Lulu Pages
Terkini dari alin
Saturday, December 1, 2018
Pengalaman bercuti di Retreat Lundu.. Oh my tak sangka ada tempat begini lawa di Lundu, Sarawak
Hai semua... Assalammualaikum..
Baru-baru ni kami sekeluarga berpeluang bercuti selama 3 hari 2 malam di Retreat Lundu ataupun lebih dikenali sebagai Union Yes Retreat & Training Centre. Terletak di Siar Beach Lundu, tempat ni memang sangat-sangat cantik. Dari pengalaman alin, sebelum ni pernah bermalam di Damai Beach Resort, Damai Santubong Resort dan Sematan Beach Resort.. Tak sangka ada tempat yang begini lawa di Lundu. Sebelum ni pernah juga sampai Lundu [ Pertama kali sampai ke Lundu, Sarawak.. Apa yang best? (Entri bergambar)], baru tahu ada tempat yang sebegini cantik di area Lundu ni.
Wednesday, November 21, 2018
Lazada 11.11 Blogger Contest: Unboxing Time!
Salam pembaca..
Lazada kembali dengan contest mudah buat blogger selepas Lazada Biggest 1 Day Sale, 11.11 Shopping Festival iaitu pada 11.11.2018 yang lalu. Memang nampak sangat ada banyak tawaran yang betul-betul murah dan berbaloi untuk pelanggan memiliki barang-barang idaman. Dan tidak terkecuali juga alin hehe. Alhamdulllah, walaupun kewangan tidak mengizinkan, alin berjaya juga beli sesuatu yang dah lama sangat alin nak.
Saturday, November 10, 2018
Lazada 11.11 Blogger Contest: The Biggest One Day Sale!
Salam Pembaca..
Tak terasa dah nak sampai ke penghujung tahun. Dan sekali lagi Lazada menganjurkan Lazada 11.11 Blogger Contest: The Biggest One Day Sale! sempena Lazada 11.11: The Biggest One Day Sale khas buat blogger yang seperti biasa menawarkan hadiah yang sangat-sangat lumayan. Setakat ni memang tak pernah menang lagi walaupun alin dah join banyak kali. Gigih buat entri pos semata-mata untuk join blogger contest oleh Lazada ni. Apa yang penting, selalu berfikiran positif, siapa tahu akhirnya akan ada peluang merasa juga jadi pemenang, ye tak??
3 produk yang bakal alin beli sepanjang during Lazada 11.11 Shopping Festival adalah.....(tapi sebenarnya ada banyak lain barang tengah intai-intai ni hehe..)
Tak terasa dah nak sampai ke penghujung tahun. Dan sekali lagi Lazada menganjurkan Lazada 11.11 Blogger Contest: The Biggest One Day Sale! sempena Lazada 11.11: The Biggest One Day Sale khas buat blogger yang seperti biasa menawarkan hadiah yang sangat-sangat lumayan. Setakat ni memang tak pernah menang lagi walaupun alin dah join banyak kali. Gigih buat entri pos semata-mata untuk join blogger contest oleh Lazada ni. Apa yang penting, selalu berfikiran positif, siapa tahu akhirnya akan ada peluang merasa juga jadi pemenang, ye tak??
3 produk yang bakal alin beli sepanjang during Lazada 11.11 Shopping Festival adalah.....(tapi sebenarnya ada banyak lain barang tengah intai-intai ni hehe..)
Wednesday, September 26, 2018
Lazada Shopathon Blogger Contest
Hi semua...
Sekali lagi alin dapat jemputan melalui email dari Lazada untuk menyertai contest menarik ni. Setakat ni dah 3x join tapi tak ada rezeki lagi untuk menang. Dan, memang berharap kali ini, akan membawa tuah pada alin, hehe teringin juga nak rasa jadi pemenang. Aamin.. Lazada Shopathon Sale ini akan dibuat pada 27 September 2018. 1 hari sahaja. Jadi jangan terlepas peluang untuk menikmati diskaun sehingga 90% dari pelbagai jenama. Masa inilah kalau nak beli barang, memang berbaloi sebab dapat diskaun yang susah nak dapat kat kedai kan.. Jadi, apa sebenarnya jenama utama yang menjadi pilihan alin? Jom tengok..
Monday, April 16, 2018
Vivacity Megamall Charity Run 2018 (Kuching, Sarawak)
Salam pembaca..
Minggu lepas alin sekeluarga ada join run yang dianjurkan oleh Vivacity Megamall Kuching. Ini adalah run pertama yang dianjurkan oleh Vivacity Megamall ni. Dengan harga RM35 untuk 3km (santai saja jalan dengan keluarga), baju dah lah lawa, medal pun sangat simbolik dengan paparan bangunan shopping mall ni. Memang betul-betul tak rugi join. Syabas Vivacity Megamall Kuching, walaupun pertama kali anjurkan run charity ni, tak adalah nampak ada masalah pun.
Wednesday, February 28, 2018
Review ParkCity Everly Hotel Bintulu, Sarawak
Salam pembaca..
Ini kunjungan kami kali kedua. Buat pertama kali boleh tengok kat sini Hotel di Bintulu, Sarawak dan masa tu adalah kali pertama menjejakkan kaki dari Tawau ke Kuching, kira perjalanan pertama kali ketika berhijrah dari bumi Sabah ke bumi Sarawak. Dan sememangnya alin dan keluarga sangat-sangat teruja dengan kunjungan ini, disebabkan pada pertama kali dulu, kami tiba lewat sangat dihotel ini, masa tu dah mulai gelap dan kerana terlalu penat, kami rehat awal dan tak ada masa pun nak round disekitar hotel ni atau menikmati sepenuhnya keselesaan hotel ini. Dan alhamdulillah, untuk kali ini kami akan tiba awal dihotel ini dan yeay dapatlah buat full review mengenai hotel hebat ni ๐๐๐
Tuesday, February 6, 2018
Karyaseni dan Penulisan2U datang lagi ke Kuching, Sarawak
Salam pembaca..
Baru saja beberapa bulan pihak penerbit Karyaseni dan Penulisan2U datang ke mari, Hasil pembelian novel di PESTA BUKU BORNEO, PLAZA MERDEKA SARAWAK kini sekali lagi mereka datang dan buat promosi yang sangat-sangat hebat dan rugi jika dilepaskan bagi pencinta novel seperti alin. Sebelum ni dibuat di Plaza Merdeka, dan kali ini pula ianya akan dibuat di Riverside Shopping Complex, Kuching yang mana lokasi tempat ini adalah berhadapan dengan Waterfront Kuching (Sungai Sarawak). Promosi yang sama dan kali ini turut dibawa novel-novel baru yang baru saja release di pasaran. Wah..
Tuesday, January 16, 2018
Pertama kali 'run' waktu malam..
Salam pembaca..
Baru-baru ni alin dan keluarga menyertai satu larian 'fun run' iaitu STAR GATE The Power Of Love 5.0 yang dianjurkan oleh The Loving Society Kuching. Bayar hanyalah RM38 (early bird) untuk 5KM dimana setiap pelari akan dapat baju, bib, medal dan 1 past event medal selagi stok masih ada. Ya, murah saja nak join, register alin dan suami baru RM74 dah tu extra medal lama, boleh tambah koleksi hehe. Bajunya pun lawa ๐๐๐ Larian ini dilepaskan di Kuching Waterfront, 6.45 petang pada 6 januari yang lalu. Kami datang seawal jam 5 petang dan nampak dah ada ramai orang yang pakai baju yang sama..
Wednesday, January 3, 2018
Menjelang tahun baru maka genaplah tahun ke-4 berada dibumi Kuching, Sarawak
Salam pembaca..
Selamat tahun baru 2018. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dan menjalani hidup-hidup seterusnya. Dan menjelang 12 tengah malam, bila terlihat bunga api (dari tingkap rumah boleh nampak hampir keseluruhan kawasan Kuching yang bermandikan bunga api setiap kali tahun baru, tahun baru cina dan perayaan-perayaan lain), alin teringat 4 tahun yang lalu ketika pertama kali melihat puluhan mungkin ratusan bunga api setiap kali perayaan disambut. Dan sebenarnya, walaupun encik suami merupakan tahun ke lima berada disini, jelas terasa kami dah lama berada di Kuching, dan mulai rasa sayang dengan bandaraya ini. Kalau balik cuti ke Sabah, mesti nak pulang cepat-cepat sebab rindu 'rumah' di Kuching, rindu bahasa dan makanan-makanannya yang sedap hehe..
Tuesday, December 19, 2017
Jambatan Darul Hana, tarikan terbaru di Kuching Sarawak
Salam pembaca
Baru-baru ni, ada tarikan perlancongan terbaru di Kuching. Ketika dalam pembikinan lagi ianya sudah menjadi tumpuan buat pengunjung-pengunjung di kawasan sekitar. Tempat yang alin maksudkan adalah ' Jambatan Darul Hana' atau juga dikenali 'Golden S Bridge'. Jambatan ini merentasi Sungai Sarawak dan menjadi mercu tanda baru di Tebingan Kuching. Tidak dinafikan keunikan jambatan ini telah menjadi pelengkap kepada bandar raya Kuching. Jika anda berkunjung ke bandaraya Kuching, jangan lupa datang ke tempat ini dan mengabadikan kenangan indah disini.
Monday, November 13, 2017
Pengalaman menyertai Larian Bendera Negaraku di Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching Sarawak
Salam pembaca
Baru-baru ni kami ada menyertai Larian Bendera Negaraku yang diadakan pada 5hb november 2017 bertempat di Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Larian ini adalah sejauh 3km dan pendaftaran penyertaan dibuat di www.negaraku.com dan t-shirt eksklusif larian akan diberi kepada 3000 peserta pendaftaran terawal. Larian yang bermula 7 pagi itu dihadiri oleh ramai orang, tidak ketinggalan ramai juga bawa keluarga bersama.
Friday, November 10, 2017
Lazada Online Revolution Blogger Contest
Salam pembaca..
Buat pertama kali, dapat jemputan melalui email dari Lazada untuk menyertai contest ni. Setakat ni dah 2x join tapi tak ada rezeki lagi untuk menang. Dan, memang berharap kali ini, akan membawa tuah pada alin, hehe teringin juga nak rasa jadi pemenang. Aamin.. Dan sebenarnya nak join contest dari Lazada ni mudah saja, jawab soalan dan patuhi syarat-syarat mudah dan terus email. Jadi jom tengok apa soalan Lazada kali ini ๐
Thursday, November 9, 2017
Jom tengok tudung yang alin beli apabila Adijuma buat sale RM3 sehelai tudung
Salam pembaca..
Baru-baru ni memang alin terkejut juga bila tudung aidijuma buat SALE sampai RM3 saja untuk sehelai tudung. Dan selama ni, rasanya inilah harga paling murah yang pernah ditawarkan oleh satu-satunya tudung bawal paling dekat dihati ni. Wah, awal pagi alin dah sibuk tengok kat laman web aidijuma, malangnya masa tu banyak tudung dah SOLD OUT, alin hanya dapat 3 helai saja. Tapi memang rasa rugi sebab kena bayar wang pos lagi. Jadi sebab tak puas hati, sebelah tengah hari, encik suami bawa pula ke Concept Store Aidijuma di Summer Mall, Kota Samarahan. Wah teruja.. Siap suami ingatkan, kita beli 10 helai saja hehe..
Thursday, October 26, 2017
Pertama kali bermalam di Kinabalu Pine Resort (KPR), Kundasang Ranau Sabah
Salam Pembaca.
Perjalanan balik kami adalah melalui jalan lama iaitu melalui Lahad Datu-Sandakan-Ranau-Kota Kinabalu. Walaupun sesungguhnya memang lebih jauh dari pada Jalan Kalabakan, tapi jalan disini jauh lebih baik, selamat dan menyenangkan. Jadi sejak beberapa hari berada di Tawau, alin dan encik suami buat keputusan untuk bermalam 1 malam di Kinabalu Pine Resort (KPR) selepas sekian lama alin dah buat perbandingan dengan banyak hotel, motel dan resort di sekitar Gunung Kinabalu ni. Pun dah tanya pengalaman kawan dan adik mengenai KPR ni, alhamdulillah semuanya indah. Dan sebenarnya alin memang dah lama simpan impian untuk bermalam disini namun belum punya kesempatan.
Monday, October 16, 2017
Hasil pembelian novel di PESTA BUKU BORNEO, PLAZA MERDEKA SARAWAK
Salam pembaca..
Sejak beberapa minggu bila alin sudah nampak pihak Karyaseni dan Penulisan2U akan datang ke Kuching, betul rasa tak sabar. Sudah lah alin memang minat dan banyak koleksi novel dari dua publisher ni, kedatangan mereka ni memang macam hadiah yang sangat istimewa ๐๐๐ Untuk pengetahuan, bersama Pesta Buku Borneo yang bertempat di Plaza Merdeka Kuching ini, ada banyak lagi aktiviti yang diadakan sepanjang 11-15 oktober 2017. Cuma alin memang tak nampak dah aktiviti lain tu, betul-betul tengok novel-novel dari publisher ni saja hehe..
Tuesday, September 19, 2017
Keadaan jalan lama Tawau-Sandakan-Ranau jauh lebih baik dari Jalan Kalabakan
Pengalaman sebelum ni berkali-kali menggunakan jalan lama [Terkejut tengok keadaan terkini Jalan Kalabakan (gambar)] rasanya dah buat kami sekeluarga serik sangat-sangat . Jadi untuk perjalanan balik kali ni, kami tanpa banyak fikir, memilih jalan lama untuk balik dari Tawau. Bertolak 6 pagi dari rumah (rumah sendiri di Tawau) dan sempat singgah rumah mami sebab mami dah masak untuk bekalan dalam perjalanan. hehe haruslah kami singgah, sebab sebenarnya masa tu mami dah pesan bersahur dirumah mami, tapi kami malas jalan terlalu awal, jadinya makanan tu buat buka puasa/sungkai saja di Ranau nanti.
Thursday, September 14, 2017
Terima kasih iphone 5 untuk perkhidmatan selama 4 tahun lebih bersama
Salam pembaca.
Sedih tengok iphone 5 ni sejak akhir-akhir ni dah mula bermasalah. Mula-mula cable selalu rosak, beli dan rosak lagi.. Kemudian bateri asyik kong, setakat ni dah ganti 2x dan kemudian skrin pun mula rosak sebab susah nak touch. Dah puas google memang itulah masalahnya, kena tukar skrin. Bila semak harga paling murah dapat RM170 itu pun bukan original. Ada tu yang cecah RM200 lebih pun bukan original. Huhu nak keluarkan duit sebanyak tu untuk skrin saja, rasanya tidak berbaloi sebab risau juga ada saja rosak yang timbul kan. Tau lah handphone dah pakai berapa tahun. Adik alin saja pun dah handphone ketiga dalam tempoh ni haha bertabahlah...
*Entri pasal iphone 5 ni [Akhirnya ia menjadi milikku ]
Thursday, August 24, 2017
Merdeka! Merdeka! Blogger Contest
Salam pembaca..
Sempena hari kemerdekaan -60 yang akan kita sama-sama sambut 31 ogos ini, Lazada telah menganjurkan Merdeka! Merdeka! Blogger Contest. Mana-mana blogger adalah dijemput menyertainya yang bermula 21 ogos 2017 dan berakhir pada 31 ogos 2017. Anda hanya perlu jawab soalan-soalan yang mudah dan hadiah hebat bakal menjadi milik anda jika terpilih (pemenang akan dipilih secara random). Wow, alin dah beberapa kali join contest anjuran Lazada, tapi setakat ini belum ada rezeki untuk menang lagi. Siapa tahu kali ni kan?? ๐๐๐
Monday, August 21, 2017
Pengalaman pertama kali beli online di Shopee. Beli apa tu?
Salam pembaca..
Alin memang selalu juga beli online. Di Zalora, Lazada, Poplook, 11Street, MPH dan beberapa laman online lagi. Paling banyak dan tidak di nafikan memang novel lah kan hehe. Bertabah saja encik suami dengan hobi yang susah nak elak ni. Kadang tu dia siap tanya lagi, cukup ka? Tambahlah lagi.. hihi..Tapi terkini ni memang ada kegilaan baru. Adik perempuan alin asyiklah cakap ada satu laman online ni hari-hari ada SALE gila-gila tepat jam 9 pagi dan 5 petang. Jadi tiap hari memang kena tunggu sebab kalau bernasib baik, barang yang kita berkenan akan dijual dengan harga yang sangat murah. Tapi kena cepatlah kan kalau tak putih mata sebab SOLD OUT.
Wednesday, August 2, 2017
Terkejut tengok keadaan terkini Jalan Kalabakan (gambar)
Salam pembaca..
Sebaik kami selesai sahur, rehat sebentar sebab masih terlalu awal untuk memulakan perjalanan.. Kemudian kemas barang dan siapkan diri bersedia untuk meneruskan perjalanan ke tanah kelahiran, Tawau. Berat hati rasanya meninggalkan Hotel Purnama Limbang, disebabkan rasa selesa sangat. Alhamdulillah ada rezeki bermalam di hotel sebaik ini. ๐๐ Perjalanan kami menggunakan jalan Tenom-Keningau-Kalabakan adalah sejauh 560km dan mengambil masa selama 8-9 jam perjalanan untuk sampai. Ianya lebih dekat berbanding melalui jalan lama iaitu Ranau-Sandakan.. Jadi rancangannya, disebabkan perjalanan tak terlalu lama, bolehlah kami singgah Bazaar Ramadhan Fuji nanti untuk beli nasi kuning ayam masak putih Restoran Hj. Tamrin yang femes tu hehe.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















