Lulu Pages

Terkini dari alin

Monday, September 24, 2012

Rumah Terbalik, Tamparuli, Sabah



Banyak juga dah dengar mengenai rumah terbalik ni..
* semua terbalik kat dalam
* kereta dia dengan perhiasan dalam tu pun semua terbalik
* Pasu bunga terbalik
* Basikal terbalik..
* Hanya satu-satunya kat Malaysia..

Pergh, dengar tu memang best. So, dalam kunjungan ke Kota Kinabalu baru-baru ni, peluang keemasan ini tetap tidak akan kami lepaskan. Memula tu berpusing-pusing juga cari. Konon tepi jalan jer. Adeh... Rupanya, punyalah senang kan.. Rumah Terbalik ni berada di jalan yang sama, jalan pergi dan balik Tawau-Kota Kinabalu. See, boleh kata rabun dan tak perasan lah kan..

Punyalah teruja nak pergi. Dari luar dah nampak rumah tu dan kereta kancil, yang segala-galanya terbalik. Tapi jangan mimpi nak ambil gambar dari tempat park kereta. Sebab dia ada pagar kayu yang menutupi lebih separuh dari rumah tu. Pendek kata, memang kena masuk juga barulah boleh nampak.


Bayaran masuk adalah RM10 untuk dewasa dan kanak-kanak RM5. Sejujurnya, bayaran tu takdelah berbaloi sangat berbanding apa yang bakal disaksikan dalam tu.. ececeh, izinkan saya komen yer. Dalam rumah tu bukannya besar pun. Jalan berapa langkah, mata meliar, eh foto-foto memang tak boleh dalam tu, hah lepas tu keluarlah dari pintu belakang. Namun, yang menariknya bagi saya, bagaimana kreativiti empunya rumah ni, membuat segala-galanya dalam keadaan terbalik.. huh...respek woo..

Pekerjanya pun pakai sarung tau.. Sangatlah kampung stail.. Eh orang sabah stail.. Huh sepanjang 3 hari kat KK, asyiklah radio putaran lagu tu..

Paling tak pun kita orang dah sampai... :)






.

4 comments:

one piece said...

teringain plak aq vha..tgok muka penulis blog ni...hehehehe....ada fb ka...add aq....

one piece said...

teringain plak aq vha..tgok muka penulis blog ni...hehehehe....ada fb ka...add aq....

alin said...

takde fb :)

Anonymous said...

Rumah Terbalik di Sabah. Rupanya memang la tak da benda special sangat tuu. Tapi tema yang buatkan rumah terbalik special tuu.

Tujuannya ialah untuk mempromosikan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Rumah Terbalik tu adalah merupakan yang paling pertama di Malaysia. Jadi banggala ckit sbb cuma ada 10 buah je bangunan yang macam tuu kat seluruh dunia.

Rumaha Terbalik di Sabah yang dicipta oleh Alexander Yee.

Waktu I nak pergi Sabah saya masuk laman web ni untuk buat saya pilihan.

http://www.facebook.com/pages/Pakej-Percutian-Sabah-Sarawak-Travel/147676668611398?ref=hl