Lulu pages

Terkini dari alin

Tuesday, June 28, 2016

Restoran Sri Pantai, destinasi mee tauhu yang paling terkenal di Tawau

Salam pembaca..




Jika anda sedia maklum,ya benar Tawau merupakan syurga makanan laut.. Dan bagi alin makanan-makanan yang ada di Tawau jauh lebih murah dan fresh berbanding di tempat lain (sudah berada di Kuching ni baru tau.. Huhu). Jadi sepanjang berada di luar Tawau kami selalu merindui makanan-makanan yang berada di Tawau macam makanan laut fresh, sayur-sayuran yang murah dan kuantitinya banyak, juga hidangan-hidangan makanan yang sukar didapati di tempat lain.




Selalunya kalau balik ketika musim perayaan terutama menjelang hari raya aidilfitri kita orang memang tak berkesempatan langsung nak makan mee tauhu.. Hehe apakah agaknya rupanya mee tauhu tu? Tadaa.. Mee kering ni susah nak dapat kat tempat lain, terutama yang sama rasa begini. Jadi kalau nak rasa yang betul-batul sedap, nah hanya di Tawau okey. Untuk yang berkunjung ke Tawau, selain daripada nasi kuning, mee tauhu juga sangat popular dan makanan kebiasaan kami disini ketika sarapan. Selain harganya yang murah dan sedap, ianya juga mengenyangkan.


Monday, June 20, 2016

Apa yang menarik di pasar Takada Tawau?

Salam pembaca.



Kebetulan balik Tawau yang sepatutnya hari sabtu nak jalan dan sampai lewat petang ahad, rasanya memang tak sempatlah nak ke pasar Takada yang terletak di Takada, Tawau (berdekatan dengan Hotel Promenade - Eastern Plaza) yang hanya dibuat pada pagi ahad sehingga ke tengah hari. Jadi kami awalkan perjalanan iaitu pada hari jumaat dan sampai tawau lewat petang sabtu. Jadi, awal pagi ahad tu kami pun bersiap dan menuju ke pasar Takada. Teruja sangat sebab dah lama betul tak ke mari.


Jadi apa yang menariknya di pasar Takada yang hanya dibuat pada hari ahad ni?

1. Menghimpun kan pelbagai penjual dari kampung mahupun yang dah ada kedai untuk berjaja di sepanjang jalan Takada.
2. Terdapat pelbagai barang dan jualan seperti sayur-sayuran, makanan laut macam ikan, udang, sotong, ketam, kerang dan ikan masin, ada juga baju atau beg bundle, makanan-makanan pelbagai jenis, haiwan peliharaan seperti ayam, ikan emas dan kucing dan ada banyak lagi. Sampai tak terjangka tau..


Wednesday, June 15, 2016

Perkembangan projek jalan raya Pan Borneo - Perjalanan dari Kuching, Sarawak ke Tawau Sabah 2

Salam Pembaca..


Menerusi entri ini Perkembangan projek jalan raya Pan Borneo - Perjalanan dari Kuching, Sarawak ke Tawau Sabah 1, perjalanan kami teruskan seawal sebelum pos kawalan sungai tujuh buka lagi iaitu jam 6 pagi. Sangkaan kami masih terlalu awal meleset apabila melihat dereta kereta yang menunggu untuk keluar Miri. Disebabkan masa ni kebetulan bakal cuti kaamatan di Sabah, bakal cuti gawai di Sarawak dan terutama cuti sekolah selama 2 minggu sudah pun bermula, agak ramai juga yang akan keluar dan masuk sempadan.



Encik suami sempat berkenalan dengan seorang abang dari Sibu yang akan ke Limbang bercuti dan 2 kereta dengan keluarga masing-masing yang akan ke Kota Kinabalu dan Kota Belud. Juga untuk bercuti. Disebabkan jalan masuk dalam Brunei tu dah ingat-ingat lupa, abang dari Limbang ni tawarkan diri untuk guide dan akhirnya, kami semua dengan 4 kereta mula bergerak bersama masuk ke dalam negara Brunei. Ditakdirkan konvoi pula hehe walaupun sebenarnya jalan solo saja sebelum ni. Sampai Limbang abang tu pun gerak dulu, dan kini 2 kereta tu nak kitaorang guide pula sampai Sindumin (keluar Lawas). Walaupun dah ingat-ingat lupa, alin on waze sepanjang jalan agar kami tak tersasar dan ikut jalan yang betul.


