Lulu Pages

Terkini dari alin

Saturday, October 12, 2013

Merancang perjalanan, detinasi yang biasa namun perjalanan yang berbeza



Salam pembaca..

Memang sudah bersedia sejak beberapa bulan, sebab dalam bulan oktober memang biasanya encik suami akan menghadiri temuduga. Sejak tamat pengajian 2010, surat temuduga dari SPA memang selalu ditunggu-tunggu. Sudah berapa kali temuduga, kita orang memang dah sedia fizikal dan mental, yang penting berusaha dan selebihnya tawakal, biarlah Allah yang menentukan. Setakat ni memang belum ada rezeki lagi, tapi itu bukannya alasan untuk mengalahkan :)

Dan bila menerima surat temuduga yang akan diadakan di Kota Kinabalu, keluarga kecil ni terus teruja, namun kerana 2 hari selepas temuduga, ada pula pertandingan badminton (terus sekali pemilihan untuk wakil sukan kesihatan), impian untuk terus nak ke Labuan nampaknya tergendala lagi.. huhu, teringin sangat nak kesana sebab belum pernah sampai lagi.

Dan yang lebih mengujakan, perjalanan yang bakal kami tempuh akan menggunakan jalan baru. Biasanya melalui jalan Tawau-Lahad Datu-Sandakan-Ranau-Kota Kinabalu.. Dan kami bakal menggunakan jalan Kalabakan-Sepulot. Dah banyak sangat cerita mengenai jalan ni yang kami dengar. Dan bila google pun takde banyak sangat cerita mengenainya, terutama yang terkini. Memang dalam kepala risau juga, sebab kebanyakan negatif, dan kita orang hanya akan guna salon car, memandangkan bukan semua jalan tu berturap, ianya akan menjadikan perjalanan yang sangat-sangat mencabar sementelah kat sana kebanyakan kawasan takde line phone, takde stesen minyak dan kedai/workshop incase kalau-kalau kereta rosak ke apa kan.

Untuk info, kami memang dah biasa ke Kota Kinabalu menaiki kenderaan sendiri. Sebelum ni pernah naik kenari. Dan paling mencabar adalah menaiki kelisa. Comel saja kereta kecik tu kalau memotong kenderaan-kenderaan besar seperti bas dan lori. hehe, tapi itu semua menggunakan jalan lama yang tempoh perjalanannya memakan masa selama 8-12 jam, tengok cuaca dan kesesakkanlah kan. Kalau lambat sikit jalan, matahari dah naik, memang banyaklah lori kat jalan tu, susah nak laju..

Tapi alin dan encik suami sebulat suara akan tetap menggunakan jalan ni. Kira kami memang sahut cabaran menggunakan jalan yang sangat asing bagi kami ni. Signboard jalan pun belum lengkap okeh. WAZE? Kalaulah ada line hehe. Tapi kita orang berlagak cool saja.. Sebelum jalan memang sudah niat dalam hati, nak ambil banyak gambar, dan akan buat satu entri terbaik untuk jalan Kalabakan-Sepulot, agar dapat dijadikan panduan pada sesiapa yang bakal menggunakan jalan ini buat pertama kalinya.. yeay, saya memang seorang blogger, hehe..





@ So, kita jumpa di entri seterusnya.. entri banyak gambar......




.

No comments: