Lulu Pages

Terkini dari alin

Tuesday, December 27, 2016

Meriahnya Boulevard Christmas in Balloon Fairyland and Mini Zoo di Boulevard Shopping Mall, Kuching



Salam pembaca..

Sepanjang cuti ni kebetulan memang kami tak balik kampung ataupun merancang percutian dimana-mana pun. Jadi kebetulan ada event kat Boulevard Shopping Mall, Kuching ni, maka kami pun singgah. 



Event ni bermula pada 10hb-26hb disember (sudah tamat sebenarnya masa entri ni di buat) dan khabarnya  ianya "Biggest Maze Made of Balloons" in Malaysia dan pecah rekod Malaysia Book Of Record. Wow teruja.





Untuk masuk, anda akan diberikan tiket berharga RM5 setiap satu yang akan melayakkan anda masuk ke dua bahagian.



Bahagian pertama merupakan satu kawasan yang terdapat belon-belon dibentuk pelbagai karekter kartun animasi.




Kagum betul kami tengok betapa kreatifnya belon-belon tu boleh digubah sedemian rupa. ๐Ÿ˜จ๐Ÿ˜จ Dan sudah pasti kami tak melepaskan peluang untuk mengabadikan gambar berlatarbelakangkan belon-belon pelbagai warna tu.








Di satu bahagian lagi, juga tidak kurang hebatnya, mini zoo. Pelbagai haiwan dibawa ke sini, dan jom tengok mana yang sempat alin gambar sebab masa tu ramai sangat orang, nak ambil gambar pun susah.. ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข







Walaupun ruangnya tidak terlalu besar, namun pengalaman ini memang sangat berharga. Kakak dan adik enjoy sangat. Dan kelihatan ramai kanak-kanak yang merupakan pengunjung disitu agak teruja.







Alhamdulillah, walaupun tidak bercuti ketempat lain, kat sini pun ada event best.. Tahniah Boulevard Shopping Mall, Kuching sebab mengadakan event best ini ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€




.

No comments: