Lulu pages

Terkini dari alin

Wednesday, June 15, 2016

Perkembangan projek jalan raya Pan Borneo - Perjalanan dari Kuching, Sarawak ke Tawau Sabah 2

Salam Pembaca..


Menerusi entri ini Perkembangan projek jalan raya Pan Borneo - Perjalanan dari Kuching, Sarawak ke Tawau Sabah 1, perjalanan kami teruskan seawal sebelum pos kawalan sungai tujuh buka lagi iaitu jam 6 pagi. Sangkaan kami masih terlalu awal meleset apabila melihat dereta kereta yang menunggu untuk keluar Miri. Disebabkan masa ni kebetulan bakal cuti kaamatan di Sabah, bakal cuti gawai di Sarawak dan terutama cuti sekolah selama 2 minggu sudah pun bermula, agak ramai juga yang akan keluar dan masuk sempadan.



Encik suami sempat berkenalan dengan seorang abang dari Sibu yang akan ke Limbang bercuti dan 2 kereta dengan keluarga masing-masing yang akan ke Kota Kinabalu dan Kota Belud. Juga untuk bercuti. Disebabkan jalan masuk dalam Brunei tu dah ingat-ingat lupa, abang dari Limbang ni tawarkan diri untuk guide dan akhirnya, kami semua dengan 4 kereta mula bergerak bersama masuk ke dalam negara Brunei. Ditakdirkan konvoi pula hehe walaupun sebenarnya jalan solo saja sebelum ni. Sampai Limbang abang tu pun gerak dulu, dan kini 2 kereta tu nak kitaorang guide pula sampai Sindumin (keluar Lawas). Walaupun dah ingat-ingat lupa, alin on waze sepanjang jalan agar kami tak tersasar dan ikut jalan yang betul.





Di Lawas, nampak sangat projek jalan raya Pan Borneo ni dah bermula. Boleh nampak bukit mulai dipotong untuk pembesaran jalan dan sebahagian jalan juga sudah mulai jadi highway. Wah bestnya.



Sampai di Pos Imigresen Merapok/Sindumin, kami pun berpisah sebab kami akan meneruskan perjalanan dari Jalan Tenom-Keningau. Sempat singgah makan tengah hari di pekan Tenom.



Dan terus ke jalan Kalabakan. Pergh perjalanan yang sangat jauh dan tiba di Tawau dalam pukul 8 lebih. Letih sangat, tapi kami terus singgah di Yassin Curry House untuk makan nasi Briyani Kambing yang dirindui hehe..



Kita sambung dalam entri seterusnya.. .



.

No comments: