Lulu Pages

Terkini dari alin

Thursday, June 13, 2013

Rancangan percutian yang mengejutkan. Lebih terkejut lagi apabila...



Salam pembaca.

Lama tak menulis, sebenarnya ada banyak cerita yang dikongsi.. Dan kita akan buat part by part, dan insha Allah, alin akan selesaikan semua mengikut peringkat..

Alkisah pada suatu hari, encik suami tiba-tiba buat cadangan yang mengejutkan. Selama ni dia tak pernah sampai ke kampung mami, di Pulau Bunyu (Indonesia), dan dia teringin sangat nak kesana. Untuk info, semuanya dah macam mimpi. Tiba-tiba buat cadangan, terus ambil keputusan bawa mami, beli tiket sebelum seminggu terbang dan keesokkannya terus buat pasport.. Fuh, memang macam tak sempat nak tarik nafas pun..hehe.. Dan walaupun tempoh perjalanan tu dah singkat sangat, tiket penerbangan MASWINGS dari Tawau ke Tarakan hanyalah RM80 pergi dan RM80 balik. yeay kira murah, berbanding adakalanya boleh mencapai RM100-RM200.. Memang murah sebab penerbangan ketika cuti sekolah. Dan alhamdulillah, semuanya dipermudahkan, buat pasport pun tak sampai sejam, dah pun siap untuk 4 orang (mami dah ada pasport).

Ya, mami memang berasal dari Indonesia. Masa remaja dulu, dia berhijrah ke Malaysia, dan kahwin dengan arwah papa.. Sekarang dah jadi orang sini. So, keluarga memang ramai juga disebelah sana. Ada di Pulau Bunyu (mami lahir disana), Tarakan, Tanjung Selor, Malang (owh sila tengok google untuk ketahui dimana tempat-tempat ini berada..) Di Pulau Bunyu ada Mak Tua (kakak mami) dan ramai sepupu..

Dan perjalanan yang hebat ini bakal menjadi hebat lagi sebab sebelum beberapa hari terbang lagi, kak kacil (sepupu) dah msg ingatkan tak payah bawa banyak barang, sebab percutian kami ni besar kemungkinan akan dibuat di tempat lain. Mula-mula destinasi adalah Tanjung Selor (ada banyak udang galah) dan Pulau Derawan. Tapi saat-saat akhir berubah. Dan Kak Kacil suruh pilih antara dua destinasi, samaada Jakarta ataupun Surabaya. Alasannya, Tanjung Selor dan Pulau Derawan tu dekat jer dengan Tawau. Bila-bila pun boleh pergi. Dengan masa yang singkat, owh ini semua macam betul-betul kejutan. Dan Kak Kacil cakap, ya...ongkos semua terserah kakak.. Percutian percuma dari tambang kapal terbang, hotel dan makan.. Untuk info, naik kapal terbang dari Tarakan ke Surabaya atau Jakarta adalah dalam 2 jam.

alin dan suami cepat-cepat cakap nanti sampai Tarakan baru bincang. Sebab wang yang bakal dibelanjakan bukanlah sedikit.. Terus jadi serba salah. lagipun ikut encik suami, dia nak bercuti di Pulau Bunyu saja...





@ Jom tunggu sambungan cerita ni :)







.


1 comment:

Shad said...

wah.. bestnya pergi bercuti... :)