Lulu Pages

Terkini dari alin

Monday, June 6, 2016

Perkembangan projek jalan raya Pan Borneo - Perjalanan dari Kuching, Sarawak ke Tawau Sabah 1

Salam pembaca..






Sejak tinggal kat Sarawak ni taun 2014, barulah kali ni ambil keputusan untuk mengulangi perjalanan jauh menaiki kereta dari Kuching ke Tawau. Ya, menaiki kereta.. Dengan kereta proton saga. Pada mulanya rancang nak balik hujung tahun, cuti sekolah masa tu. Tiba-tiba masa duduk minum kat satu restoran ni nampak kalender dan perasan ada cuti yang panjang bulan 5 dan 6 ni. Selain cuti sekolah selama 2 minggu, cuti kaamatan dan cuti gawai pun disambut buat rakyat sabah dan sarawak dalam tempoh tu. So, untuk encik suami, boleh save cuti kan.

Jadi dengan nekadnya, kita orang mulai merancang percutian mencabar ni dengan sebaik mungkin dalam masa yang singkat tanpa pengetahuan keluarga kat Tawau. Hehe memang terbaiklah kononnya surprise ni padahal masa sampai kat sana kami yang surprise sebab semua orang tak ada kat Tawau dan pergi bercuti diluar daerah haha.. Ini bukannya perjalanan jauh buat kereta saga kami. Ya sungguh pun 'dia' hanyalah sebuah kereta saga, tapi dia memang dah banyak melakukan perjalanan seluruh sabah dan sarawak.

Dan perjalanan kami bermula awal pagi, masa tu masih gelap lagi. Perjalanan dari Kuching ni agak selesa memandangkan keadaan jalan raya dari Kuching ke Serian kebanyakannya jalan highway (jalan 2 hala). Tapi selepas Serian ke Sri Aman jalan raya jadi sehala. Tapi menariknya, jalan raya disini ada kawasan-kawasan yang memang sedia ada jalan khas untuk memotong walaupun jalan raya tu tidak berbukit.



Dan setibanya di Sibu, ada satu bandar baru sebab rasanya sebelum ni masa datang kuching 2014 dulu tak perasan pun bandar ni ada. Wow, macam-macam ada kat sini. Di namakan Sibu Jaya, kami memang betul-betul terpegun dengan bandar yang lengkap dengan segala-galanya ni. Rasanya disebabkan lapangan terbang Sibu memang tak jauh dari sini. Kami singgah di sini untuk makan tengah hari. Hah KFC dia memang besar dan selesa. Selepas makan tengah hari singgah di stesen minyak berdekatan untuk top up minyak dan meneruskan perjalanan.



Dekat Bintulu pun jalan 2 hala, wow memang best. Dan untuk pengetahuan buat yang belum tahu, ada 2 perjalanan dari Bintulu ke Miri / Miri ke Bintulu. Iaitu jalan lama dan jalan coastal Bintulu. Bila alin waze, jalan yang lebih dekat ialah Jalan Coastal Bintulu iaitu mengambil masa selama 2 jam 30 minit berbanding jalan lama selama 3 jam 18 minit. Setakat ni, perjalanan boleh dikatakan agak baik. Untuk projek Pan Borneo di area ni tak adalah nampak sangat. Ada sedikit-sedikit kawasan boleh tengok tanah sebelah jalan mulai dibersihkan. Agaknya untuk projek ini. Ada juga jalan yang memang sudah dinaik taraf menjadi 2 hala. Dan ada juga jalan yang beralun (uneven road) iaitu area Bintulu ke Miri yang mungkin juga disebabkan oleh aktiviti perindustrian di Bandar Bintulu yang mana kebanyakan pengguna jalan raya adalah lori-lori dan tanker..

Kami tiba di Miri lebih kurang pada 5 petang dan sempat singgah di Miri Luak Esplanade. Cantiknya pantai disini walaupun ketika sampai tak ramai sangat pengunjung. Masa tu matahari pun dah nak terbenam. Subhanallah tempat ni memang berbaloi melepas lelah seharian dalam perjalanan. Dan menariknya kisah hotel di Miri tempat kami bermalam. Kita sambung perjalanan seterusnya mengenai hotel tersebut dan perjalanan ke Tawau dalam entri seterusnya..





.

No comments: