Salam pembaca..
Dek kerana perjalanan selama 16 jam pada hari sebelumnya [ENTRI SEBELUMNYA], kami bangun lewat pula subuh tu untuk bangun sahur. Huhu ruginya sebab hotel sediakan makanan yang sangat sedap untuk sahur pagi tu. Kami sempat juga sahur, dalam 15 minit saja. Kelam kabut makan masa tu. ๐๐ Tak sempat pun nak tambah, alhamdulillah sempat juga, tapi sebab tak puas makan makanan yang sedap-sedap tu sampai teringat-ingat sampai Tawau haha.. ๐ Balik ke bilik, kami rehat-rehat dalam bilik sebab masih terlalu awal untuk mulakan perjalanan.
Cantik hotel ni, warna warni ๐๐ |
Selesanya Hotel Purnama ni. Semalam masa sampai staff kat kaunter tu siap bagi kupon makan lebih satu dan masa tengok kami bawa satu bantal nak naik bilik (biasa bilik hotel kan 2 bantal saja), dia terus tawar akan hantar 2 bantal lagi. Bilik pun besar, selesa dan pemandangan luar dari bilik yang begitu mengagumkan. Untuk kakitangan awam ada special discount tapi kena bawa kad koranglah kan..
Masjid Limbang, sebelah hotel ni saja |
Nampak jelas Sungai Limbang |
Terbentang Sungai Limbang dan bandar Limbang. ๐๐๐ Bersebelahan dengan hotel ini adalah Masjid Limbang. Kedudukan hotel ni sangat strategik dan boleh dilihat dari jauh (sebab bangunan ni tinggi). Alin memang rekomen sangat hotel ni sebab bajet pun tak mahal, bawah RM150 pun boleh dapat bilik yang besar dan selesa. Dah tu, Hotel ni ada sediakan kawasan meletak kenderaan yang agak luas.
Tempat parking bawah |
Katil besar dan selesa |
Dan untuk pengetahuan, hotel ni 'bersambung' dengan shopping complex, yang menempatkan pelbagai gerai menjual pelbagai barang. Dan turun saja ke lobi hotel pun boleh nampak restoran nasi ayam dan Sugar Bun. Malah KFC pun tak jauh sangat dari hotel ni, boleh berjalan kaki keluar bangunan. Limbang ni kecil saja, dan pada perhatian alin ianya membangun disebabkan berada diantara laluan Sabah-Sarawak-Brunei. Dan nampak bakal semakin pesat membangun. ๐๐๐
yeay ada peti sejuk |
Perjalanan kami diteruskan ke Tawau yang mana kami ambil jalan Tenom dan Keningau terus ke Kalabakan. Apakah kisah keadaan Jalan Kalabakan ni sebab dah lama tak jalan last adalah tahun lepas sebelum ramadhan. Masa tu memang dah nampak banyak juga rosak. Lagipun adik alin dah pesan berhati-hati guna jalan ni disebabkan semakin banyak jalan yang rosak. Tapi itulah, bagi alin bila dia yang pakai Myvi pun boleh lalu, kereta lain mestilah senang saja juga kan. Dia pesan.. yang penting SLOW.. Hehe, jadi entri seterusnya adalah 'keadaan Jalan Kalabakan' hari ini.. Sampai jumpa lagi dalam entri seterusnya..
.
6 comments:
Assalamualaikum alin...Terima kasih sudi singgah bermalam di Limbang...Kalau alin nak merasa suasana tamu Limbang, boleh datang hari Khamis dan Jumaat. Cuma hari Jumaat, tamunya 'besar' sikit. Bukan kawasan berjual yang besar, cuma ramai orang Limbang dari ulu pedalaman akan datang berjual di pekan. Apalagi kalau musim buah. Memandang 29-30hb Julai ni, ada pesta Limbang diadakan secara dwitahunan, kira bergilir-gilir dengan Lawas.
Datang gik, boh jerak,k...
Waalaikumsalam sis. Terima kasih atas komen yang ditinggalkan. Dan juga buat info tersebut. Kami sukakan Limbang, orang2nya ramah dan mudah tersenyum. Sdh pasti kami akan singgah ke Limbang lagi ๐
sarawak mmg terkenal dengan batang..batang tu sungai kan hehe...waaa dapat mancing sungai tu mmg terbaik...macam river monster punya host
yalah sungai kat sini besar2 :)
Aissshhh... elum berkesempatan ke Limbang mahupun Sarawak lagi sejak sibuk dengan tugas2 nih... Boleh lah nanti planning & singgah Hotel limbang bila ke sana. Thanks share Alin..
Welcome Nieve :)
Post a Comment