Friday, June 10, 2016

Hotel Blueberry Inn Miri, sebuah hotel yang selesa untuk yang ingin transit sebelum ke Brunei


Salam Pembaca


Melalui entri sebelum ni 'Perkembangan projek jalan raya Pan Borneo - Perjalanan dari Kuching, Sarawak ke Tawau Sabah 1' alin ada cakap mengenai hotel tempat kami bermalam di Miri.  Untuk pengetahuan hotel ni adalah hotel yang biasa-biasa sahaja tapi memang recommended sangat buat sesiapa yang merancang untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan dari Miri ke Brunei atau Brunei ke Miri.






Hotel Blueberry Inn Miri ini terletak di Bandar Baru PermyJaya yang letaknya tidak jauh dari Kompleks Imigresen Sungai Tujuh Malaysia dan Brunei. Hotel ini berharga serendah bawah RM100, dan bawah hotel ni ada banyak restoran, tapi rata-rata tak halal, ada kedai runcit, 7 eleven, AVON dan kedai dobi layan diri. Dan tak jauh dari tempat ni ada pasaraya GIANT juga.Untuk info, tempahan juga boleh dibuat melalui Agoda ataupun melalui online.

Terletak ditingkat atas, anda perlu menaiki tangga yang bersebelahan dengan kedai Avon tu. Walaupun hotel ini bajet rendah, anda pasti akan terkejut dengan kebersihannya. Untuk yang memandu kereta, bolehlah meletakkan kenderaan anda di tempat parkir depan kedai tu dan jangan risau, kawasan ni memang selamat.



.


Thursday, June 9, 2016

Matte Lipstick khas buat siapa yang ingin tampil natural dan sesuai dengan apa saja majlis

Salam pembaca..



Bagi wanita terutama yang sudah mendirikan rumahtangga dan memiliki anak-anak kecil memang agak sukar untuk mengenakan lipstick yang berkilat atau berminyak takut pula terkena anak dan agak cerewet juga penjagaannya. Ada beberapa tips agar lipstik tahan lama dan tidak mudah pudar. Iaitu dengan cara menggunakan matte lipstick. Jenis lipstik yang satu ini memang amat diminati oleh para wanita kerana dapat tahan lebih lama berbanding jenis lipstick lainnya. Teksturnya yang kering dapat membuat jenis lipstik yang satu ini sukar pudar dan luntur.

Bagi alin, lebih selesa mengenakan matte lipstick yang tidak dinafikan, kita akan tampil lebih natural. Dah encik suami pun selalu ingatkan, warna-warna macam matte lipstick ni lebih sedap mata memandang hehe.. Dengan matte lipstick juga amat sesuai dengan penampilan dalam apa saja majlis yang alin hadiri. Tak perlu nak pening-peningkan kepala nak fikir mengenai lipstick yang sesuai dengan warna bajulah, warna tudung ataupun warna beg. Masa untuk bersiap memang singkatlah hehe.



Nah dibawah ni adalah tips untuk anda mengenakan matte lipstick.. 

1. Sebelum anda menyapu lipstick tersebut pada bibir anda, pastikan anda menggunakan skrub bibir terlebih dahulu untuk membuang sel-sel mati dan menjadikan permukaan bibir anda lebih lembut. Ini adalah bertujuan untuk
2. Kedua, sapukan lip balm terlebih dahulu pada permukaan bibir anda. Penggunaan lip balm ini adalah untuk merawat dan melembapkan bibir anda.
3. Kemudian, gunakan pensel bibir untuk membuat garisan pada kedua-dua bahagian bibir anda. Gunakan warna pensel bibir yang lebih terang daripada warna lipstick mendapatkan sapuan lipstick yang rata. balm ini adalah untuk merawat dan melembapkan bibir anda. anda.
4. Seterusnya, sapukan lipstick dengan rata pada kedua-dua bibir anda dan pastikan ia
5. Selepas sapuan yang pertama, ambil tisu dan tekapkan pada bahagian bibir anda.
6. Selepas itu, anda haruslah melalukan sapuan lipstick yang kedua dan sama seperti tidak disapu dengan terlalu tebal. Kemudian, sapukan bedak pada bahagian bibir secara menyeluruh. dengan sapuan yang pertama, pastikan ia tidak terlalu tebal.



.

Monday, June 6, 2016

Perkembangan projek jalan raya Pan Borneo - Perjalanan dari Kuching, Sarawak ke Tawau Sabah 1

Salam pembaca..






Sejak tinggal kat Sarawak ni taun 2014, barulah kali ni ambil keputusan untuk mengulangi perjalanan jauh menaiki kereta dari Kuching ke Tawau. Ya, menaiki kereta.. Dengan kereta proton saga. Pada mulanya rancang nak balik hujung tahun, cuti sekolah masa tu. Tiba-tiba masa duduk minum kat satu restoran ni nampak kalender dan perasan ada cuti yang panjang bulan 5 dan 6 ni. Selain cuti sekolah selama 2 minggu, cuti kaamatan dan cuti gawai pun disambut buat rakyat sabah dan sarawak dalam tempoh tu. So, untuk encik suami, boleh save cuti kan.

Jadi dengan nekadnya, kita orang mulai merancang percutian mencabar ni dengan sebaik mungkin dalam masa yang singkat tanpa pengetahuan keluarga kat Tawau. Hehe memang terbaiklah kononnya surprise ni padahal masa sampai kat sana kami yang surprise sebab semua orang tak ada kat Tawau dan pergi bercuti diluar daerah haha.. Ini bukannya perjalanan jauh buat kereta saga kami. Ya sungguh pun 'dia' hanyalah sebuah kereta saga, tapi dia memang dah banyak melakukan perjalanan seluruh sabah dan sarawak.

Dan perjalanan kami bermula awal pagi, masa tu masih gelap lagi. Perjalanan dari Kuching ni agak selesa memandangkan keadaan jalan raya dari Kuching ke Serian kebanyakannya jalan highway (jalan 2 hala). Tapi selepas Serian ke Sri Aman jalan raya jadi sehala. Tapi menariknya, jalan raya disini ada kawasan-kawasan yang memang sedia ada jalan khas untuk memotong walaupun jalan raya tu tidak berbukit.



Dan setibanya di Sibu, ada satu bandar baru sebab rasanya sebelum ni masa datang kuching 2014 dulu tak perasan pun bandar ni ada. Wow, macam-macam ada kat sini. Di namakan Sibu Jaya, kami memang betul-betul terpegun dengan bandar yang lengkap dengan segala-galanya ni. Rasanya disebabkan lapangan terbang Sibu memang tak jauh dari sini. Kami singgah di sini untuk makan tengah hari. Hah KFC dia memang besar dan selesa. Selepas makan tengah hari singgah di stesen minyak berdekatan untuk top up minyak dan meneruskan perjalanan.



Dekat Bintulu pun jalan 2 hala, wow memang best. Dan untuk pengetahuan buat yang belum tahu, ada 2 perjalanan dari Bintulu ke Miri / Miri ke Bintulu. Iaitu jalan lama dan jalan coastal Bintulu. Bila alin waze, jalan yang lebih dekat ialah Jalan Coastal Bintulu iaitu mengambil masa selama 2 jam 30 minit berbanding jalan lama selama 3 jam 18 minit. Setakat ni, perjalanan boleh dikatakan agak baik. Untuk projek Pan Borneo di area ni tak adalah nampak sangat. Ada sedikit-sedikit kawasan boleh tengok tanah sebelah jalan mulai dibersihkan. Agaknya untuk projek ini. Ada juga jalan yang memang sudah dinaik taraf menjadi 2 hala. Dan ada juga jalan yang beralun (uneven road) iaitu area Bintulu ke Miri yang mungkin juga disebabkan oleh aktiviti perindustrian di Bandar Bintulu yang mana kebanyakan pengguna jalan raya adalah lori-lori dan tanker..

Kami tiba di Miri lebih kurang pada 5 petang dan sempat singgah di Miri Luak Esplanade. Cantiknya pantai disini walaupun ketika sampai tak ramai sangat pengunjung. Masa tu matahari pun dah nak terbenam. Subhanallah tempat ni memang berbaloi melepas lelah seharian dalam perjalanan. Dan menariknya kisah hotel di Miri tempat kami bermalam. Kita sambung perjalanan seterusnya mengenai hotel tersebut dan perjalanan ke Tawau dalam entri seterusnya..





.