Lulu pages

Terkini dari alin

Friday, October 18, 2013

Dari Tawau ke Kota Kinabalu, melalui Jalan Kalabakan-Sepulot


Salam pembaca..

Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ni, perjalanan ke Kota Kinabalu kami kali ini akan melalui jalan baru. Jalan Kalabakan-Sepulot. Awal pagi, dalam 5.30 selamba saja bangun dan bersiap. Untuk makluman, baju memang dah siap packing awal sejak beberapa hari yang lepas sebab teruja sangat nak jalan..hehe.. Biasanya kalau melalui jalan lama, memang 4.30 pagi dah jalan dari rumah. Dalam pukul 2-3 petang sampailah KK. Memang jauh sampai kematu punggung rasanya. Tapi kali ni memang jauh berbeza sangat, lagipun ramai juga yang cakap, melalui perjalanan ni, hanya mengambil masa dalam 5-6 jam. Bergantung pada jenis kenderaan yang dipakai.


Masa gerak dari rumah, sempat lagi singgah kat tepi jalan kampung Muhibbah, beli sarapan. Selama ni sangka makanan yang jual kat situ mahal. Rupa-rupanya murah. Lepas tu ada banyak pilihan. Nasi lemak, nasi kuning, mee goreng, mee hoon dan pelbagai jenis kuih muih. Memang terbaeklah kan.. Terus rambang mata kat situ. Nasib baik mengenangkan nak jalan jauh, tak biasa makan minum banyak sebab perut akan meragam, terus tak jadi beli banyak.

Memulakan perjalanan, memang kali ni tak mengantuk. Biasanya guna jalan lama, dah macam pancing ikan.. muahaha, mata tu selamba saja nak terlelap. Tapi kali ni celik saja, mungkin sebab teruja dan ada rasa was-was sebab jalan tu memang asing bagi kami dan kebanyakan jalan memang takde papan tanda. Tapi rakan-rakan yang dah ada pengalaman melalui jalan ni memang cakap, jalan saja terus... terus... hehe


Sepanjang perjalanan memang enjoy sebab tak banyak kereta. Dan yang paling istimewanya, kita akan melalui Maliau Basin. Kami singgah sebentar di sini, terus ambik sarapan, makanan yang dibeli tadi, sambil menikmati keindahan semulajadi. Memang sunyi sangat kat sini.. Yelah kan hutan simpan. Kereta pun tak banyak yang lalu. Encik suami sempat lagi 'berkenalan' dengan orang kat pondok jaga Maliau Basin tu.. Asyik dia bercerita hehe.. Lepas makan, dan bergambar, kami meneruskan perjalanan.  Pada mulanya, memang dalam hati teringat dengan keindahan gunung kinabalu, sebab melalui jalan ni, memang tak lalu Ranau dan takkan nampak gunung tu. Terus boleh bayangkan pemandangan kat jalan ni mesti tak cantik dan membosankan.. Tapi siyes, anggapan itu salah sebab jalan ni juga ada keistimewaan tersendiri. Kalau nak tau keistimewaanya, kena baca entri seterusnya..


Tak sempatlah nak rasa kematu punggung, yeay dah sampai kk.. Terus masuk hotel check-in, kita orang tinggal kat Tang Dynasty, sebab kakitangan awam kan ada diskaun kat situ :)





.

4 comments:

masrul tm said...

semua jalan da ok? tak ada lagi jalan yang grabel/rosak...?

cili kulai said...

Bukan bahaya ka? Banyaknya lori balak di situ tu..
http://zipahsasuke.blogspot.com

alin said...

untuk pengetahuan, masa saya dan keluarga menggunakan jln ni kami hanya menaiki kereta sedan. ya, memang selamat. Dan berita terkini, jalan yang rosak, sdh tidak sepanjang seperti yang kami lalui ketika itu..

Zuriani Abdullah said...

salam... ade ape2 update tak jalan nk ke kk ni?