa macam ni duduk kat rumah tanpa orang lelaki :P . Tapi memang kena extra berhati-hati. Pastikan pintu semua kunci. Lepas masak matikan gas...bla-bla.. Hoh baru berapa jam encik suami takde, dah rasa rindu sangat dengan dia.. Rindu dia membebel.. ngeh ngeh.. Awal-awal pesan dengan encik suami, nak 'dunkin donut'.. Kat Tawau ni takde lagi. Hanya ada Big Apple.





* Love you :)






.

No comments: