Lulu Pages

Terkini dari alin

Monday, June 20, 2016

Apa yang menarik di pasar Takada Tawau?

Salam pembaca.



Kebetulan balik Tawau yang sepatutnya hari sabtu nak jalan dan sampai lewat petang ahad, rasanya memang tak sempatlah nak ke pasar Takada yang terletak di Takada, Tawau (berdekatan dengan Hotel Promenade - Eastern Plaza) yang hanya dibuat pada pagi ahad sehingga ke tengah hari. Jadi kami awalkan perjalanan iaitu pada hari jumaat dan sampai tawau lewat petang sabtu. Jadi, awal pagi ahad tu kami pun bersiap dan menuju ke pasar Takada. Teruja sangat sebab dah lama betul tak ke mari.


Jadi apa yang menariknya di pasar Takada yang hanya dibuat pada hari ahad ni?

1. Menghimpun kan pelbagai penjual dari kampung mahupun yang dah ada kedai untuk berjaja di sepanjang jalan Takada.
2. Terdapat pelbagai barang dan jualan seperti sayur-sayuran, makanan laut macam ikan, udang, sotong, ketam, kerang dan ikan masin, ada juga baju atau beg bundle, makanan-makanan pelbagai jenis, haiwan peliharaan seperti ayam, ikan emas dan kucing dan ada banyak lagi. Sampai tak terjangka tau..






3. Harga yang jauh lagi rendah berbanding ditempat lain
4. Sayur-sayuran dan makanan laut yang fresh dan tidak perlu ragui kualitinya



5. Tempat yang akan menjadi satu-satunya tempat untuk korang berjumpa rakan dan keluarga sebab tempat ini memang jadi tumpuan kepada semua warga Tawau di pagi ahad.



Dalam diam, alin ada tangkap gambar curi-curi untuk korang bayangkan betapa 'happening' nya tempat ni..



Untuk yang berkunjung ke Tawau dan ingin dapatkan barang-barang yang ingin dibawa balik dengan harga yang jauh lebih murah, boleh berkunjung ke pasar Takada yang hanya dibuat sekali seminggu iaitu pagi ahad dan akan berakhir menjelang tengah hari.




Dapat pergi lebih awal lagi baik tau sebab jualan yang terbaik dan termurah memang cepat habis hehe..




.

No comments: