Lulu Pages

Terkini dari alin

Thursday, March 28, 2013

Bukit Quoin

Salam pembaca...

Unikkan nama tempat ni.. Bukit Quoin atau nama orang putihnya adalah Quoin Hill. Tak pasti sejarah dan asal usul nama tempat ni, tapi alin dan adik beradik dibesarkan disini. Tempat ni istimewa bagi kami, dan yang pasti pemandangannya sangat menakjubkan. Penempatan yang terletak di lereng kaki bukit, menjadikan kawasan ini agak sejuk dan berangin.

Dari sini boleh dilihat nun jauh disana pemandangan laut apas parit dan dari jalan raya pula boleh dilihat Smk Balung nun jauh disana...

Kami adik beradik sangat sebati dengan alam semulajadi disini. Masa kecil, sebutkan apa saja aktiviti, semua kami lakukan. Bermain layang-layang dibuat sendiri? Main kejar-kejar? Tangkap ikan kat sungai? Dan sebenarnya ada banyak lagi permainan kampung yang menjadi teman permainan kami ketika itu.

Indahnya masa tu, kita bebas berlari dimana sahaja tanpa ibu bapa rasa risau. Dan kami pernah juga panjat pokok jambu dan rambutan semata-mata gemarkan perasaan berada diatas pokok.

Tapi, bukan semuanya kenangan manis tercipta disini. Ada juga yang pahit dan sukar dilupakan. Kami kehilangan arwah abang dan papa. Walaupun tahun yang berbeza dan keduanya meninggal dihospital, kedua jenazah dimandikan di sini sebelum dibawa untuk disemadikan di tempat lain.

Sesungguhnya dengan keadaan semulajadinya yang memukau, ada tersimpan sesuatu yang tersemat didalam lipatan hati buat selamanya..


* Al fatihah buat arwah abang dan papa. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka.. Rindu sangat.. :(


.

No comments: