Lulu pages

Terkini dari alin

Saturday, April 8, 2017

Alamak biar betul filem animasi 'The Boss Baby' macam ni?




Salam pembaca..

Pagi tadi sekali lagi kami sekeluarga kembali ke TGV Vivacity Megamall Kuching, sebab dari minggu lepas lagi si adik ni nak tonton filem animasi The Boss Baby tu tapi sebab hari tu kami tonton filem Beauty And The Beast, terpaksalah tangguh nonton filem animasi ni ke minggu ni pulak.. Hari demi hari, adik dan kakak bertanya sebab tak sabar sangat nak tonton filem ni, tengok kat trailer filem pun dah tau filem ni best... Jadi, akhirnya tibalah harinya.. yeay 😍😍😍





Alamak, filem ni betul-betul...lucu..! Terkekeh-kekeh kami semua dalam panggung tu ketawa menyaksikan gelagat si baby yang super duper lucu dan bijak. Dipendekkan cerita filem ni memang ohsem sangat. Kakak dan adik pun enjoy. Agak pelik juga tengok watak baby tu berpakaian suit dan bawak briefcase kihkih.. Tapi keseluruhannya, memang rasa nak tengok lagilah filem ni.. πŸ˜™πŸ˜™ Nah sedikit sinopsis filem best dan kelakar ni..



Kehadiran seorang bayi yang tiba dihadapan rumah menaiki sebuah teksi, berpakaian suit dan membawa briefcase membuatkan rutin harian sebuah keluarga berubah 100%, dan satu-satunya anak dalam keluarga itu, Tim yang berusia 7 tahun terkejut apabila mengetahui rahsia bayi (The Boss Baby) tersebut sebenarnya merupakan seorang perisik dalam satu misi rahsia yang membabitkan perebutan kasih sayang dan perhatian ibu bapa terhadap bayi ataupun anak anjing. 




Korang, jom bawa anak-anak tonton filem ni, pasti tak rugi πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„




.

4 comments:

Lisa Nurulain said...

banyak wayang tak sempat tengok lagi :(

alin said...

Betul Lisa, ada banyak wayang best skrg ni, tpaksa pilih yg betul2 nak nonton sbb bajet hehe

Adam said...

Lambat lagi ke keluar kat astro. Malas nak ke panggong.

alin said...

huhu terpaksalah sabar menanti