Lulu pages

Terkini dari alin

Tuesday, February 19, 2013

Masa berkualiti bersama keluarga..

Salam pembaca..

Dalam kehidupan kita sehari-hari, memang masing-masing ada tanggungjawab, dan ada ketikanya kita rasa letih dan terleka untuk meluangkan masa bersama keluarga. Bagi alin, ianya dipanggil masa berkualiti bersama keluarga. Dalam keluarga kecil ni, hanya encik suami saja yang kerja. Dan setakat ni, hanya kakak saja yang sekolah. Bunyinya takdelah sibuk sangat pun. Tapi sebenarnya, selain encik suami kerja pada waktu pejabat, jadual sekolah kakak juga sangat padat. Isnin, rabu dan jumaat, selepas waktu sekolah, kakak ada tuisyen kat sekolah, dan baki hari selasa dan khamis, ada sesi mengaji selama 2-3 jam. So, isnin-jumaat, masa memang sangat padat. Dan bila isnin, rabu dan jumaat, kita orang akan 'berkampung' saja kat kantin sekolah, bawa makanan dan pastikan kakak makan sebelum dia memulakan tusiyen.

Sebelah malam pula, kakak memang tidur awal, dan jadual encik suami pula sangat padat - beriadah main badminton dengan kawan. Isnin lain team, selasa lain.. dan khamis lain. Rabu dia memang rehat. So, kalau ada rancangan nak jalan, rabu adalah hari yang paling sesuai, tapi tak boleh lewat sangat balik, sebab kakak perlu rehat untuk meneruskan jadual seterusnya dikeesokkan harinya.

Kalau difikir, alin memang banyak sangat duduk kat rumah. Dulu ada bincang juga dengan encik suami, teringin juga beriadah macam dia, bolehlah buang sikit lemak-lemak kat badan ni (walaupun encik suami cakap alin ni takdelah gemuk sangat untuk seorang ibu dengan dua anak). Tapi bila ada anak kecil, memang payahlah kita nak panjangkan kaki kan. Entahlah, tiba-tiba pada suatu hari, masa tu cuti, bosan jer duduk kat rumah, terus ajak encik suami cari gelanggang kosong, nak main badminton. Bernasib baik hari tu, dapatlah main kat kompleks sukan. Masa main tu, takde orang main pun kat dalam tu, yelah kan time cuti.. Wah selamba jer kakak dan adik lari sana lari sini. Dan nampaknya keadaan memang terkawal lah kan walaupun ada anak kecil.. Boleh tahan..hehe

So, bermula dari situ, memang dah sewa bulananlah satu gelanggang setiap hari jumaat, 2 jam main badminton dengan encik suami dan kakak.. Gilir-gilir. Dan bila dah jadi kebiasaan, ramai pula nak join. Tapi memang tak bolehlah kan.. Itulah masa berkualiti bersama keluarga kami.. Nanti kita cari hari lain eh kalau nak riadah bersama.

Selain dari itu, biasanya sabtu dan ahad pun ada masa berkualiti juga. Kadang-kadang bawa anak-anak ke children playground, atau ke pasar, tak kiralah kat rumah pun, masak dan makan bersama sambil berbual-bual dimeja makan, yang penting, semua tu nampak simple tapi mempunyai makna yang besar dalam kehidupan kekeluargaan...








.

No comments: