Seperti sedia maklum, selepas pengalaman yang mengujakan ketika Majlis Perasmian Rasmi Sukma baru-baru ni, kami memang teruja untuk sekali lagi turut serta dalam Majlis penutupannya pula. Kali ni kami datang lebih awal sebab mengelak jammed teruk kat jalan. Walaupun awal, di area stadium sudah kelihatan ramai orang, dan tiket pun sudah habis. Jadi langsung tak ada peluang untuk memenangi tiket bertuah nampaknya huhu. Dan kami dapat tempat duduk yang agak baik ketika ini.
Majlis gilang-gemilang ni lambat bermula disebabkan tetamu kehormat lambat sampai. Namun kami dihiburkan dengan beberapa artis Sarawak yang menyanyi beberapa lagu tempatan dan juga penyanyi terkenal Malaysia iaitu JayJay. Ketika atlet-atlet mula berarak masuk, suasana menjadi agak riuh rendah dengan sorakan. Majlis penutupan ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang turut hadir bersama isteri disamping menteri-menteri lain. Dan majlis gilang gemilang ini juga di serikan lagi dengan penyerahan bendera kejohanan kepada negeri tuan rumah seterusnya iaitu Perak..
Tahniah buat pasukan Sarawak dan umumnya buat negeri Sarawak yang berjaya menduduki tempat kedua secara keseluruhan dan penganjuran sukan sukma yang begitu hebat. Satu lagi pengalaman yang indah untuk dijadikan kenangan..
ENTRI SEBELUM : Gambar Sekitar Majlis Pembukaan Rasmi SUKMA XVIII 2016 di Kuching.. Wah meriahnya..
.
2 comments:
Assalam...
Tahniah,...seronoknya dpt merasai suasana penutupan tu..sayangnya terpaksa jauh dari kpg halaman...
Tahniah buat semua kontinjen jugak....
-Sarawakian di Perantauan
Sis, beruntunglah punya negeri yang indah dan penuh warna warni.. Kami yang bukan orang sini pun dah 'sebati' dengan sarawak :)
Post a Comment