Lulu Pages

Terkini dari alin

Tuesday, July 17, 2012

Mama, bila mula puasa?


Alhamdulillah, dah nak masuk bulan ramadan ni, inilah soalan yang selalu si kakak tanya.. Bila nak puasa, bila nak puasa. Dan oleh kerana abahnya salah tengok kalendar, tengok kalendar bulan islam Arab Saudi, asyiklah cakap, hari jumaat boleh mula puasa. Tapi petang semalam bila alin tengok balik, banding-bandingkan sebab ada peliknya disitu, barulah tahu si abah salah tengok kalendar rupanya. Puasa bermula sabtu ni..

Usia kakak adalah 8 tahun lebih, kira genaplah tahun ni dia 9 tahun. Big sister untuk si adik yang berusia 3 tahun, tahun ni, sama-sama lahir bulan 10. Dan dia mula berpuasa secara serius masa darjah 1. Ada pecah sehari sebab dia demam. Itupun hari-hari seterusnya ada demam sikit, alin suruh puasa. Dan bila masuk ke darjah dua, maknanya tahun lalu, puasanya penuh!! Ahamdulillah, hebat kamu kakak..Kurus semacam jer bila puasa, tapi memang tak banyak sangat karenah. Cuma bila puasa tu, dia tak aktif. Biasanya aktif tak reti duduk diam, bila puasa, ayu sopan jer kan :p

Untuk si adik, belum masanya lagi.. Tapi dia juga akan dilatih dalam masa beberapa tahun lagi. Best kalau semua orang kat rumah puasa kan.. Masa berbuka tu riuh semacam, macam ada sambutan jer..ekeke.. Dan inilah masanya untuk melihat juadah berwarna warni di bazaar ramadan. Awal lagi encik suami dah tanya, nanti nak berbuka dengan apa?? Biasalah, lagi best masak dan makan kat rumah. So, bolehlah berjimat tak payah membazir. Dan yang paling penting, perut pun kena jaga, takkan puasa tapi badan takde beza, kan?? huhu

Dengan tulus ikhlas dari alin, ucapkan selamat menyambut bulan ramadan.. Buat ibu dan isteri macam alin, marilah kita memainkan peranan menyediakan makanan bersahur dan berbuka yang paling sihat buat keluarga kita.. Semoga kita dapat berpuasa penuh tahun ni.. Insya-Allah..





@ Nanti kita intai kemeriahan bazaar ramadan di sekitar kawasan dekat rumah ;)






.

5 comments:

Ardini Humaira said...

boleh suh dia puasa separuh hari dulu.. cuba2 :)

alin said...

@ Ardini, adik masih menyusu.. susah sikit part yang tu.. :)

Nini D.. said...

Salam ramadhan jugak utk sis sekeluarga :)

Unknown said...

da kompem dah puasa hari sabtu ni?

Hanis Azla said...

Salam ramadhan jg buat Alin dan keluarga.. budak2 sekarang mmg bagus kan.. sejak darjah satu dah mula berpuasa penuh.. Alhamdulillah.. semoga tahun ni takde masalah juga buat kakak utk berpuasa..