Lulu pages

Terkini dari alin

Saturday, April 1, 2017

Kisah tonton filem Beauty And The Beast di TGV Cinemas VivaCity Megamall, Kuching


Hai pembaca..

Akhirnya.. kihkih.. akhirnya dapat juga tonton filem ni. Sejak ditangguhkan penayangannya, kita orang satu family memang tak sabar sangat nak tengok. Terutamanya si kakak sebab baru-baru ni dia dah mula layan filem Harry Portter yang ditayangkan berulang kali kat Astro, jadi dia dah mula minat watak-watak dalam filem tu terutamanya Emma Watson, yang jadi pelakon Belle dalam filem Beauty And The Beast ni. Emma Watson yang sudah beralih menjadi wanita dewasa 😍😍😍 lawa sangat, sesuai betul dengan watak Belle ni..





Jadi apa review dari kami sekeluarga? Filem ni memang tak asing lagi kan buat kita semua. Sudah ada banyak version yang dijadikan filem dan yang terkini ni, rasanya tidak keterlaluan jika alin cakap ianya jelas mempunyai keistimewaan tersendiri. Lawa betul Belle dalam cerita ni, dan si Beast juga yang so sweet walaupun dengan rupa 'hodoh' macam tu. Dan rasanya watak-watak sampingan dalam cerita ini juga tidak mengecewakan. Seperti biasa dalam filem ini sudah tentu terselit dengan banyak lagu dan tarian.. Tanpa sedar terhibur juga eh 😜😜😜


Apa pun, nasib baik kita orang pilih untuk tonton filem ni pada tayangan pertama hari sabtu, sebab ternyata memang ramai sangat orang. Tayangan seawal 10.30 pagi di TGV Cinemas VivaCity Megamall ni hampir penuh. Hall 1 tu 😲😲😲 boleh tahan.. Mesti tayangannya untuk masa-masa selepas ini lagi bikin penuh hall.. Nampak sangat filem-filem dengan genre begini tetap ada peminat tersendiri dan sambutan yang sangat menggalakkan. Alhamdulillah, tak ada juga unsur-unsur 'GAY' dalam filem ni seperti yang dihebohkan πŸ˜…πŸ˜…, kena berhati-hati juga sebab bawa anak-anak, kan.. Kesimpulannya, filem ni memang best, tak rugi tengok πŸ‘πŸ‘πŸ‘





.

No comments: