Lulu Pages

Terkini dari alin

Monday, May 7, 2012

Sepetang di Kompleks sukan


Aktiviti yang sering dilakukan oleh encik suami.
Selalunya 3-4 kali dia akan bermain badminton. Itu tak kira lagi main futsal dan bola padang.
encik suami memang aktif orangnya.. Kira memang agak berbeza dengan alin yang lebih suka menonton saja. Sebelum kahwin dah sering duduk tepi padang jadi 'pompom girl'.. ngee, takdelah.. Sebenarnya, dah jadi kebiasaan macam tu. Duduk tepi menonton dengan tekun sehingga habis game.


Kira, kawan-kawan encik suami dah biasa dengan kehadiran alin setiap kali ada game.
Bila dah ada anak 2, kakak dan adik, mereka akan turut sama  'memeriahkan' tempat tu..
Gila... Lari sana, lari sini, tak tahu duduk diam.. Dah serupa anak lelaki.. huhu...
Bila alin tak ikut, kakak akan jadi gantinya.



Dan ahad yang lepas, mari ke kompleks sukan, sebab encik suami akan 'berentap' selama 2 jam disitu dengan 3 orang rakan yang lain.. Baguslah, kali ni dia rasa puas main. 2 jam tanpa henti..
Biasanya lepas main, tak kira badminton, bola ataupun futsal, mesti urut-urut lutut..
Itulah jadinya bila aktif dari kecil-remaja-dewasa..
Lutut dah 'buruk'... (:p encik suami)





@ sebagai isteri atau kekasih, adakah korang juga melakukan hal yang sama?





.

13 comments:

rzahira said...

en suami saya suka main futsal. kalo seminggu tak dpt main muka mcm nak demam je :)

Nini D.. said...

tak biasa ke kompleks sukan tapi selalu menemani suami ke tepi sungai memancing

Unknown said...

dulu sebelum ada anak g memana pun kene teman....g jamming, futsal, badminton and even pegi gathering pun kene folo...sekarang anak2 kecik lagi susah sikit nak ikut sebab kesian tgk baby terganggu timing tido dia..kene tgg besar sikit la nampaknya...

*anyway, thanks singgah ke blog saya...

Hanis Azla said...

bagusnya.. seronoklah suami sebab penyokong setianya sentiasa ada menemani.. mmg itulah yg terbaik bagi seorang isteri.. bila dah terbiasa begitu, suami pulak yg rasa lain bila kita tak ikut menemaninya.. itu yg lebih kita mahu kan..

alin said...

wah Nini, memancing pun best kan, tapi encik suami mmg tak gemar memancing..kurang sabar katanya..

alin said...

Ogosh - dulu masa kakak kecil pun pergerakan terbatas.. kemudian ada adik yang lahir beza 6 tahun pun rasa macam tu juga.. Tapi sekarang ni dah bolehlah nak pergi mana-mana pun :)

alin said...

Hanis Azla - itulah kak.. kesana sini asyik nak kita ikut.. lagi best katanya :)

ummiross said...

Alhamdulillah..seronok kan dapat ikut macam ni, kasih sayang bertambah erat, berkongsi apa saja.

whitecappuccino said...

suami akak main badminton juga tapi akak pegi sekali sekala tengok dia main..

IntaNBerliaN said...

suami sy xda pulak g main game.. tp biasa kalu kemana2, hubby akn bwk kami bersama.. :-)

Kancil 8349 said...

lulut ndak juga buruk...daripada ndak pernah bersenam...tu lagi teruk...apapun jangan terus minum air sejuk dan mandi awal...kena rehat dulu

Ce'gu JAERA said...

aikkk.. kebetulan plak kan.. saya pun boleh dikatakan hampir setiap malam datang berkunjung ke Kompleks stadium ni semata2 minat untuk main badminton...

ada masa kita dapat berjumpa lah tu kan... hehe.. bole berentap perlawanan persahabatan lawan team suami alin.. hehe

9n0L4 said...

samelah. hantu sukan betul si die tu. ;)